Sunday, January 24, 2010

'Gotong-royong Santai'

Assalammualaikum Warahmatullah...
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..


Alhamdulillah, pada pagi tadi (24.1.2010), lujnah saya mengadakan gotng -royong santai santai di pusat Islam bagi merapatkan ukhwah diantara kami..
Program tersebut bermula pada pukul 8.15 pg dan berakhir pada 10.15 pg. Program tersebut dimulakan dengan ketua lujnah tarbiah memberitahu objektif program kepada ahli-ahli dan pengisian rohani....

Selepas itu, kami pun bersarapan bersama-sama.... (Suapan pertama hendaklah diberikan pada sahabat...) seronok betul!!!!




































Personally, ana rasa sangat gembira dan seronok dapat makan bersama-sama dengan ahli-ahli lujnah ana disamping mengemas surau...Hal ni kerana selain daripada santapan jasmani, kami turut mendapat santapan rohani...

Dalam seronok mengemas, muslimat sempat menunaikan solat dhuha bersama-sama...Alhamdulillah...merapatkan lagi ikatan antara kami.Selepas menunaikan solat sunat dhuha, tibalah pengakhiran program... (huhu...sedihnya........)


Sebelum kami berpisah, kami membuat liqa’ dan ‘round table’..Ketua lujnah mengingatkan kami semua agar mengikhlaskan hati dalam beribadat @ dalam membuat sesuatu perkerjaan, kerana ALLAH S.W.T..manakala pemantau lujnah kami menggalakkan kami agar menjadi “inventor dakwah” agar walaupun disaat kita xwat apa-apa, Insya’ALLAH kita akan mendapat pahala ikutan drpd perkara yg kita cadngkan...

Mudah-mudahn perjumpaan lujnah sya ini diberkati oleh ALLAH S.W.T dan mendapat rahmat dari-NYA...Kerana sya pernah terbaca dalm buku yang syapinjam di library.(Title: Bimbingan Kecantikan Akhlak dan Keluhuran Budi)..sabda Rasulullah S.A.W :

“Sesungguhnya akar tunjang yang kukuh sekali ialah kamu mencintai (seseorang) kerana Allah dan membencinya kerana Allah juga”

Diriwayatkan oleh Ahmad dari Al-Bara bin Azibr.anhuma.



Insya’ALLAH, progrm2 seperti ini akan dijalankan lagi bagi merapatkan lagi hubungan silaturrahim diantara ahli-ahli lujnah tarbiah...

'Syukur...ke hadrat Ilahi'

Assalammualaikum Warahmatullah...

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-NYA dapat saya mencoret lagi serba sedikit pengalaman / perasaan di blog ini ...

Alhamdulillah...dengan rahmat dan kurnia-NYA , perjumpaan lujnah saya iaitu lujnah tarbiah yang telah diadakn pada hari rabu yang lepas (20.1.2010) berjalan dengan lancar....(Syukur kpd ALLAH S.W.T) Perjumpaan kali ini diadakn bagi membincangkan tentang cadangan2 aktiviti bagi ‘Bulan Penghayatan Solat’ yang akan diterajui oleh lujnah tarbiah....

Semasa meeting...menyelami fikiran


Bermacam2 yang saya fikir semasa dalam meeting... takut tidak dapat menyampaikan apa yang telah dirancang, takut tersalah bicara dan lain2 lagi.....Walaubagaimanapun, dengan izin ALLAH S.W.T , akhirnya saya dapat juga meluahkan pendapat saya walaupun tergagap-gagap (kelam-kabut sikit...) Hal ini kerna dalam meeting sebelum ini, saya lebih prefer mendiamkan diri kerna terlampau takut( takut salah..n rasa rendah diri sgt2..) untuk menyuarakan pendapat saya disamping rasa malu dengan ahli lujnah saya
(Namun dengan bimbingan daripada kakak2 yang tersayng, Kak Nora, Kak Ima, Kak Dilah n Kak Mizah, ana cuba juga untuk membuangkan perasaan takut dan malu itu... )

