Wednesday, July 7, 2010

"11 Jenis Manusia yg Didoakan oleh Malaikat "

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalammualaikum Warahmatullah...

Dengan Nama Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana

Alhamdulillah..syukur saya pada Ilahi, dengan izin-NYA dapat saya bernafas lagi pada hari ini dalam melaksanakan amanah saya sebagai khalifah di muka bumi ini...Dalam post kali ini, saya ingin berkongsi info yg saya terbaca di laman ' I luv Islam ' yang bertajuk '11 Jenis Manusia Yg Didoakan oleh Malaikat' .

Sebagai seorang muslim, PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Pabila mendengar tajuk ini, anda mesti ada rasa ingin tahu jenis manusia yang macam manakah akan didoakan oleh Malaikat....Malah, kalau boleh kita pun akan berasa hendak tergolong dalam golongan yang bertuah itu..'IT'S NOT IMPOSSIBLE'...

Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:


1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."



2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

"Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"



3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."



4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."


5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

"Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."


6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."


7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

"Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. "Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?" Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.' "

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...'"

10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang melawat orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."


Konklusinya, kita haruslah cuba berusaha untuk meng'update'kan amalan kita, IKHLAS kerna Allah S.W.T...dan Insya'Allah para Malaikat akan turut sama mendoakan kesejahteraan kita..

**Semoga kita tergolong dalam golongan yang didoakan oleh malaikat.Insyaallah.

Wallahualam

Monday, July 5, 2010

Kisah pedoman...

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum Warahmatullah..

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pengampun

Dalam slot kali ini, akan saya selitkan sebuah kisah dari zaman Rasulullah untuk pedoman kita bersama. Kisah tersebut bertajuk
Gadis yang Terbakar Tangannya


PADA suatu ketika, ada seorang gadis yang bernama Jariah datang menemui Rasulullah SAW. Ketika itu dia dalam keadaan sedih sambil memegang tangannya. Dia mahu mengadu kepada Rasulullah tentang tangan kanannya yang sakit dan merah kehitaman.

"Ya Rasulullah, tolonglah saya. Saya tidak mampu menahan kesakitan tangan saya ini. Sudilah Rasulullah mendoakan tangan saya ini supaya pulih seperti sediakala," rayu gadis itu.

Rasulullah berasa terharu dengan penderitaan gadis itu, lalu baginda berkata,

"Wahai Jariah, kenapa tanganmu itu boleh terbakar?"

"Pada malam tadi, saya bermimpi. Ketika saya bangun, saya dapati tangan saya sudah terbakar," kata gadis itu lagi.

Rasulullah pun bertanya kepadanya,

"Cuba ceritakan kepadaku tentang mimpi kamu."


"Malam tadi, saya bermimpi seakan-akan hari kiamat telah datang. Suasana dunia menjadi goncang, gunung-ganang berterbangan. Ia sungguh mengerikan dan tidak pernah saya melihatnya sebelum ini. Saya juga dapat melihat orang-orang di dalam neraka Jahanam yang meluap-luap apinya. Di tempat lain pula saya melihat syurga yang luas dan terbuka lebar. Ketika saya menyaksikan api neraka Jahanam itu, saya seolah-olah pengsan kerana ngeri melihatnya. Saya sangat terkejut apabila melihat ibu saya berada di dalam jurang neraka. Keadaan ibu sangat menyedihkan. Saya hairan kenapa ibu ditempatkan di neraka sedangkan dia membuat amalan baik di dunia," terang gadis itu.

"Bagaimana keadaan ibu kamu ketika di dunia?" tanya Rasulullah.

"Wahai Rasulullah, ibu saya adalah seorang yang kuat beribadat, taat kepada suami, sabar dan bercakap benar," jawab gadis itu.

"Mengapa ibumu ditempatkan di neraka?"
tanya Rasulullah lagi.

"Di dalam mimpi saya itu, saya telah bertemu dengan ibu. Ibu mengatakan itulah tempat bagi orang-orang yang bakhil. Hanya sehelai kain dan sepotong lemak yang dibawanya di mana dia pernah menyedekahkannya sewaktu berada di dunia. Dengan amalan itu sahajalah, ibuku dapat berlindung daripada api neraka.

"Kemudian saya bertanya pula kepada ibu, di manakah ayah berada? Ibu memberitahu ayah sedang berada di syurga.

