Wednesday, December 16, 2009

Kebesaran Solat Dua Rakaat

Assalammualaikum Warahmatullah..

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Di sini saya ingin berkongsi ilmu yang saya rasa sangat menarik yang saya baru dapat di http://www.dakwah2u.blogspot.com.


Tahukah antum bahawa sebaik sahaja ALLAH S.W.T selesai mencipta Jibrail a.s. dgn bentuk yang cantik, ALLAH menciptakan pula baginya 200 sayap yang panjang. Sayap itu panjangnya antara timur dan barat. Ada pendapat menyatakan terdapat 124,000 sayap.


Selepas itu Jibrail a.s. memandang dirinya sendiri dan berkata “ Wahai Tuhanku, adakah Engkau menciptakan makhluk yang lebih baik dariku?”

Lalu ALLAH berfirman yang bermaksud “Tidak.”


Kemudian Jibrail a.s. berdiri dan solat dua rakaat kerana syukur kepada ALLAH dan setiap rakaat itu tempohnya 20,000 tahun.


Selepas Jibrail a.s solat, ALLAH berfirman yang bermaksud “Wahai Jibrail , kamu sudah menyembah Aku dengan ibadat yang bersungguh-sungguh , danjika tidak ada seorang pun yang menyembah kepada-KU seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanit akan ada seornag nabi mulia yang paling Aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa. Sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang sebentar sahaja dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kekurangan, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka besar juga. Maka demi kemuliaan-KU dan ketinggian-KU ,sesungguhnya solat mereka itu lebih Aku sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintah-KU , sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintah-KU.”

Kemudian Jibrail a.s. berkata “ Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?”

Lalu ALLAH berfirman yang bermaksud “ Ya Jibrail , akan Aku berikan syurga Ma’wa sebagai tempat tinggal.”












Berdasarkan petikan di atas, saya rasa sangat beruntung kerana menjadi manusia. Hal ini kerana ALLAH S.W.T lebih suka solat yang kita semua lakukan walaupun kadang-kadang kita sendiri mendirikan solat dalam keadaan alpa dan serba kekurangan daripada solat yang didirikan oleh para malaikat. Oleh itu, kita semua haruslah merebut peluang yang ada untuk beribadat kepada ALLAH S.W.T selagi kita masih ada peluang.....Subhanallah....













Sesungguhnya ALLAH S.W.T menyembunyikan 6 perkara :

ALLAH menyembunyikan reda-NYA dalam taat
ALLAH menyembunyikan murka-NYA dalam maksiat
ALLAH menyembunyikan nama-NYA yang Maha Agung di dalam Al-Quran
ALLAH menyembunyikan Lailatul Qadar dalam Ramadhan
ALLAH menyembunyikan solat yang paling utama dalam solat lima waktu
ALLAH menyembunyikan tarikh berlakunya hari kiamat dalam semua hari.

Monday, December 7, 2009

Bahagian 2: “Zaman Kegemilangan Islam Dan Ketibaan Era Kebangkitan Islam”

Assalammualaikum Warahmatullah.....
Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani....

Alhamdullillah, syukur pada ALLAH kerana memberi saya peluang untuk bernafas pada hari ini bagi meneruskan coretan saya... Sebelum ini, saya sudah menceritakan apa yang berlaku di Chechnya dan Palestin. Dalam coretan kali ini, akan saya ceritakan apa yang berlaku di Turkestan Timur, Algeria , dan Chad.


Di Turkestan Timur....


Tahukah anda bahawa umat Islam Turki di Turkestan Timur yang dikenali sebagai Uighurs telah hidup di bahwa dominasi China selama lebih daripada 250 tahun...( Xinjiang-tanah yang ditawan). Kerajaan komunis China amat membenci rakyat Turkestan Timur kerana bagi mereka Islam adalah halangan terbesar untuk mereka memantapkan penguasaan terhadap kawasan tersebut. Walhal mereka tidak ada hak untuk berbuat demikian sesungguhnya ALLAH adalah pemilik bagi segala tanah, langit dan alam semesta.


