Sunday, March 21, 2010

.:Pesta Buku:.

Bismillahirrahmanirrahim...Assalammualaikum Warahmatullah..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan limpah kurnia-NYA, dapat saya mencoret lagi di dalam blog ini.

Pada hari Sabtu, 20 Mac 2010, saya dan kawan saya telah pergi ke Pesta Buku Antarabangsa yang telah diadakan di PWTC, Kuala Lumpur. Pesta buku itu bermula daripada 19 Mac-24 Mac. Alhamdulillah , syukur pada Allah S.W.T kerana memberi saya peluang untuk pergi ke pesta buku tersebut. Hal ini kerana, suadah beberapa tahun, saya tidak berkesempatan untuk pergi walaupun saya tinggal di Kuala Lumpur.

Lebih-lebih lagi, membaca merupakan hobi saya di waktu lapang, jadi pesta buku itu merupakan satu program yang saya amat suka kerana ia memberi peluang pada saya untuk memilih dan membeli buku-buku kesukaan saya dengan harga yang berpatutan.
Setibanya saya dan kawan saya di PWTC, kami lihat tempat itu sudahpun dikerumuni oleh orang ramai. Setiap booth yang didirikan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai. Diantara booth yang didirikan ialah Telaga Biru (my favourite), Utusan, Fargoes, Sasbadi dan Oxford Fajar.


















































Terdapat banyak buku-buku dan bahan-bahan ilmiah yang lain dalam pesta buku kali ini..Harga yang ditawarkan pun sangat berpatutan , malah kebanyakannya dikenakan potongan harga...(syoknya...sampai saya jadi rambang mata untuk seketika)


















Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T , saya dapat membeli beberapa cd ceramah untuk saya kongsi dengan kawan-kawan saya di maktab...Namun, atas kekangan duit, saya terpaksa menghadkan pembelian saya...(but saya tetap rasa bersyukur kerana berpeluang untuk pergi ke pesta buku tersebut dan berpeluang untuk membeli beberapa bahan ilmiah..^^)










Tuesday, March 16, 2010

'Hajat'

Bismillahirrahmanirrahim..Assalammualaikum Warahmatullah....
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, selepas beberapa ketika saya menyepi, dilanda kesibukan dengan mock exam dan tugasan-tugasan dalam biro agama, akhirnya berkesempatan juga untuk saya mencoret di dalam blog ini...

Pertama-tamanya ingin saya mengucapkan kesyukuran pada Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-NYA ,saya, keluarga serta sahabat-sahabat saya masih berpeluang untuk bernafas lagi, berpeluang untuk menikmati nikmat Islam dan Iman .....Alhamdulillah

Alhamdulillah , syukur kepada Alah S.W.T, yang Maha Pemurah lagi Maha Besar kerana telah mengurniakan adik saya,Tuan Faris Adhwan dengan kejayaan yang cemerlang dalam PMRnya iaitu 7A 1B, yang membantunya untuk mendapat tawaran ke MRSM Kepala Batas di Pulau Pinang.

Saya mendapat tahu berita gembira ini sebaik sahaja saya sampai ke rumah..Kelihatan adik saya tersenyum-senyum dangan penuh makna, begitu juga dengan ibu bapa saya. Betapa kami sekeluarga bersyukur kepada Allah S.W.T kerana memberi peluang kepada adik saya untuk melanjutkan pelajaran di sekolah yang bagus.

Saya rasa sangat gembira hinggakan saya rasa sebak dan terharu mendengar berita tersebut kerana saya tahu betapa ibu bapa saya risau akan adik saya. Di samping itu, saya juga tahu betapa adik saya ingin memasuki MRSM..Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T , hajat kami sekeluarga tercapai..

Tidak lupa juga , Tahniah diucapkan kepada sepupu saya yang dikasihi, Ina kerana berjaya mendapat 9A 1B dalam SPM baru-baru ini... Syabas diucapkan dan semoga Ina mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah S.W.T..

P/S: Kepada adik-adikku yang dikasihi yang berada di MRSM Kuantan dan SMK Bandar Tun Razak, syabas diucapkan kepada semua... Redhalah dengan ketentuan-NYA, dan ingatlah sesungguhnya apa sahaja Allah rancang untuk kita, adalah yang terbaik untuk kita.. Janganlah sedih mahupun putus asa, sebaliknya kuatkanlah hatimu wahai adik-adikku dan berdoalah kepada-NYA...







Sunday, March 7, 2010

'MOCK EXAM'

Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Assalammualaikum Warahmatullah..

Bermulanya esok, saya n kawan2 dari unit TESL akn menghadapi Mock Exam buat pertama kalinya sepnjg kami disini... Rasa gementar dan takut mula menguasai diri namun sye cpt2 bykkan beristighfar pada Allah S.w.t supya jauhkan diri sye dari perasaan keluh kesah dan putus asa..




























Kepada kawan-kawanku...saya doakan agar kita semua berjaya dalam MOCK EXAM nanti ye.. Walaupun nak study, igt jgn lupakan Allah..sesungguhnya Allah lah yang mengurniakan rezeki pada kita semua..bertawakallah kepada-NYA selpas berusaha.. Insya'Allah urusan kita kan dipermudahkan-NYA...Amin...