Walaupun saya rasa takut2 dan gelisah, dalam masa yang sama saya rasa sangat seronok dan gembira kerana dapat bersama 2 dengan lujnah saya bagi membincangkan cadangan2 aktiviti untuk ‘Bulan Penghayatan Solat’...Betul kata kak Nora,(ketika ana berjumpa dgn kak nora...) bahwa kita akan merasa sayang dan seronok berada bersama2 dgn lujnah kita kerana kita semua berkumpul/bersama semata2 kerana ALLAH S.W.T.... (Mudah-mudahan ALLAH S.W.T akan mengikat hati2 kami, merapatkan lagi ukhwah kami dan seterusnya membantu kami dalam menyebarkan dakwah-NYA.....Insya’ALLAH...)


Perjalanan meeting...


Setiap ahli dalam lujnah tarbiah menunjukkan komitmen masing2 dengan memberi cadangan2 mantap bagi memenuhi program ‘Bulan Penghayatan Solat’.... Terutamanya daripada pihak muslimin , bermacam2 idea bernas yang mereka keluarkan...(thinking outside of the box..). Tidak kurang juga dengan pihak muslimat...dua-dua pihak sangat bersemangat dalam mengeluarkan buah fikiran masing-masing..

















Pihak muslimin khusyuk berbincang....




Dalam kami berbincang, kami dikejutkan dengan kehadiran Ustaz Zakaria... penasihat Biro Agama dan Kerohanian.....Alhamdulillah...dengan kehadiran ustaz, perbincangan kami jadi lebih lancar dan tersusun...( dengan idea2 ustaz serta penambahbaikan dari ustaz). Syukur kepada ALLAH S.W.T .....












































Personally , saya rasa sangat berbangga dan bersyukur ke hadrat Ilahi kerana memilih saya untuk turut serta dalam lujnah tarbiah ini (walaupun diri saya masih banyak yang perlu dibaiki...) yang terdiri daripada orang yang hebat2 belaka...Selain daripada ahli2 yang berdedikasi, lujnah tarbiah turut dipantau oleh Akhi Ehsan yang berilmu dan berpengalaman luas...(memantapkan lagi lujnah tarbiah....)



Mudah-mudahan segala perancangan aktiviti2 untuk program ‘Bulan Penghayatan Solat’ diredhai oleh ALLAH S.W.T dan seterusnya berjalan dengan lancar....
Insya’ALLAH........

Saturday, January 16, 2010

...Taubat....

Assalammualaikum Warahmatullah....
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Dalam slot kali ini saya ingin menekankan taubat kita, sebagai seorang hamba kepada Tuhannya iaitu kepada ALLAH S.W.T... (sesungguhnya saya menulis slot kali ini, dengan tujuan untuk mengingatkan diri saya sendiri beserta dengan diri antum, kerna saya sendiri xperfect & byk melakukan dosa & kesilapan) Dewasa ini, kita sering sibuk dengan hal-hal duniawi sampaikan kita lupa/ leka untuk memohan taubat daripada Pencipta kita Yang Maha Pemgampun lagi Maha Mengasihani..walhal ALLAH S.W.T tidak pernah melupakan kita walaupun sesaat..

ALLAH S.W.T tidak pernah terlupa untuk memberi kita nyawa setiap hari..buktinya, setiap hembusan nafas kita, setiap degupan jantung kita setiap saat , setiap minit, setiap hari...semuanya berlaku dengan izin ALLAH S.W.T...Masya’ALLAH...