Untuk mencapai apa yang mereka ingini, China telah menggunakan berbagai cara bagi memesongkan orang Islam dari agamanya. Masjid -masjid diruntuhkan , ibadah secara beramai-ramai diharamkan, pengajaran AL-Quran dilarang, dan rakyat China yang yang berpindah dibenarkan untuk menggangu umat Islam.Tidak cukup dengan itu, kerajaan China juga telah melarang umat Islam untuk emndengar ceramah-ceramah agama yang menyentuh keimanan dan pemimpin agama pula dilarang mengajar tentangnya. Namun begitu, umat Islam tetap berpegang kepada tali Islam...Sesungguhnya mereka percaya dengan janji ALLAH , dan yakin bahawa setiap orang akan bertanggungjawab atas perkara yang dilakukannya di akhirat nanti. ALLAH telah menjelaskan kebenaran ayat ini di dalam aya-ayat berikut:


“Sesungguhnya orang-orang yang meentang ALLAH dan Rasul-Nya pasti akan mendapat kehinaan sebagaimana orang-ornag sebelum mereka telah mendapat kehinaan. Sesungguhnya Kami telah menurunkan bukti-bukti yang jelas. Dan bagi orang-orang kafir ada seksa yang hina. Pada hari ALLAH membangkitkan mereka semula , lalu dia memberiathu mereka segala apa yang telah dikerjakan. ALLAH mengumpulkan (mencatatkan) amal perbuatan itu, padahal mereka telah melupakannya. Dan ALLAH Maha Menyaksikan segala sesuatu.”
(Al- Mujaadilah, 58:5-6)





Kesungguhan umat Islam di Turkestan Timur untuk berpegang pada tali Islam membuat saya malu. Mereka sanggup bermati-matian untuk menjalankan ibadat tetapi kita yang mempunyai masa yang terluang dan tiada halangan, mencari seribu alasan untuk tidak beribadat... ( Kalau dilihat pada sekeliling kita, ramai yang ambil sambl lewa tentang Islam mahupun orang Islam itu sendiri) Sedarlah wahai saudara-saudaraku, kita dilimpahkan rahmat keamanan dan kesenangan sekarang, janganlah kita terleka @ terlupa bahawa ada Negara-ngara yang tidak bernasib baik seperti kita. Tidak mustahil pada suatu hari nanti kita pula yang akan ditimpa nasib yang sama



Di Algeria....


Perancis menawan Negara Algeria dan seterusnya melakukan penindasan yang teruk terhadap rakyatnya hampir 132 tahun...Hal ini kerana Algeria memiki takungan minyak yang besar dan menjadi posisi strategic sebagai pelabuhan di Mediterranean. Oleh disebabkan itu, berbagai penindasan yang dilakukan terhadap rakyat Algeria. Malah terdapat kenyataan yang mengerikan saya sewaktu saya membaca buku tersebut( pilu dan sedih.....) Ia adalah luahan dari Jacques Duquesne, seorang koresponden La Croix ketika itu:


“ Soalan-soalan tentang penyeksaan dan kehilangan sering menghujani minda anda. Lelaki dan kadang-kala wanita ditahan , dan tiada khabar yang didengari tentang mereka selepas tiu. Amalan mengikat badan dengan batu dan kemudiannya menghumbankannya ke laut sudah diketahui ramai. Bilangannya secara umum adalah 3000 orang, walaupun Datuk Bandar Algeirs Jacques Chevallier menyatakan angkanya adalah sekitar 5000 orang. Diantara kaedah-kaedah pencerobohan yang dilakukan oleh pasukan askar Perancis adalah merogol dan memusnahkan keseluruhan kampung. Seorang askar telah memberitahu bagaimana dia sebagai pembantu perubatan terpaksa merawat penduduk setiap pagi yang mana pada waktu malamnya mereka telah diseksa oleh askar dari unitnya sendiri. Teknik paling popular ialah dengan menggunakan arus elektrik di bahagian tubuh badan. Cara penyeksaan yang lain adalah untuk membunuh. Para mangsa akan disumbat dengan paip getah di mulutnya dan kemudian pili air dibuka, atau kuku di tangan dicabut, atau kepala mereka direndamkan ke dalam takungan yang dipenuhi air, atau mereka digantung selama berjam-jam pada bahagian pergelangan tangan yang mana kaki mereka hampit tidak mencecah lantai.Terdapat juga kaedah-kaedah yang lain. Ia bukanlah satu perkara yang mudah untuk menulis kesemuanya. Saya hanya mengulangi beberapa bahagian yang saya tahu.”



Di Chad......


