Friday, May 28, 2010

"Lawaknya......haha..." ???

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum Warahmatullah

Hidup kita memang selalu dipenuhi dengan gurau senda dengan orang di sekeliling, biasanya kawan-kawan. Mana ada orang yang bergurau dengan dirinya sendiri, betul tak? Maknanya, bila kita bergurau senda, secara tak langsung ia akan melibatkan perasaan orang lain yang mendengar gurauan kita.


Biasanya, orang bergurau untuk menceriakan suasana. Takkan nak buat muka serius sepanjang masa. Macam kebanyakan orang mengatakan, “Hidup mesti ceria”.


Tapi, mari kita teliti, apa yang selalu ada dalam sesebuah gurauan? Lawak yang direka-reka, cerita yang dibuat-buat, perli memerli dan kata mengata antara satu sama lain. Itu antara yang biasa saya temui. Jarang sekali orang bergurau tapi dalam masa yang sama dia tak menipu. Tak sah kalau bergurau, dia tak mengata-ngata (secara bergurau) kat orang lain.


Kebanyakan kita menganggap gurauan adalah perkara biasa. Ada juga yang menyangka menipu dibolehkan ketika bergurau sebab tak membahayakan orang di sekeliling kita. Saya juga pernah menganggap begitu kerana merasakan apa yang kita guraukan hanya mainan semata-mata, bukan betul-betul, dan bukan niat untuk betul-betul berbohong.


Betulkah persepsi macam ni?





Banyak Ketawa Mematikan Hati

Pernahkah anda lihat orang yang ketawa terbahak-bahak, sampai katanya nak pecah perut dan sampai tak cukup udara nak bernafas? Apa yang kita fikir? Pastinya orang tu baru saja lihat atau dengar satu jenaka atau gurauan yang sangat menggelikan hati. Betul tak?


Kita akan ketawa apabila ada sesuatu yang menggeletek hati. Ya, itu memang sesuatu yang normal. Tapi, hakikatnya, di situlah akan timbulnya masalah. Gurauan yang melampau-lampau akan menyebabkan kita banyak ketawa.


Dalam Kitab Ihya’ Ulumiddin karangan Imam Ghazali, beliau menyenaraikan senda gurau sebagai salah satu unsur bahaya yang dibawa oleh lidah. Kata beliau,
“Asalnya senda gurau itu tercela dan terlarang, kecuali sekadar sedikit yang dapat dikecualikan daripadanya.” [1]

Ini berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W.:
Maksudnya: “Jangan engkau berbantahan dan bergurau dengan saudaramu!”




Kita dibolehkan bergurau senda tetapi jangan berlebih-lebihan. Kenapa? Kerana ia akan mengundang banyak ketawa. Dan banyak ketawa akan mematikan hati. Dan mungkin akan menjatuhkan maruah diri. Kata Imam Ghazali,
“Adapun berlebih-lebihan pada bergurau, maka akan mempusakai banyak tertawa. Dan banyak tertawa itu mematikan hati dan mewarisi kedengkian pada sesetengah keadaan. Dan menjatuhkan kehebatan diri dan kemuliaan. Dan apa yang terlepas dari hal-hal tersebut, maka tidak tercela,” sebagaimana diriwayatkan dari Nabi S.A.W. bahawa baginda bersabda:

Maksudnya: “Sesungguhnya aku bersenda gurau dan aku tidak mengatakan, selain yang benar.” [2]


Kita biasa dengar,

“Isy dia ni. Ketawa sampai tak ingat dunia!”


Hakikatnya begitulah keadaan orang yang ketawa berlebih-lebihan. Larut dalam dunia ketawanya. Sampai lupa dan tak sedar apa yang berlaku di sekelilingnya. Dan lebih parah lagi, ketawanya itu juga menunjukkan kelalaian dari mengingati akhirat.

Nabi S.A.W. bersabda:

Maksudnya: “Jikalau kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya pasti kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.” [3]



Nilai Gurauan vs Nilai Persaudaraan

Ketawa memang seronok. Tapi menjadi bahan ketawa sangat menyakitkan hati. Hakikatnya, itulah yang selalu ada dalam sesebuah gurauan - mentertawakan orang lain.


Kita mungkin sekadar main-main, kata orang menyakat. Tapi, siapa tahu apa yang dirasai ‘watak utama’ kisah gurauan tersebut?


