Bismillahirrahmanirrahim...
Assalammualaikum Warahmatullah
Dengan Nama Allah yang Maha Pengampun, Maha Mengasihani..
Alhamdulillah, tidak lama lagi, kita akan melangkah ke tahun baru hijrah. Disini saya ingin mangambil peluang untuk mengucapkan kepada semua sahabat serta warga muslim walau di mana pun anda berada...
' Salam Maal Hijrah '
Jadikanlah tahun ini lebih baik dari tahun yang sebelum ini.. Marilah kita sama-sama mengambil peluang-nikmat yang telah dikurniakan Allah S.W.T ( kita masih hidup, menikmati iman dan islam ) untuk menjadikan tahun ini lebih baik - dengan memperbanyakkan ibadat, memperbaiki sahsiah kita dan lain-lain lagi.
Hal ni kerana, Hijrah adalah suatu peristiwa besar dalam lslam di mana umat lslam diperintahkan berhijrah. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, dia akan dikurniakan pahala besar, sebaliknya jika kerana dunia atau perempuan, maka dia hanya mendapat apa yang diniatkannya.
Seperti yang diriwayatkan dalam hadis yang kita biasa dengar :
عن أمِيْرِ المُؤْمِنِيْنَ أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ ا للهِ
صلى الله عليه وسلم یَقُولُ: (( إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ آَانَ تْ
هِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ آَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ةٍ
یَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ)) . رواه إماما الحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن
إبراهيم بن المغيرة بن بردزیة البخاري، وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري
النيسابوري في صحيحيهما اللذین من أصح الكتب المصنفة.
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu."
Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya pada bahagian awal kitab sahihnya, juga dalam Kitab Iman dan beberapa tempat lain dalam kitab sahihnya. Al-Imam Muslim meriwayatkannya dalam Kitab al-Imarah hadis nombor 1908).
Bersempena Maal Hijrah ini, saya juga ingin kongsi dengan anda- Doa Akhir tahun dan Doa Awal Tahun Hijrah untuk di baca petang ini. Semoga semua amalan kita di terima dan semua dosa di ampunkan oleh-Nya. Dan semoga kita menjadi insan lebih bertakwa dan berhijah menjadi lebih baik dari sebelum ini. Amin…
Doa Akhir Tahun. Dibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib.
Doa Awal Tahun. Dibaca sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib.
Sumber:http://orange4k.com/200912/doa-akhir-tahun-awal-dan-tahun-hijrah/ dan
http://hikmah.azhad.com/
Wallahualam.