Chad merupakan Negara Islam yang cuba dihancurkan oleh pentadbiran Kolonialis Perancis. Matlamat utama mereka adalah untuk memusnahkan identiti umat Islam Chad dan kemudian menggantikannya dengan fahaman-fahaman yang lebih bercorak materialistic dan tidak beragama. Bagi mencapai hasrat mereka , semua masjid-masjid , pengajaran Al-Quran , pusat-pusat pendidikan agama dan perpustakaan-perpustakaan sama ada telah ditutup atau diruntuhkan. Selain itu, mereka juga telah menutup kesemua pusat-pusat dan institusi-institusi keagamaan, manakala kebanyakan guru , imam dan pelajar telah dituduh terlibat dengan jenayah.


“Dan siapakah yang lebih aniaya daripada orang-orang yang menghalang menyebut nama-nama ALLAH di dalam masjid-masjidNya , dan berusaha untuk merobohkannya? Mereka itu tidak sepatutnya masuk ke dalamnya ( masjid ALLAH ) kecuali dengan rasa takut ( kepada ALLAH). Mereka di dunia mendapat kehinaan dan di akhirat mendapat sekasa yang berat.”
(Al-Baqarah, 2:114)





Tidak cukup dengan itu semua, pada tahun 1917, pentadbiran Perancis di Chad telah melakukan satu pembunuhan beramai-ramai ayng amat besar.( Masya’ALLAH....betapa kejamnya mereka semua!!!) Dengan mengumumkan bahawa satu konferens akan diadakan untuk membina kembali kehidupan keagamaan di Chad, Perancis telah menjemput para ulama yang masih berada di Chad. Hal ini merupakan satu kejadian yang tidak diduga. Hal ini kerana, para Pesuruhjaya Perancis telah dibawa masuk dan beratus-ratus orang pembunuh yang dilengkapi dengan pisau dan kerambit telah bersedia. Kawasan persekitaran telah pun dibersihkan daripada pendudk awamnya, dan unit-unit military telah bersedia dan dalam kedudukan masing-masing. Ketika setiap orang mula menyedari tentang plot Perancis itu, ia sudah pun terlambat. Akhirnya, di sana-sini terdapat jasad-jasad kaku. Perbuatan yang saya paling tidak sangka ialah mereka yang melakukan pembunuhan itu melambaikan-lambaikan pisau mereka dan menjerit kegirangan seolah-olah mereka sedang menikmati konsert. ( geram dan sedih............)*Apakah mereka tidak mempunyai akal untuk berfikir bahawa nyawa yang mereka ambil merupakan nyawa manusia bukannya nyawa binatang!!*




.

Saturday, December 5, 2009

Bahagian 1 : “Zaman Kegelapan Islam Dan Ketibaan Era Kebangkitan Islam”

Assalammualaikum Warahmatullah.....
Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani....

Pada hari ini, saya telah habis membaca buku oleh Harun Yahya yang berjudul “Zaman Kegelapan Islam Dan Ketibaan Era Kebangkitan Islam” yang saya pinjam dari library..(Erm....don’t worry, buku ni saya dah Photostat untuk dibaca di rumah) Buku ini betul-betul menusuk kalbu sesiapa yang membacanya. Betapa kerdilnya saya rasa diri saya kalau nak dibandingkan dengan pejuang-pejuang Islam yang berada di Chechnya, Palestin, Kashmir, Turkestan timur dan lain-lain lagi. Betapa tabahnya diri mereka tidak kira muda mahupun dewasa, mereka tetap dengan agama mereka iaitu agama ALLAH S.W.T walaupun mereka diseksa dengan begitu kejam sekali. Saya rasa kita sebagai seorang muslim patut mengambil iktibar daripada buku ini, dan seterusnya merenung kembali diri kita, tanggungjawab kita sebagai hamba ALLAH S.W.T di dunia yang fana ini. Sesungguhnya ALLAH S.W.T telah menyeru umat Islam di dalam AL-Quran :


“Mengapa kamu enggan berperang di jalan ALLAH dan (membela) orang-orang yang lemah baik lelaki, wanita, mahupun kanak-kanak yang semuanya berdoa: ‘Ya Tuhan kami, Keluarkan kami dari negeri ini yang mempunyai penduduk yang zalim , dan berilah kami pelindung dari sis-MU.Dan berilah kami penolong dari sisi-MU.”
(Surah AN-NISAA’, 75)



Di sini saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya dapat dari buku ini.

Di Chechnya....