Mungkin tak kisah, mungkin marah, mungkin kecil hati dan mungkin terus tak bertegur sapa.


Gurauan yang dianggap sekadar main-main boleh menjadi bibit kepada pergaduhan, pertengkaran, tak bertegur sapa dan permusuhan yang berpanjangan antara sesama Muslim. Begitu murahkah nilai persaudaraan dalam Islam sehingga kita sanggup menggadaikannya dengan kata-kata gurauan dan mainan yang langsung tiada nilai di sisi Allah?

Rasulullah S.A.W. sendiri telah memberi amaran dalam sabda baginda:
“Sesungguhnya orang yang berkata-kata dengan suatu perkataan untuk mentertawakan teman-teman duduknya, akan jatuh dalam api neraka, lebih jauh dari bintang surayya.”



Jujur dalam Berjenaka dan Gurau Senda

Sedarkah kita, ketika bergurau senda dengan rakan-rakan, kita mungkin dah berbohong? Berbohong bukan maksud saya betul-betul bercakap bohong. Tapi, hanya sekadar cakap main-main; atau kata orang sekadar mengacah saja.


Soalnya, betul ke kita tak boleh menipu walaupun dengan hanya niat untuk bergurau? Nama pun gurauan, jadi kita bukan berniat untuk betul-betul menipu, hanya sekadar main-main dan tak memudharatkan sesiapa. Dan biasanya, last sekali, kita mesti akan cakap,

“Aku main-main je la…”

“Aku tipu engkau je tadi. Saja nak tengok macam mana reaksi engkau.”


Kalau diikutkan logik akal pendek kita, mungkin pandangan tu nampak macam betul. Tapi, mari kita teliti sabda Rasulullah S.A.W. :
“Hendaklah kamu jujur. Sesungguhnya kejujuran menunjuk kepada kebaikan. Dan kebaikan menunjuk kepada syurga. Seorang lelaki terus jujur dan mencari kejujuran sehinggalah dia dicatatkan di sisi Allah sebagai seorang yang sangat jujur. Berwaspadalah terhadap dusta. Sesungguhnya dusta menunjuk kepada kejahatan. Dan kejahatan menunjuk kepada neraka. Seorang lelaki terus berdusta dan mencari pendustaan sehingga dia dicatat di sisi Allah sebagai seorang yang sangat berdusta. [4]
“Celakalah orang yang memperkatakan sesuatu agar orang lain ketawa, lalu dia berdusta. Celakalah untuknya. Celakalah untuknya.” [5]

Apa pun tujuan kita, pendustaan sesekali tidak dibenarkan walaupun hanya untuk
bergurau dan berjenaka. Islam mengharuskan gurau senda, keceriaan dan hiburan jiwa, tetapi tidak menjadikannya sebagai pembuka jalan kepada kita untuk berdusta.


Jadi, kalau nak bergurau, pastikan gurauan kita tak ada unsur-unsur penipuan dan pendustaan. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W.:

Maksudnya: “Sesungguhnya aku bersenda gurau dan aku tidak mengatakan, selain yang benar.” [6]


Macam mana cara yang betul untuk bergurau? Mari kita susuri sirah Nabi Muhammad S.A.W., bagaimana cara baginda bergurau senda dengan orang-orang di sekeliling baginda.

Suatu hari, seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah S.A.W., meminta tunggangan daripada baginda kerana hendak pulang ke negerinya. Apabila Nabi mendengar permintaan lelaki itu, baginda bersabda: “Sesungguhnya aku akan menunggangkanmu di atas anak unta.” Padahal, pada waktu itu Nabi berkata demikian hanya dengan tujuan untuk bergurau.

Apabila lelaki itu mendengar kata-kata Nabi, dia merasa susah hati kerana memikirkan bagaimana anak unta yang kecil dan lemah boleh ditunggang untuk perjalanan yang jauh. Lalu, lelaki itu berkata, “Apa yang boleh aku buat dengan seekor anak unta? Kalau kamu berikan pada aku, tentulah menjadi beban dan hanya menambahkan kesusahan saja, sebab ia masih kecil dan tidak boleh ditunggang.”