Kemudian, saya pun pergi mencari ayah di dalam syurga. Saya lihat ayah sangat bahagia di situ. Ayah sedang memberi minuman kepada sahabat-sahabatnya. Air minuman itu diambil daripada tangan Saidina Ali, kemudian Saidina Ali pula mengambilnya daripada Saidina Umar dan Saidina Umar juga mengambil air itu daripada tangan Rasulullah.

"Kemudian, saya bertanya kepada ayah, kenapa ayah memberi minuman itu kepada orang lain, kenapa tidak memberikan minuman itu kepada ibu? Ayah memberitahu saya bahawa ibu berada di tempat orang-orang yang bakhil dan orang-orang yang membuat maksiat kepada Allah. Dengan sebab itulah, Allah mengharamkan mereka daripada telaga Rasulullah.

"Wahai Rasulullah, saya kasihan melihat ibu, lalu saya mengambil air dari telaga Rasulullah, kemudian diberikan kepada ibu untuk diminum. Tiba-tiba, ibu saya mengeluarkan suara yang menakutkan. Allah telah membakar tangan saya kerana memberikan ibu minum air yang diambil dari telaga Rasulullah. Sedangkan telaga itu hanya untuk orang-orang yang tidak membuat maksiat dan orang-orang yang suka berbuat sedekah," cerita gadis itu dengan jelas.

Maka Rasulullah berkata kepada gadis itu,

"Kerana sifat bakhil ibumu itulah yang menyebabkan dia menjadi penghuni neraka."

Setelah melihat tangan gadis yang terbakar itu, Rasulullah meletak tongkatnya pada tangan gadis itu sambil berdoa,

"Ya Allah, ya Tuhanku, sembuhkanlah tangannya."


Dengan kehendak Allah SWT dan berkat daripada Rasulullah, tangan gadis itu sembuh seperti sediakala.

Sebagai konklusinya, apakah yang kita boleh belajar(ambil tauladan) melalui kisah ini? Tidak lain tidak bukan, ianya mengingatkan kita agar rajinkan untuk bersedekah dan elakkan sifat bakhil. Sesungguhnya Allah S.W.T benci orang bakhil/kedekut. Kita perlu ingat bahwa harta yang kita ada di dunia ini datangnya daripada Allah, maka kita perlulah ingat untuk 'kongsi' sama-sama nikmat yang telah Allah kurniakan pada kita.

Jadikanlah sedekah itu sebagai amalan kita..Malah ingat, SENYUM itu juga merupakan seedekah...

Wallahualam

Sunday, June 20, 2010

Menyahut Panggilan ALLAH S.W.T.

Bismillahirrahmanirrahim

Assalammualaikum Warahmatullah.

Dengan Nama Allah yang Maha Menghidupkan dan Mematikan

Alhamdulillah...syukur saya pada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNYA dapat saya bernafas lagi di muka bumi ini dalam mengerjakan ibadat kepada-NYA. Kebelakangan ini, saya selalu menerima meseg memaklumkan kematian seorang ayah, seorang datuk kepada kenalan saya..Namun, paling saya tidak sangka ialah pabila menerima berita kematian kawan saya sendiri...

Berita tersebut bagaikan pukulan kepada diri saya.... Ianya menyedarkan saya betapa singkatnya hidup kita di dunia ini dan MAUT itu adalah PASTI tidak kira samada orang itu baru berumur 2 tahun, 40 tahun mahupun 19 TAHUN..

18 JUN 2010

Terpana saya membaca meseg yang diberi oleh kawan karib saya sewaktu di sekolah rendah dahulu mengatakan bahawa kawan sekelas kami telah mengalami kemalangan sejurus dari kepulangannya dari solat Jumaat. Tatkala saya tersedar apa yangberlaku, saya cepat-cepat beristighfar dan mendoakan kesejahteraannya, dengan harapan kawan saya tersebut akan sembuh.

Namun, ALLAH lebih menyayanginya kerana pada pukul 6.00 petang Jumaat itu, kawan saya , Afiq telah dipanggil oleh ALLAH S.W.T ke alam barzakh. Berjujuran air mata saya tatkala membaca meseg itu. Pada mulanya, saya mengalami dilemma samada hendak percaya berita itu atau tidak. Untuk kepastian , saya tanya kepada kawan-kawan sekelas sekolah rendah saya yang lain, UNFORTUNATELY mereka semua telah meng’confirm’kan berita itu..............

Ya Allah, kuatkanlah hati hamba MU ini dalam menghadapi dugaan dan cabaran hidup ini. Kuatkanlah hati ku Ya Allah.. Ya Rahman Ya Rahim...