Orang-orang Chechen dikenali dengan kesetiaan mereka terhadap agama mereka, iaitu agama Islam. Atas disebabkan ini, Rusia terasa terancam dan takut seterusnya hal ini menimbulkan keinginan mereka untuk menghapuskan orang-orang Chechen. Berbagai cubaan yang dilakukan oleh Rusia bagi memastikan matlamat mereka tercapai. Tidak cukup dengan melakukan siri pembunuhan yang kejam terhadap sesiapa yang mereka temui di Chechnya( termasuklah wanita, kanak-kanak dan orang tua), Rusia turut menjadikan hospital-hospital, wad bersalin, dan kem-kem tahanan sebagai sasaran pengeboman mereka. Hal ini bercanggah dengan ajaran Islam. Apabila kita merujuk semula kepada AL-Quran dan segala tingkah laku Nabi Muhammad S.A.W , tidak kiralah walau di perang mana-mana pun, Baginda amat melindungi hah-hak mereka yang tidak bersalah dan tidak bersenjata. Baginda sentiasa mengingatkan mereka bahwa


“ Mulakan perang dengan nama ALLAH S.W.T dan untuk ALLAH. Jangan letakkan tangan ke atas orang tua yang hampir mati, ke atas wanita, kanak-kanak dan bayi. Berbuatlah baik , yang mana ALLAH S.W.T mencintai mereka yang berbuat baik dan beramal soleh.”
(Hadith Riwayat Muslim)



Rusia bukan sahaja kejam malah tidak berperikemanusian. Salah satu serangan tidak berperikemanusiaan terhadap penduduk awam ialah dengan meracun Sungai Argun yang merupakan sumber air beberapa kampung di Chechen. Akibat daripada tindakan mereka itu, Chechnya kehilangan ¾ populasinya dalam masa dua tahun sahaja. Ramai wanita dan kanak-kanak yang tidak bersalah terbunuh akibat minum dari sungai beracun itu.

















Di Palestin....


Seperti yang kita semua sedia maklum, kekacauan dan penindasan (penyembelihan dan pembunuhan ) di tanah rakyat Palestin masih berlaku sehingga kini...Tunjang utama yang menerangkan yang sedang berlaku di sana adalah kerana orang- orang Yahudi menggangap penubuhan Negara Yahudi di tanah milik rakyat Palestin merupakan satu misi suci memandangkan mereka percaya bahwa tanah itu telah dijanjikan oleh Tuhan kepada mereka. Bagi merealisasikan hasrat tersebut, sudah lebih separuh abad Israel melakukan proses penghapusan panjang rakyat Palestin tanpa menunjukkan belas kasihan.



Malah terdapat sebuah ‘article’ yang menyayat hati saya yang menggambarkan imej-imej ketidakperikemanusiaan dari Intifada Aksa yang ditulis oleh seorang penulis jurnal Ruth Anderson di dalam The Palestine Chronicle , yang diterbitkan di Palestin...



"Tiada siapa pun yang menyebut tentang orang muda Palestin yang dihentak kepalanya oleh Israel dan lengannya dipatahkan sebelum disembelih dengan kejam. Tiada siapa pun yang menyebut tentang budak lelaki kecil yang berusia 8 tahun yang ditembak mati oleh askar Israel. Tiada siapa pun yang mengatakan bagaimana pendududk Yahudi yang dilengkapi dengan pelabgai jenis senjata dan diberi semangat oleh kerajaaan Barak untuk menyerang perkampungan Palestin dan mencabut pokok-pokok zaitun serta membunuh penduduk awam Palestin. Tiada siapa pun yang menyebut tentang bayi-bayi Palestin yang mati apabila rumah mereka dibom dalam serangan-serangan udara atau yang ditangkap dalam serangan bertubi-tubi peluru Israel ketika mereka sedang enak dibuai mimpi. Semua orang tahu bahawa bayi-bayi itu tidak boleh melontar batu. Semua orang tahu kecuali Israel dan Amerika."
