ALLAHUAKBAR....3X

Sebagai seorang muslim, kita seharusnya bersyukur kepada ALLAH S.W.T kerana tanpa-NYA , kita xmungkin dapat menjalani hidup seharian kita...Oleh itu, kita harus sentiasa bertaubat kepada ALLAH S.W.T..kerna kita hanyalah seorang insan biasa yang sentiasa m’buat kesilapan dan dosa dalam kehidupan seharian kita, smada kita sedar @ x....Malah Rasulullah S.A.W(kekasih ALLAH S.W.T, nabi kita) juga sering memohon taubat daripada ALLAH S.W.T walaupun Baginda bersifat maksum...inikan pula kita , yang sering melanggar perintah ALLAH S.W.T

Yakinlah wahai rakan-rakanku, bahwa ALLAH itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani...Seperti yg ana sertakan dalm slot yg lalu, bahwa ALLAH S.W.T lebih menyukai solat dua rakaat yg kita,hamba-NYA lakukan daripada para malaikat...Jadi Insya’ALLAH, taubat kita pun akan diterima oleh ALLAH S.W.T...


Di bawah ini saya sertakan skali lirik nasyid ‘Taubat Seorang Hamba’ yg saya rasa liriknya sangat menyentuh kalbu.(T_T)..



Munsyid : Irsyadee Feat Hafiz Hamidun
Tajuk : Taubat seorang hamba


Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....


Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini...


P.S: Jika saya ada t’silap info @ t’salah kata , saya ingin minta maaf...
Antum sangat dialu-alukan untuk memberi tunjuk ajar pada saya... Syukran...

Wednesday, January 13, 2010

.: AMANAH :.

Assalammualaikum Warahmatullah....

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Sudah lama rasanye saya tidak mencoret di dalam blog....Boleh dikatakan buat sementara waktu saya berehat / ketandusan idea... (hehe..) Alhamdullillah, Allah S.W.T telah memanjangkan umur saya ,keluarga dan rakan-rakan seperjuangan saya untuk kita bersama-sama beribadat kepada ALLAH sehingga ke hari ini. Mudah-mudahan kita semua dirahmati-NYA....

Dalam coretan kali ini, saya ingin berkongsi dengan antum tentang amanah... Sudah dua bulan lebih saya memegang jawatan penolong ketua lujnah tarbiah, maka sudah dua bulan lebih jugalah hati saya gundah (takut, xselesa,bimbang) kerana takut tidak dapat menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada ana...

Kadang-kadang saya terfikir kenapa ALLAH S.W.T memilih saya untuk memegang amanah tersebut walhal ada ramai orang lagi yang lebih baik, lebih layak dari saya...Saya merasa sangat malu pada ALLAH S.W.T kerana ilmu yang ada di dada hanyalah sedikit berbanding dengan orang lain...


Ya ALLAH...ampunkanlah dosaku....aku tidak bermaksud mempersoalkan takdirmu tapi diriku ini dilanda perasaan takut tidak dapat melaksanakan amanah yang diberi-MU.... Ya ALLAH....


Selain itu, saya turut merasa malu dengan ahli-ahli lujnah dan akak2 serta abng2 senior... especially lujnah saya sendiri... Saya sering terfikir “ Bagaimanakah aku ingin memimpin orang lain sedangkan diriku ini masih lagi tergapai-gapai.....” “Bagaimanakah aku ingin menjawab pada ALLAH S.W.T di akhirat kelak ....”

Malu...Malu....

Walaubagaimanapun, dengan bimbingan dan nasihat daripada akak2 dan abng2 senior (Terima kasih ana ucapkan...), saya mula mengorak langkah sedikit demi sedikit..membuangkan segala persepsi/fikiran negatif dan seterusnya bertawakal kepada ALLAH S.W.T agar ana dapat menjalankan amanah yang di beri dengan penuh tanggungjawab dan amanah. Insya’ALLAH.....

“Wahai orang-orang yang beriman. Hendaklah kamu menjadi orang yang sering menegakkan (kebenaran) kerana ALLAH, menjadi saksi yang adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlakulah adil, kerana adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada ALLAH. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”
(Surah al-Maaidah, 5)




P.S : Jika antum terlihat saya ada membuat kesilapan @ tidak berlaku adil, tolonglah menegur saya ye...Sesungguhnya saya hanya insan biasa yang sering membuat kesilapan...Syukran