Tidak saya sangka bahwa dalam sekelip mata sahaja semua perkara telah berubah.. Arwah Afiq sudah pergi menyahut seruan Ilahi...meninggalkan kami dan keluarganya...

4 tahun

4 tahun, kami semua menjadi ‘classmate’ di Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Razak (2 ). Dari kelas 3 Pilihan ke kelas 4 Pilihan, ke kelas 5 Pilihan dan seterusnya ke kelas 6 Pilihan. Macam-macam sudah kami sekelas lalui. Hubungan kami semua bolah dikatakan seperti adik-beradik sehinggakan kami kenal semua ibubapa masing-masing. Malah pada setiap Hari Raya, kami akan mengunjungi rumah-rumah setiap seorang ...........

Wahai kawan-kawanku..ex ‘6 Pilihan’...kuatkanlah hati-hatimu, tabahkanlah jiwa-jiwamu..sabarkanlah hati-hatimu dengan KetentuanNYA.....dan ingatlah arwah kawan kita...dengan doa kita kepada-NYA..sepertimana saya sendiri cuba melakukannya..

‘Sahabat ABADI’

~khas buat arwah serta sahabat-sahabatku~

Ingin saya memetik kata-kata Imam Ghazali yang mulia:

“Ukhwah itu bukan pada indahnya pertemuan, tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya.”

Kuharapkan mekar di hati
Agar persahabatan suci ini
Kan terus mantap
Menjadi Syafaat
Terukir indah
Di pintu Jannah

Seterusnya, sebelum saya mengakhiri post kali ini, ingin saya menujukan teguran ini pada diri saya sendiri dan semua umat Islam...

Sedarlah wahai diriKU, sedarlah wahai Sahabat-Sahabatku...

Kita hanyalah musafir di dunia
Kitakan pulang pada-NYA
Kelak hidup di dunia akan ditanya
Adakah diisi dengan sebaiknya
Atau keseronokan semata-mata?
Mahukah kita hidup terhina?
Tanpa amalan sebagai bekalan
Kelak di sana rendah darjatnya.

Fikir-fikirkanlah.......dan sekiranya saya ada terkasar bahasa atau membuat silap kepada sesiapa yang mengenali diri ini, saya memohon maaf..

Wallahualam.

Friday, June 4, 2010

Qunut Nazilah

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalammualaikum Warahmatullah..

Dengan Nama Allah yang Maha Berkuasa lagi Maha Penyayang

TAHUKAH ANDA ?? Bahwa saudara se-Islam kita sedang berjuang mati-matian di Ghaza. Hinggakan sampai sekarang mereka merana..MENGAPAKAH BEGITU??Sebagai saudara se-Islam, pernahkah kita berfikir "Apa yang mampu SAYA lakukan?".

Salah satu perkara yang kita boleh lakukan sekarang ini selain daripada memberikan bantuan dari segi kewanagan ialah dengan membacakan doa qunut Nazilah buat mereka. INGAT...DOA itu adalah senjata seorang mukmin. Oleh itu,marilah kita sama-sama bacakan doa Qunut Nazilah buat mereka.

Untuk pengetahuan anda....

Qunut Nazilah adalah do’a qunut ketika musibah atau kesulitan menimpa kaum Muslimin, seperti peperangan, terbunuhnya kaum Muslimin atau diserangnya kaum Muslimin oleh orang-orang kafir. Qunut Nazilah, iaitu mendo’akan kebaikan atau kemenangan bagi kaum Mu’minin dan mendo’akan kecelakaan atau kekalahan, kehancuran dan kebinasaan bagi orang-orang kafir, Musyrikin dan selainnya yang memerangi kaum Muslimin. Qunut Nazilah ini hukumnya sunnat, dilakukan sesudah ruku’ pada raka’at terakhir pada solat fardhu lima waktu, dan hal ini dilakukan oleh Imam atau Ulil Amri.