Maka Rasulullah S.A.W. berkata,

“Adakah yang melahirkan unta itu selain daripada unta betina? Maka itulah yang mahu aku berikan kepadamu iaitu unta besar yang asalnya dilahirkan oleh ibunya.” [7]

Lihat bagaimana cara Rasulullah S.A.W. menjaga adab-adab dalam bergurau senda. Baginda tidak sesekali menipu orang yang diajak bergurau, sebaliknya cara baginda ada ‘seninya’ yang tersendiri.


Apa yang saya perhatikan dalam kisah di atas dan beberapa kisah lain, Rasulullah menggunakan kaedah “double meaning” dalam gurauan baginda, iaitu satu kalimah tetapi mempunyai ataupun boleh difahami dalam dua maksud dan keadaan yang berbeza. Jadi, cara sebegitu akan mengelakkan kita daripada berbohong ketika bergurau.


Sayyidina Umar r.a. pernah berkata:

“Tahukah kamu mengapa dinamakan gurau senda (al-muzaah) dengan kata-kata al-muzaah?” (maksud asal al-muzaah: alih).

Mereka itu menjawab: “Tidak!”

Maka Umar r.a. menjawab:

“Kerana senda gurau (al-muzaah) itu, mengalihkan orang yang bergurau daripada kebenaran.”


Jadi, berwaspadalah kita dalam setiap gurauan dan kata-kata kita. INGAT!!Setiap apa yang dituturkan oleh kita akan dipertanggungjawabkan ke atas diri kita di akhirat kelak. Gurau senda mampu menghiburkan jiwa dan boleh mengeratkan hubungan sesama Muslim, tapi andai tidak kena caranya, gurau senda boleh melontarkan kita ke dalam azab neraka. Na'uzubillahi min dzalik.

~Wallahu a'lam~


Rujukan:
1 Ihya' Ulumiddin, Imam Ghazali, Jilid 4, Bab Bahaya Lidah.
2 Riwayat Ibnu Abid-Dun-ya dari Abu Hurairah.
3 Riwayat Bukhari dan Muslim dari Anas dan 'Aisyah r.a.
4 Riwayat Bukhari dan Muslim.
5 Riwayat at-Tirmizi.
6 Riwayat Ibnu Abid-Dun-ya dari Abu Hurairah.
7 Riwayat Abu daud dan at-Tirmizi dari Anas, Hadis shahih.

Wednesday, May 19, 2010

....Hari Lahirku....

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan Nama Allah Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


18 Mei 2010
pada saat dan ketika ini..
bertambahlah setahun lagi usiaku

19 tahun

dan Alhamdulillah saya masih diberi nikmat untuk hidup dan merasai nikmat dan kurniaan ALLAH S.W.T

Dan ini juga bermakna diri saya makin dekat dengan kematian..
pabila merenung kembali diri
setakat dan sekadar mana amalan sepanjang saya hidup
berapa kebaikan yang sudah saya buat
ya Allah hambaMu ini masih jauh dariMu..

mungkin angka 19 merupakan angka kebebasan bagi sesetengah orang
tetapi bagi saya, ianya merupakan seperti satu pukulan
kerna sesungguhnya saya tidak mendambakan sebarang kebebasan
kerna saya sedar betapa sikitnya amalan-amalan saya
sepanjang 19 tahun saya bernafas di bumi-NYA
kerana saya sedar saya hanya seorang hamba
ALLAH S.W.T..


bila dah menginjak usia 19 tahun ini
Saya harap saya boleh menjadi matang seiring dengan perubahan angka ini
tapi matang bukan sekadar pada rupa paras, dan pengalaman
malah mesti seiring dengan percakapan dan perbuatan..
walaupun begitu, saya harap agar umur 19 akan menjadi titik tolak perubahan dalam hidup saya dari pelbagai aspek..
Agar diri saya dapat berubah menjadi seorang mujahidah muslehah...

Kepada semua sahabat-sahabat dan akak-akak yang wish..
Thank u so much...
terima kasih kerana setia menjadi peneman saya sehingga detik ini











'Thank u' to my rumate,wahi, faryhah,parhana n kawan2 searas kerana menyediakan kek ni..^^















Terima kasih jg saya ucapkan pd kawan2 sekelas kerana meyediakan kek ini..^^



I'M LUCKY TO HAVE YOU GUYS AS MY FRIENDS..^^


P.S- Doakanlah saya agar istiqamah dalam mencari keredhaan-NYA dan dalam mencari cinta ILAHI...syukran

Wednesday, May 12, 2010

'Kemuncak Madah Siswa'

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalammualaikum Warahmatullah..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Memiliki Segala Keagungan

Masa :8.00 malam hingga 9.30 malam
Tempat : Surau Al-Hidayah

Tajuk 1: Couple ( Bahang Asmara )

~Cinta Sebelum Kahwin~

Definisi-

Segala bentuk hubungan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim, yang mana hubungan tersebut hanya layak bagi pasangan yang sudah kahwin.

