Dengan Nama Allah Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Berkuasa
Assalammualaikum Warahmatullah,
Alhamdulillah, dengan izin-NYA, dapat lagi diri ini bernafas, menghidup udara, dikurniakan kesihatan yang baik, diberi peluang lagi untuk melaksanakan ibadat dan gerak kerja yg tertangguh. Alhamdulillah....Allahuakbar!
Tujuan saya menaip kekunci keyboard laptop saya pada hari ini adalah utk berkongsi pengalaman manis saya di SK Perpaduan, Ipoh sebagai guru pelatih disana.
Dari apa yang saya perhati, Sistem Pentadbiran di sana agak tegas dengan peraturan di bawah pemantauan guru besar mereka, En Khairuddin. Namun begitu, walaupun tegas, beliau sangat menitikberatkan hal-hal pelajarnya. Tidak kira dari segi aspek apa pun, guru besar tersebut sentiasa meluangkan masanya untuk turut serta dalam semua program dengan pelajar. Selain itu, guru-guru di sana smuanya bagus-bgus belaka dan sangat memberi kerjasama. Murid-murid disana juga sangat "cute and straightforward".
Di SK PERPADUAN...
Sekolah ini mempunyai dua sesi. Sesi pagi untuk tahap 2 manakala sesi petang untuk
tahap 1. Murid-murid pada sesi pagi akan beratur di perhimpunan setiap hari pada pukul 7.20 pagi sebelum mereka memasuki kelas masing-masing. Manakala murid pada sesi petang akan beratur di kantin pada pukul 12.30 tgh hari sebelum memasuki kelas masing-masing. (Sejuk hati pabila mendengar murid-murid membaca doa setiap pagi dan menasyidkan Asma-ul Husna pd hari Jumaat)
Kelas sesi pagi bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari, manakala sesi petang bermula dari pukul 1.00 tengah hari hingga pukul 6.00 petang. Gambar di atas merupakan satu contoh suasana di dalam kelas.
Seiring dengan akademik, sekolah ini turut mementingkan keseimbangan fizikal murid-muridnya. Setiap hari rabu akan diadakan aktivti kokurikulum; persatuan, kelab dan unit beruniform. Selain itu, murid-murid tersebut dgalakkan untuk mengisi masa lapang mereka bermain di padang sekolah pada waktu petang. (Secara xlangsung, hal ini dapat membendung masalah sosial dalam kalangan murid-murid)
Perkara yang paling memberi kesan pada saya ialah pada hari terakhir saya dan rakan-rakan disana, kebanyakan murid-murid di sana merasa sedih dengan peninggalan kami dan ada seorang budak lelaki yang bernama Syakir, menangis tatkala saya dan rakan-rakan mengucapkan selamat tinggal.
Apabila ditanya padanya sebab dia menangis, dia kelihatan segan2 dan mengeluarkan air matanya...saya rasa sangat terharu melihat situsasi tersebut kerana kebetulan, saya pernah denda budak itu sewaktu saya 'relief' class dia (akibat mengejek nama ayah kawannya). Saya tidak sangka, budak tersebut akan merasa sedih tatkala saya ingin meninggalkan sekolah tersebut.. Ini lah yang dikatakan orang bahwa kanak-kanak itu adalah suci dan bersih, mereka akan cakap dan luahkan apa yang mereka rasa tanpa 'hidden agenda'. Dan kriteria seperti inilah yang menyebabkan saya suka kanak-kanak dan memilih profession ini.