Imam at-Tirmidzi berkata: “Ahmad (bin Hanbal) dan Ishaq bin Rahawaih telah berkata: “Tidak ada qunut dalam solat Fajar (Shubuh) kecuali bila terjadi Nazilah (musibah) yang menimpa kaum Muslimin. Maka, apabila telah terjadi sesuatu, hendaklah Imam (yakni Imam kaum Muslimin atau Ulil Amri) mendo’akan kemenangan bagi tentera-tentera kaum Muslimin.” [2]

Berdasarkan hadis Ibnu Abbas , bahwasanya Rasulullah S.A.W. melakukan qunut satu bulan berturut-turut pada solat Zhuhur, Ashar, Maghrib, ‘Isya dan Subuh di akhir setiap solat, yakni apabila baginda telah membaca “Sami’allaahu liman hamidah dari raka’at terakhir, baginda S.A.W. mendo’akan kecelakaan atas mereka, satu kabilah dari Bani Sulaim, Ri’il, Dzakwan dan Ushayyah sedangkan orang-orang yang di belakang beliau mengaminkannya. [3]

Imam an-Nawawi memberikan bab di dalam Syarah Muslim dari Kitabul Masaajid, bab 54: Istihbaabul Qunut fii Jami’ish Shalawat idzaa Nazalat bil Muslimin Nazilah (bab Disunnahkan Qunut pada Semua Solat (yang Lima Waktu) apabila ada musibah yang menimpa kaum Muslimin) [4]

[2]. Tuhfatul Ahwadzi Syarah at-Tirmidzi II/434.
[3]. Abu Dawud no.1443, al-Hakim I/225 dan al-Baihaqi II/200 & 212, lihat Irwaa-ul ghaliil II/163.
[4]. Lihat juga masalah ini dalam Zaadul Ma’aad I/272-273, Nailul Authar II/374-375 -muhaqqaq.

Tidak ada hadis dari Rasulullah S.A.W yang menunjukkan adanya doa khusus dalam qunut nazilah. Oleh kerana itu seseorang berdoa di dalam qunut nazilah dengan doa yang bersesuaian keadaan yang tertimpa musibah, kezaliman dan penindasan dan apa yang mereka perlukan. Bahkan Al-Qadli Iyadl rahimahullah menukil kesepakatan jumhur ulama bahwa tidak ada doa khusus dalam qunut.















Maksudnya:
“Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka.
Ya Allah, Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka, pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka.
Goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa Wahai tuhan yang bersifat murka.
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.”

Friday, May 28, 2010

"Lawaknya......haha..." ???

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum Warahmatullah

Hidup kita memang selalu dipenuhi dengan gurau senda dengan orang di sekeliling, biasanya kawan-kawan. Mana ada orang yang bergurau dengan dirinya sendiri, betul tak? Maknanya, bila kita bergurau senda, secara tak langsung ia akan melibatkan perasaan orang lain yang mendengar gurauan kita.


Biasanya, orang bergurau untuk menceriakan suasana. Takkan nak buat muka serius sepanjang masa. Macam kebanyakan orang mengatakan, “Hidup mesti ceria”.


Tapi, mari kita teliti, apa yang selalu ada dalam sesebuah gurauan? Lawak yang direka-reka, cerita yang dibuat-buat, perli memerli dan kata mengata antara satu sama lain. Itu antara yang biasa saya temui. Jarang sekali orang bergurau tapi dalam masa yang sama dia tak menipu. Tak sah kalau bergurau, dia tak mengata-ngata (secara bergurau) kat orang lain.


Kebanyakan kita menganggap gurauan adalah perkara biasa. Ada juga yang menyangka menipu dibolehkan ketika bergurau sebab tak membahayakan orang di sekeliling kita. Saya juga pernah menganggap begitu kerana merasakan apa yang kita guraukan hanya mainan semata-mata, bukan betul-betul, dan bukan niat untuk betul-betul berbohong.


Betulkah persepsi macam ni?





Banyak Ketawa Mematikan Hati

Pernahkah anda lihat orang yang ketawa terbahak-bahak, sampai katanya nak pecah perut dan sampai tak cukup udara nak bernafas? Apa yang kita fikir? Pastinya orang tu baru saja lihat atau dengar satu jenaka atau gurauan yang sangat menggelikan hati. Betul tak?


Kita akan ketawa apabila ada sesuatu yang menggeletek hati. Ya, itu memang sesuatu yang normal. Tapi, hakikatnya, di situlah akan timbulnya masalah. Gurauan yang melampau-lampau akan menyebabkan kita banyak ketawa.


Dalam Kitab Ihya’ Ulumiddin karangan Imam Ghazali, beliau menyenaraikan senda gurau sebagai salah satu unsur bahaya yang dibawa oleh lidah. Kata beliau,
“Asalnya senda gurau itu tercela dan terlarang, kecuali sekadar sedikit yang dapat dikecualikan daripadanya.” [1]

Ini berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W.:
Maksudnya: “Jangan engkau berbantahan dan bergurau dengan saudaramu!”




