Wednesday, August 11, 2010

"Selamat Berpuasa"

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam Ramadhan........














Sabda Rasulullah S.A.W;

"Sesungguhnya iman yang berada di dalam hati kamu menjadi lusuh sepertimana lusuhnya pakaian. Oleh itu, mohonkanlah pada Allah supaya dia memperbaharui iman di dalam hati kamu."


Sama-samalah kita meng'upgrade'kan amalan kita bagi mentarbiah diri kita di bulan Ramadhan ini agar diri memjadi orang yang bertakwa.

Tuesday, August 10, 2010

“Familyku...”

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum Warahmatullah

Alhamdulillah..dengan izin Allah S.W.T. pada 9 Ogos 2010 telah berlangsungnya ‘family day’ biro agama dan kerohanian Institut Pendidikan Guru Malaysia. Alhamdulillah, walaupun dengan kekangan masa yang ada, dapat saya menghadiri majlis tersebut bagi menyambut kedatangan ahli-ahli baru ‘family’ saya.( Lujnah Tarbiah)

Rasa syukurnya ke hadrat Ilahi kerana memberi kekuatan pada saya bagi melalui hari tersebut . Hal ini kerana, pada hari tersebut, saya ada kelas daripada pagi hingga ke malam . Walaubagaimanapun, pada waktu malamnya, sejurus selepas saya habis kelas, saya dan kawan saya yang merupakan ahli ‘keluarga’ saya pun pergi ke Pusat Islam bagi melihat ‘flow’ program tersebut. Sampai sahaja kami di sana, saya lihat lujnah saya sedang dalam liqa, memperkenalkan diri masing-masing.

Tersenyum malu saya dibuatnya akibat dari kelewatan saya masuk ke dalam liqa’ tersebut. Namun pabila saya memerhati ahli-ahli baru ‘family’ saya, rasa sejuk hati dibuatnya...Alhamdulillah, bilangan ahli unit K dalam keluarga saya kali ni sebanyak 10 orang; 5 muslimat dan 5 muslimin....

‘FAMILY’ baru ku....

1. Muhammad Zharif B. Badaruddin-K18
2. Muhammad Zaim Syafiq B. Mohd Roslan-K19
3. Aswan B. Baba-K14
4. Abdul Munir B. Jamil- K-18
5. Muhammad Syazwan B. Samsol Kahar-K3
6. Ummi Syafiqah Bt. Abdul Rahim-K19
7. Nurl Nadiah bt Mohd Isa-K18
8. Nur Ezzah bt Zainoodin-K19
9. Nadhirah bt Mohd Zain-K3
10. Siti Nadhrah bt Ismail-K18

Alhamdulillah doa saya termakbul...Terima kasih Ya Allah............
Insya’Allah, dengan kehadiran ahli-ahli baru unit k, lujnah tarbiah akan menjadi lebih mantap lagi dengan izin Allah s.w.t..

Ya ALLAH...

Ya Rahman ..Ya Rahim..
Engkau berkatilah perjumpaan kami,
Engkau eratkanlah ukhwah diantara kami,
Namun, jauhkanlah kami daripada unsur-unsur jahiliah,

Ya Allah, Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat,
Ampunkanlah dosa-dosa kami,
Bantulah kami dalam menggerakkan agama-Mu,
Bantulah kami untuk membantu diri kami sendiri,
Disamping membantu saudara-saudara kami...

Ya Allah...
Berikanlah petunjuk dan hidayah-Mu kepada kami,
Dan Janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah Engkau memberi petunjuk...
Tetapkanlah hati kami dalam agama-Mu... Ya Allah

Ya Samii’..Ya Bassir’....
Lindungilah kami daripada fitnah duniawi dan juga fitnah akhirat nanti..
Berkatilah perjumpaan dan perpisahan kami
Agar kami sentiasa di bawah rahmat-MU......
Amin Ya Rabbal ‘Alamin