Yang memeranjatkan saya ialah reaksi perdana menteri dari Ehud Barak pada masa itu terhadap senario kebinatangan yang berlaku di Palestin. Beliau dengan mudah berkata bahawa beliau tidak kisah bagaimana konflik di Gaza, Tebing Barat dan zon-zon lain akan berakhir dan belaiu berpendapat segala cara yang digunakan untuk menentang rakyat Palestin adalah berasas. Beliau hanya bimbangkan keselamatan rakyatnya sahaja. Saya rasa hairan akan ada wujudnya manusia yang begitu rupa...yang mementingkan diri sendiri...*(Dalam masa yang sama saya reflect diri saya sendiri...*adakah saya pentingkan diri juga?* *adakah saya menjalankan tanggungjawab saya sbg seorng muslim?*......sebak memikirkan diri yg lemah dan tidak berdaya untuk menolong saudara kita sendiri yg dalm kesusahan.....


Terdapat banyak lagi kisah-kisah yang menyayat hati di dalam buku ini, namun saya tidak terdaya untuk menulisnya....


Setakat ini sahajalah coretan saya buat masa ini...Insya'ALLAH kalau dipanjangkan umur akan saya menulis lagi...




“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan dan mencegah dari yang mungkar, dan merekalah orang yang beruntung”
( Al-IMRAN, 104)

























P.S : Kalau boleh, antum pinjamlah buku ini .( di library IPGM IPOH... ) Ianya sangat bermanfaat.

Friday, November 27, 2009

"Salam AIDILADHA"

Assalammualaikum.........



“SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA”
MAAF ZAHIR & BATIN
















“Ibadat haji dan ibadat qurban sememangnya menuntut 1001 pengorbanan samada harta, masa mahupun orang yang tersayang, begitu jugalah kita sebagai bakal guru dan pendakwah, ianya menuntut pengorbanana masa dan harta..”

‘Sesungguhnya qurban yang terbaik adalah apa yang kita sayangi dikorbankan’
Salam AIDILADHA buat sahabat seperjuangan...semoga pengorbanan kita dirahmati ALLAH S.W.T ..., ana mohon maaf atas kekhilafan yang pernah dilakukan... Insya’ALLAH , fasobrun jamil, Salam UKHWAH.....

Thursday, November 19, 2009

"Cuti yang Menjelang Tiba"

Di saat cuti menjelang,
Manusia sibuk memikirkan pengisian diri,
Namun, masing-masing terlupa akan pengisian dalam hati,
Betapa hati mereka meronta untuk diisi...
Zikrullah,
dan alunan bacaan ayat-ayat Al-Quran...

Malangnya,
Manusia tidak mengerti,
Betapa mereka terpesong dari agama,
Betapa mereka terleka dengan hidup dunia,
Berbanding dengan pengisian hati,
Manusia rela menghabiskan masa,
Manusia rela menghabiskan duit,
Untuk apa?
Untuk apa semua itu?
Tidak lain tidak bukan...
Untuk aktiviti yang LARA...

Walhal, berzikir kepada ALLAH hanya memerlukan
Hati yang IKHLAS,
Hati yang KHUSYUK,
Dan hati yang TAWADUK...

Kenapa jadi begini???
Bukankah manusia itu dicipta oleh ALLAH !!!
Bukankah udara yang manusia bernafas itu milik ALLAH!!!
Bukankah setiap nafas yang manusia ada itu adalah milik ALLAH ...!!!!

ALLAHU AKBAR!!
ALLAHU AKBAR!!

Oleh itu,sedarlah wahai manusia!!!
Bangunlah!!
Bangunlah dari kelekaanmu...
Bangunlah dari kejahilanmu...

Tetapkan azam yang baru,
Manfaatkanlah setiap waktu,
Kejarlah cinta yang satu..
Kejarlah cinta ILAHI..
Agar cuti yang datang mengunjungi..
Dirahmati dan diberkati...

Tuesday, November 17, 2009

Penyesalan.....

Ya Allah...
Betapa ku memohon ampun dari-MU kerana menbiarkan maksiat b'laku di depan mataku..
Ku memohon keampunan dari-MU sesungguhnya ENGKAU adalah MAHA PENGAMPUN lagi MAHA MENGASIHANI...
Hal ini kerana, walau sederas maana air mataku mengalir(tanda penyesalan yg tidak t'hingga..) perkara yg berlalu , tidak mungkin diubah lg...
Ku hanya mampu memohon ampun dan perlindungan dari-MU YA ALLAH...Ya TUHANKU...
Kuatkanlah hati hamba-MU ini dalam menhghadapi dugaan dan cabaran-MU ya Allah...
Sesungguhnya diriku ini masih dalam pencarian untuk mencari CINTA ILAHI...