Kita dibolehkan bergurau senda tetapi jangan berlebih-lebihan. Kenapa? Kerana ia akan mengundang banyak ketawa. Dan banyak ketawa akan mematikan hati. Dan mungkin akan menjatuhkan maruah diri. Kata Imam Ghazali,
“Adapun berlebih-lebihan pada bergurau, maka akan mempusakai banyak tertawa. Dan banyak tertawa itu mematikan hati dan mewarisi kedengkian pada sesetengah keadaan. Dan menjatuhkan kehebatan diri dan kemuliaan. Dan apa yang terlepas dari hal-hal tersebut, maka tidak tercela,” sebagaimana diriwayatkan dari Nabi S.A.W. bahawa baginda bersabda:

Maksudnya: “Sesungguhnya aku bersenda gurau dan aku tidak mengatakan, selain yang benar.” [2]


Kita biasa dengar,

“Isy dia ni. Ketawa sampai tak ingat dunia!”


Hakikatnya begitulah keadaan orang yang ketawa berlebih-lebihan. Larut dalam dunia ketawanya. Sampai lupa dan tak sedar apa yang berlaku di sekelilingnya. Dan lebih parah lagi, ketawanya itu juga menunjukkan kelalaian dari mengingati akhirat.

Nabi S.A.W. bersabda:

Maksudnya: “Jikalau kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya pasti kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.” [3]



Nilai Gurauan vs Nilai Persaudaraan

Ketawa memang seronok. Tapi menjadi bahan ketawa sangat menyakitkan hati. Hakikatnya, itulah yang selalu ada dalam sesebuah gurauan - mentertawakan orang lain.


Kita mungkin sekadar main-main, kata orang menyakat. Tapi, siapa tahu apa yang dirasai ‘watak utama’ kisah gurauan tersebut?


Mungkin tak kisah, mungkin marah, mungkin kecil hati dan mungkin terus tak bertegur sapa.


Gurauan yang dianggap sekadar main-main boleh menjadi bibit kepada pergaduhan, pertengkaran, tak bertegur sapa dan permusuhan yang berpanjangan antara sesama Muslim. Begitu murahkah nilai persaudaraan dalam Islam sehingga kita sanggup menggadaikannya dengan kata-kata gurauan dan mainan yang langsung tiada nilai di sisi Allah?

Rasulullah S.A.W. sendiri telah memberi amaran dalam sabda baginda:
“Sesungguhnya orang yang berkata-kata dengan suatu perkataan untuk mentertawakan teman-teman duduknya, akan jatuh dalam api neraka, lebih jauh dari bintang surayya.”



Jujur dalam Berjenaka dan Gurau Senda

Sedarkah kita, ketika bergurau senda dengan rakan-rakan, kita mungkin dah berbohong? Berbohong bukan maksud saya betul-betul bercakap bohong. Tapi, hanya sekadar cakap main-main; atau kata orang sekadar mengacah saja.


Soalnya, betul ke kita tak boleh menipu walaupun dengan hanya niat untuk bergurau? Nama pun gurauan, jadi kita bukan berniat untuk betul-betul menipu, hanya sekadar main-main dan tak memudharatkan sesiapa. Dan biasanya, last sekali, kita mesti akan cakap,

“Aku main-main je la…”

“Aku tipu engkau je tadi. Saja nak tengok macam mana reaksi engkau.”


Kalau diikutkan logik akal pendek kita, mungkin pandangan tu nampak macam betul. Tapi, mari kita teliti sabda Rasulullah S.A.W. :
“Hendaklah kamu jujur. Sesungguhnya kejujuran menunjuk kepada kebaikan. Dan kebaikan menunjuk kepada syurga. Seorang lelaki terus jujur dan mencari kejujuran sehinggalah dia dicatatkan di sisi Allah sebagai seorang yang sangat jujur. Berwaspadalah terhadap dusta. Sesungguhnya dusta menunjuk kepada kejahatan. Dan kejahatan menunjuk kepada neraka. Seorang lelaki terus berdusta dan mencari pendustaan sehingga dia dicatat di sisi Allah sebagai seorang yang sangat berdusta. [4]
“Celakalah orang yang memperkatakan sesuatu agar orang lain ketawa, lalu dia berdusta. Celakalah untuknya. Celakalah untuknya.” [5]

Apa pun tujuan kita, pendustaan sesekali tidak dibenarkan walaupun hanya untuk
bergurau dan berjenaka. Islam mengharuskan gurau senda, keceriaan dan hiburan jiwa, tetapi tidak menjadikannya sebagai pembuka jalan kepada kita untuk berdusta.