Menurut hadis Nabi, orang yang sedang jatuh cinta cenderung untuk selalu teringat dan menyebut orang yang dicintainya (man ahabba syai'an katsura dzikruhu), kata Nabi, orang juga bisa diperbudak oleh cintanya (man ahabba syai'an fa huwa `abduhu). Kata Nabi juga, cinta sejati ada tiga ciri-ciri:

(1) lebih suka berbicara dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain,

(2) lebih suka berkumpul dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain, dan

(3) lebih suka mengikuti kemahuan yang dicintai dibanding kemahuan orang lain/diri sendiri. Bagi orang yang telah jatuh cinta kepada Allah SWT, maka ia lebih sukan berbicara dengan Allah Swt, dengan membaca firman Nya, lebih suka bercengkerama dengan Allah SWT dalam I`tikaf, dan lebih suka mengikuti perintah Allah SWT daripada perintah yang lain.

Versi ‘cinta’ sebelum kahwin

-hubungan adik –beradik angkat
-couple

Hukum bercinta sebelum berkahwin

Allah berfirman:

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk" (Al-Isra' 17:32)

Apabila Ulama Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin ditanya tentang hubungan cinta sebelum bernikah, beliau menjawab:

“jika hubungan itu sebelum nikah, baik sudah melamar ataupun belum, maka hukumnya adalah HARAM, kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-lenang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau berdua-duaan”

-Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin

Solution

Bagi yang sudah bercouple

- Sedar akan kesalahan diri dan bertaubat kepada Allah S.W.T
Allah S.W.T berfirman dalam hadis Qudsi

‘ Aku adalah menurut prasangka hambaKu terhadap Aku, terserah kepadanya untuk berprasangka terhadapKu menurut kehendaknya.’

- Muhasabah diri
Jika hubungan couple itu adalah untuk perkahwinan- (cuba baiki hubungan yang ada- dengan memberi kefahaman / masuk meminang/ elakkan dari bercouple/ cuba elakkan dari SMS & call)

Sabda Rasulullah S.A.W

“Rasulullah melarang seorang lelaki meminag atas peminangan saudaranya yang lain sehingga peminangan yang satu membatalkan peminangannya atau mengizinkannya.”
( Riwayat Ahmad)


Jika hubungan couple itu adalah untuk suka-suka-( HENTIKAN!!)

Sabda Rasulullah S.A.W

“Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan”
(Riwayat Tabrani)


Rasulullah S.A.W.:

“Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kakinya juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman.”
(Muslim dan Abu Daud).


~ Hal ni kerana syaitan akan menghembus perasaan berahi , kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis~

Bagi yang Belum Bercouple

1. Buat perancangan ( set target bila nak kahwin)
2. Istikharah
3. Tanya Pendapat mereka yang soleh dan fakih(berilmu)
4. Guna orang tengah


Tajuk 2: Rokok

Hadith Rasullullah s.a.w. :

“Halal itu jelas, haram itu pun jelas, dan antara keduanya ada beberapa perkara yang syubhat (samar) yang banyak dari manusia tidak mengetahuinya. Maka barangsiapa memelihara dirinya dari segala kesamaran, sesungguhnya ia memelihara bagi agama dan kehormatannya. Dan barangsiapa jatuh ke dalam perkara kesamaran jatuhlah ia ke dalam haram,” (H.R. Muslim)

Pada umumnya umat Islam tidak merokok melainkan kerana terpengaruh kepada orang Barat yang menjajah mereka. Hari ini, merokok adalah suatu kebiasaan yang diterima secara meluas dalam masyarakat kita, sehingga kadangkala ia dipandang sebagai satu norma yang membanggakan. Anggapan palsu ini terhasil apabila golongan yang mudah terperdaya dengan budaya asing, terutamanya yang dipaparkan melalui media massa, ingin pula bergaya demi mencapai status kecanggihan serta keunggulan yang kononnya dikaitkan dengan merokok. Malah tabiat suka meniru dan menyeleweng dari jalan yang benar adalah sesuatu yang kian menguasai anak-anak kaum Muslimin di zaman ini.

Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh menmbawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap termasuklah bahan radioaktif (polonium -201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di “kamar gas maut” bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun yang paling penting adalah tar, nikotin dan karbon monoksida.

Menghisap rokok adalah suatu perbuatan membunuh diri sendiri dan orang lain atau makhluk lain yang sentiasa terdedah kepada asap yang berpunca daripada perokok itu, sungguhpun proses pembunuhan ini mengambil masa yang agak lama.

Firman Allah s.w.t. :

“Dan janganlah kamu membunuh diri kamu, sesungguhnya Allah Maha Penyayang”
(An-Nisa’ : 29)


Hadith Rasullulah s.a.w.:

“Siapa yang membunuh diri dengan meminum racun, maka racun itu akan tetap berada di tangannya dan diminumnya dalam neraka jahanam”
(Abu Hurairah r.a.)


Rentetan daripada bahaya dan kemudaratan yang ditimbulkan oleh tabiat merokok ini, maka pada 23 Mac 1995, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 telah memutuskan bahawa tabiat merokok itu adalah haram menurut pandangan Islam. Fatwa ini disokong oleh beberapa pertubuhan termasuk Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Setelah tujuh tahun lebih fatwa ini diputuskan, didapati reaksi masyarakat Malaysia khususnya muda-mudi Islam seolah-olah tidak menghiraukan langsung fatwa tersebut. Semakin hari fatwa tersebut semakin dilupakan oleh masyarakat Islam sendiri.

Secara umumnya, para ulama mengharamkan rokok dengan bersandarkan kepada hujah-hujah bahawa merokok boleh mengakibatkan kerosakan kepada agama, kesihatan, alam sekitar, kewangan dan sebagainya.

Rasulullah s.a.w. bersabda :

'Sesiapa yang memakan bawang putih dan bawang merah, maka jauhilah daripada kami dan masjid dan tinggallah di rumah. Ini kerana, para malaikat terganggu dengan perkara yang menyebabkan manusia rasa terganggu.'

(Riwayat Bukhari dan Muslim).


Hadis di atas boleh disandarkan kepada akibat merokok yang menyebabkan nafas perokok berbau busuk dan mengganggu bukan sahaja manusia biasa tetapi juga para malaikat. Jadi, merokok memberi kesan buruk kepada hubungan interaksi manusia. Mereka yang suka merokok di dalam rumah akan menyebabkan malaikat rahmat tidak tinggal di dalam rumahnya.


Simptom Orang Ketagihan Rokok

-gelisah
-menggeletar
-degupan jantung laju

Cara Untuk Berhenti Rokok

-tarik nafas panjang
-kerap minum air
-membuat kerja lain
-mengunyah sesuatu
-mandi
-basuh tangan
-senaman ringan
-solat

Kaedah Awal untuk Berhenti Merokok

- muhasabah diri
- membuat keputusan yang betul dan bijak
- meminta bantuan dari rakan, ahli keluarga

'Orang berakal ialah mereka yang mana akalnya mampu menguasai dirinya daripada segala kejahatan'
(Imam As-Syafie')

Tuesday, May 11, 2010

Mai pi SURAU......

Bismillahirrahmirrahim...


Assalammualaikum Warahmatullah...




Sunday, May 2, 2010

"Pabila meseg ku berbunyi..."

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama ALLAH, Tuhan yang Maha Esa

Tit..tit....

Berbunyi handpon ku menandakan terdapatnya meseg masuk...

“ Salam..free x ari ni kol 8.30 hingga lps asar. Surau al-falah perlukan 3 org fesi muslimat utk program motivasi adik-adik. Rse2nya enti boleh x?” ~from k.Ima~

Saya membaca meseg tersebut sambil berfikir sejenak utk membuat keputusan.. namun pabila memikirkan saya berpeluang memberi ilmu ( mentarbiah diri saya ..) disamping meluangkn masa b’sama2 dgn budak2..., saya terus setuju...

“Saya free ari ni..Insya’Allah boleh kot kak”

Itulah detik-detik bermulanya hari Sabtu yang xdapat saya lupakan...