Jadi, kalau nak bergurau, pastikan gurauan kita tak ada unsur-unsur penipuan dan pendustaan. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W.:

Maksudnya: “Sesungguhnya aku bersenda gurau dan aku tidak mengatakan, selain yang benar.” [6]


Macam mana cara yang betul untuk bergurau? Mari kita susuri sirah Nabi Muhammad S.A.W., bagaimana cara baginda bergurau senda dengan orang-orang di sekeliling baginda.

Suatu hari, seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah S.A.W., meminta tunggangan daripada baginda kerana hendak pulang ke negerinya. Apabila Nabi mendengar permintaan lelaki itu, baginda bersabda: “Sesungguhnya aku akan menunggangkanmu di atas anak unta.” Padahal, pada waktu itu Nabi berkata demikian hanya dengan tujuan untuk bergurau.

Apabila lelaki itu mendengar kata-kata Nabi, dia merasa susah hati kerana memikirkan bagaimana anak unta yang kecil dan lemah boleh ditunggang untuk perjalanan yang jauh. Lalu, lelaki itu berkata, “Apa yang boleh aku buat dengan seekor anak unta? Kalau kamu berikan pada aku, tentulah menjadi beban dan hanya menambahkan kesusahan saja, sebab ia masih kecil dan tidak boleh ditunggang.”

Maka Rasulullah S.A.W. berkata,

“Adakah yang melahirkan unta itu selain daripada unta betina? Maka itulah yang mahu aku berikan kepadamu iaitu unta besar yang asalnya dilahirkan oleh ibunya.” [7]

Lihat bagaimana cara Rasulullah S.A.W. menjaga adab-adab dalam bergurau senda. Baginda tidak sesekali menipu orang yang diajak bergurau, sebaliknya cara baginda ada ‘seninya’ yang tersendiri.


Apa yang saya perhatikan dalam kisah di atas dan beberapa kisah lain, Rasulullah menggunakan kaedah “double meaning” dalam gurauan baginda, iaitu satu kalimah tetapi mempunyai ataupun boleh difahami dalam dua maksud dan keadaan yang berbeza. Jadi, cara sebegitu akan mengelakkan kita daripada berbohong ketika bergurau.


Sayyidina Umar r.a. pernah berkata:

“Tahukah kamu mengapa dinamakan gurau senda (al-muzaah) dengan kata-kata al-muzaah?” (maksud asal al-muzaah: alih).

Mereka itu menjawab: “Tidak!”

Maka Umar r.a. menjawab:

“Kerana senda gurau (al-muzaah) itu, mengalihkan orang yang bergurau daripada kebenaran.”


Jadi, berwaspadalah kita dalam setiap gurauan dan kata-kata kita. INGAT!!Setiap apa yang dituturkan oleh kita akan dipertanggungjawabkan ke atas diri kita di akhirat kelak. Gurau senda mampu menghiburkan jiwa dan boleh mengeratkan hubungan sesama Muslim, tapi andai tidak kena caranya, gurau senda boleh melontarkan kita ke dalam azab neraka. Na'uzubillahi min dzalik.

~Wallahu a'lam~


Rujukan:
1 Ihya' Ulumiddin, Imam Ghazali, Jilid 4, Bab Bahaya Lidah.
2 Riwayat Ibnu Abid-Dun-ya dari Abu Hurairah.
3 Riwayat Bukhari dan Muslim dari Anas dan 'Aisyah r.a.
4 Riwayat Bukhari dan Muslim.
5 Riwayat at-Tirmizi.
6 Riwayat Ibnu Abid-Dun-ya dari Abu Hurairah.
7 Riwayat Abu daud dan at-Tirmizi dari Anas, Hadis shahih.

Wednesday, May 19, 2010

....Hari Lahirku....

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan Nama Allah Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


18 Mei 2010
pada saat dan ketika ini..
bertambahlah setahun lagi usiaku

19 tahun

dan Alhamdulillah saya masih diberi nikmat untuk hidup dan merasai nikmat dan kurniaan ALLAH S.W.T

Dan ini juga bermakna diri saya makin dekat dengan kematian..
pabila merenung kembali diri
setakat dan sekadar mana amalan sepanjang saya hidup
berapa kebaikan yang sudah saya buat
ya Allah hambaMu ini masih jauh dariMu..

mungkin angka 19 merupakan angka kebebasan bagi sesetengah orang
tetapi bagi saya, ianya merupakan seperti satu pukulan
kerna sesungguhnya saya tidak mendambakan sebarang kebebasan
kerna saya sedar betapa sikitnya amalan-amalan saya
sepanjang 19 tahun saya bernafas di bumi-NYA
kerana saya sedar saya hanya seorang hamba
ALLAH S.W.T..


bila dah menginjak usia 19 tahun ini
Saya harap saya boleh menjadi matang seiring dengan perubahan angka ini
tapi matang bukan sekadar pada rupa paras, dan pengalaman
malah mesti seiring dengan percakapan dan perbuatan..
walaupun begitu, saya harap agar umur 19 akan menjadi titik tolak perubahan dalam hidup saya dari pelbagai aspek..
Agar diri saya dapat berubah menjadi seorang mujahidah muslehah...

Kepada semua sahabat-sahabat dan akak-akak yang wish..
Thank u so much...
terima kasih kerana setia menjadi peneman saya sehingga detik ini











'Thank u' to my rumate,wahi, faryhah,parhana n kawan2 searas kerana menyediakan kek ni..^^















Terima kasih jg saya ucapkan pd kawan2 sekelas kerana meyediakan kek ini..^^



I'M LUCKY TO HAVE YOU GUYS AS MY FRIENDS..^^


P.S- Doakanlah saya agar istiqamah dalam mencari keredhaan-NYA dan dalam mencari cinta ILAHI...syukran

Wednesday, May 12, 2010

'Kemuncak Madah Siswa'

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalammualaikum Warahmatullah..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Memiliki Segala Keagungan

Masa :8.00 malam hingga 9.30 malam
Tempat : Surau Al-Hidayah

Tajuk 1: Couple ( Bahang Asmara )

~Cinta Sebelum Kahwin~

Definisi-

Segala bentuk hubungan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim, yang mana hubungan tersebut hanya layak bagi pasangan yang sudah kahwin.

Menurut hadis Nabi, orang yang sedang jatuh cinta cenderung untuk selalu teringat dan menyebut orang yang dicintainya (man ahabba syai'an katsura dzikruhu), kata Nabi, orang juga bisa diperbudak oleh cintanya (man ahabba syai'an fa huwa `abduhu). Kata Nabi juga, cinta sejati ada tiga ciri-ciri:

(1) lebih suka berbicara dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain,

(2) lebih suka berkumpul dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain, dan

(3) lebih suka mengikuti kemahuan yang dicintai dibanding kemahuan orang lain/diri sendiri. Bagi orang yang telah jatuh cinta kepada Allah SWT, maka ia lebih sukan berbicara dengan Allah Swt, dengan membaca firman Nya, lebih suka bercengkerama dengan Allah SWT dalam I`tikaf, dan lebih suka mengikuti perintah Allah SWT daripada perintah yang lain.

Versi ‘cinta’ sebelum kahwin

-hubungan adik –beradik angkat
-couple

Hukum bercinta sebelum berkahwin

Allah berfirman:

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk" (Al-Isra' 17:32)

Apabila Ulama Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin ditanya tentang hubungan cinta sebelum bernikah, beliau menjawab:

“jika hubungan itu sebelum nikah, baik sudah melamar ataupun belum, maka hukumnya adalah HARAM, kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-lenang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau berdua-duaan”

-Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin

Solution

Bagi yang sudah bercouple

- Sedar akan kesalahan diri dan bertaubat kepada Allah S.W.T
Allah S.W.T berfirman dalam hadis Qudsi

‘ Aku adalah menurut prasangka hambaKu terhadap Aku, terserah kepadanya untuk berprasangka terhadapKu menurut kehendaknya.’

- Muhasabah diri
Jika hubungan couple itu adalah untuk perkahwinan- (cuba baiki hubungan yang ada- dengan memberi kefahaman / masuk meminang/ elakkan dari bercouple/ cuba elakkan dari SMS & call)

Sabda Rasulullah S.A.W

“Rasulullah melarang seorang lelaki meminag atas peminangan saudaranya yang lain sehingga peminangan yang satu membatalkan peminangannya atau mengizinkannya.”
( Riwayat Ahmad)


Jika hubungan couple itu adalah untuk suka-suka-( HENTIKAN!!)

Sabda Rasulullah S.A.W

“Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan”
(Riwayat Tabrani)


Rasulullah S.A.W.:

“Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kakinya juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman.”
(Muslim dan Abu Daud).