Saya dengan kawan saya Izati, bersiap sedia untuk pergi ke surau al-falah bagi menjadi fasilitator bg program klinik solat. Kami bertolak dari maktab pada pukul 8.45 pagi dengan berjalan kaki sambil berbual-bual mengenai program tersebut.

“ Saya takutlah tikah...mcm mne ye nak jd fasi nant?” ~Izati~

Saya pun jawab selepas diam seketika.. “Izati jangan risau sangat..Ikhlaskan hati..niatkan dlm hati bahwa kita wat semua ni kerana Allah...Insya’Allah, semuanya akn berjalan lancar..”

Setibanya kami di surau al-falah, kami disambut mesra oleh Mak cik Noriah..Segala perasaan takut dan gementar turut hilang tatkala tangan kami bersalaman dengan mak cik Noriah. Mak cik noriah pun menjemput kami bersarapan dahulu memandangkan fasilitator muslimin belom sampai lg..sambil itu, saya dengan izati berborak-borak dgn makcik Noriah.

Dalam pukul 9.15 pg, fasi muslimin pun datang...selepas mereka habis bersarapan, kami diberi briefing mengenai aktiviti yg akn kami jalankan dgn adik-adik program.

Tepat pada pukul 10 pagi..tibalah masa yg ditunggu-tunggu iaitu sesi perkenalan fasi2 dengan adik-adik program..

Pada mulanya saya agak berdebar kerana saya xtau nak guna pendekatan yang macam mana, namun mujurlah adik2 saya pun lebih kurg sebaya dengan adik2 program t'sebut jd saya pun decide bahwa saya akn melayan mereka sama seperti saya layan adik2 saya sendiri.

Selepas habis sesi perkenalan,adaik-adik program itu diberi tayangan video mengenai kepentingan solat.

Bagi adik-adik muslimat, kami telah pecahkannya kepada 2 kumpulan iaitu dari darjah 1-4 dibawah saya manakala dari darjah 4 hingga tingkatan 3 dibawah kawan saya, Izati.

Kemudian, kami berpecah untuk menjalankan aktivti kedua.Saya telah dikehendaki utk menerangkan kepada adik2 progrm tersebut mengenai bagaimana segelas air yg jernih apabila ditambah dengan pewarna sirap sdikit demi sedikit, air itu akn bertukar warna (ianya xjernih lg).Untuk menjadikannya jernih kembali, air yg banyak perlulah ditambah ke dalam gelas yg sama..Aktivti itu merupakan simbolik bagi keadaan hati kita semua. Gelas yg berisi air jernih itu merupakn simbolik bg hati yg bersih..manakala pewrna sirap yg sering kali ditambah merupakan simbolik akan dosa-dosa yg kita sering buat smada kita sedar @ tidak..and lastly air yg perlu ditambah banyak utk mengembalikan kejernihan air itu kembali merupakan simbolik akan amalan-amalan yg perlu dibuat sekiranya kita hendak membersihkan kembali hati kita.

Semasa dalam sesi ini, saya mengalami sedikit kesukaran kerana adik-adik dalam kumpulan saya semuanya masih kecil lagi jadi mereka menghadapi masalah untuk memahami apa yang saya buat. Namun begitu, Alhamdulillah, selepas beberapa kali saya menerangkan kepada mereka, mereka akhirnya faham........^^(lega hati saya..) Melalui dari slot ini,barulah saya tahu akan kesukaran seorang guru untuk mengajar anak-anak muridnya...( Betapa saya kagum akan cikgu-cikgu saya yg dahulu serta lecturer2 saya sekarang ni yg telah bersusah-payah demi mengajar saya dan kawan2 saya...)

Saya rasa amat bersyukur kerana saya terpilih untuk turut serta dalam perjuangan ini.. Moga-moga saya dan kawan-kawan saya dapat menjadi guru yg berbakti pada agama, bangsa dan negara..Insya'ALLAH..Aminn...















Inilah gambar adik2 kumpulan saya..

Selepas solat asar secara berjemaah, kami pun bersurai dengan adik2 di surau Al-Falah. Bagi saya, kenangan dan pengalaman yang saya dapat pada kali ini sangat berharga dan tidak mungkin saya lupakan, malah akan saya jadikannya sbg pedoman dlm mengahadapi kehidupan seharian saya..


Insya'Allah...