~ Hal ni kerana syaitan akan menghembus perasaan berahi , kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis~

Bagi yang Belum Bercouple

1. Buat perancangan ( set target bila nak kahwin)
2. Istikharah
3. Tanya Pendapat mereka yang soleh dan fakih(berilmu)
4. Guna orang tengah


Tajuk 2: Rokok

Hadith Rasullullah s.a.w. :

“Halal itu jelas, haram itu pun jelas, dan antara keduanya ada beberapa perkara yang syubhat (samar) yang banyak dari manusia tidak mengetahuinya. Maka barangsiapa memelihara dirinya dari segala kesamaran, sesungguhnya ia memelihara bagi agama dan kehormatannya. Dan barangsiapa jatuh ke dalam perkara kesamaran jatuhlah ia ke dalam haram,” (H.R. Muslim)

Pada umumnya umat Islam tidak merokok melainkan kerana terpengaruh kepada orang Barat yang menjajah mereka. Hari ini, merokok adalah suatu kebiasaan yang diterima secara meluas dalam masyarakat kita, sehingga kadangkala ia dipandang sebagai satu norma yang membanggakan. Anggapan palsu ini terhasil apabila golongan yang mudah terperdaya dengan budaya asing, terutamanya yang dipaparkan melalui media massa, ingin pula bergaya demi mencapai status kecanggihan serta keunggulan yang kononnya dikaitkan dengan merokok. Malah tabiat suka meniru dan menyeleweng dari jalan yang benar adalah sesuatu yang kian menguasai anak-anak kaum Muslimin di zaman ini.

Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh menmbawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap termasuklah bahan radioaktif (polonium -201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di “kamar gas maut” bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun yang paling penting adalah tar, nikotin dan karbon monoksida.

Menghisap rokok adalah suatu perbuatan membunuh diri sendiri dan orang lain atau makhluk lain yang sentiasa terdedah kepada asap yang berpunca daripada perokok itu, sungguhpun proses pembunuhan ini mengambil masa yang agak lama.

Firman Allah s.w.t. :

“Dan janganlah kamu membunuh diri kamu, sesungguhnya Allah Maha Penyayang”
(An-Nisa’ : 29)


Hadith Rasullulah s.a.w.:

“Siapa yang membunuh diri dengan meminum racun, maka racun itu akan tetap berada di tangannya dan diminumnya dalam neraka jahanam”
(Abu Hurairah r.a.)


Rentetan daripada bahaya dan kemudaratan yang ditimbulkan oleh tabiat merokok ini, maka pada 23 Mac 1995, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 telah memutuskan bahawa tabiat merokok itu adalah haram menurut pandangan Islam. Fatwa ini disokong oleh beberapa pertubuhan termasuk Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Setelah tujuh tahun lebih fatwa ini diputuskan, didapati reaksi masyarakat Malaysia khususnya muda-mudi Islam seolah-olah tidak menghiraukan langsung fatwa tersebut. Semakin hari fatwa tersebut semakin dilupakan oleh masyarakat Islam sendiri.

Secara umumnya, para ulama mengharamkan rokok dengan bersandarkan kepada hujah-hujah bahawa merokok boleh mengakibatkan kerosakan kepada agama, kesihatan, alam sekitar, kewangan dan sebagainya.

Rasulullah s.a.w. bersabda :

'Sesiapa yang memakan bawang putih dan bawang merah, maka jauhilah daripada kami dan masjid dan tinggallah di rumah. Ini kerana, para malaikat terganggu dengan perkara yang menyebabkan manusia rasa terganggu.'

(Riwayat Bukhari dan Muslim).


Hadis di atas boleh disandarkan kepada akibat merokok yang menyebabkan nafas perokok berbau busuk dan mengganggu bukan sahaja manusia biasa tetapi juga para malaikat. Jadi, merokok memberi kesan buruk kepada hubungan interaksi manusia. Mereka yang suka merokok di dalam rumah akan menyebabkan malaikat rahmat tidak tinggal di dalam rumahnya.


Simptom Orang Ketagihan Rokok

-gelisah
-menggeletar
-degupan jantung laju

Cara Untuk Berhenti Rokok

-tarik nafas panjang
-kerap minum air
-membuat kerja lain
-mengunyah sesuatu
-mandi
-basuh tangan
-senaman ringan
-solat

Kaedah Awal untuk Berhenti Merokok

- muhasabah diri
- membuat keputusan yang betul dan bijak
- meminta bantuan dari rakan, ahli keluarga

'Orang berakal ialah mereka yang mana akalnya mampu menguasai dirinya daripada segala kejahatan'
(Imam As-Syafie')