Friday, September 9, 2011

Ramadhan sudah pergi....

Bismillahirrahmanirrahim,

Dengan nama Allah yang Maha Pengampun dan Maha Pemberi Zat.

Assalammualaikum Warahmatullah,

Alhamdulillah...selepas berbulan diri ini menyepi, sibuk melayan assignment, akhirnya dapat juga saya mencuri masa untuk menulis sedikit perkongsian di laman maya ini...^_'. Alhamdulillah.

Pejam celik, pejam celik... bulan Ramadhan, bulan barakah, yang hanya datang menziarahi kita sekali dalam setahun, sudah pun melabuhkan tirainya, berlalu meninggalkan kita semua . Namun begitu, keasyikan dalam menunaikan ibadat di bulan Ramadhan masih terasa dan berbekas di hati. Amalan seperti bertadarus secara beramai-ramai, berbuka bersama-sama, solat terawih, bangun di tengah malam, tazkirah-tazkirah pendek bisa menjadi peneman diri . Memenuhkan lagi jadual harian diri ini. Alhamdulillah...

Walaupun terasa berat hati untuk meninggalkan Ramadhan, kini hanya satu harapan di hati. Moga-moga segala amalan dan gerak kerja yang kita semua lakukan dalam bulan Ramdhan diterima oleh Allah Ar-Rahman. Ibarat seorang pedagang yang baru habis urusan perniagaannya, mereka akan mula mengira keuntungan dan kerugian yang dihadapi . Begitu juga lah dengan bulan Ramadhan, sudah tentu kita pun mahu mengambil kita keuntungan (amalan yang diterima) dan kerugian (dosa/ maksiat yang dilakukan) yang kita hadapi selepas habisnya bulan Ramadhan...

Tatkala itu, saya teringat ada satu hadis yang mencengkam jiwa pabila saya membacanya.. Moga-moga kita semua tidak termasuk dalam golongan yang diperkatakan oleh Rasulullah S.A.W. ini ;

وَرَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ دَخَلَ عَلَيْهِ رَمَضَانُ ثُمَّ انْسَلَخَ قَبْلَ أَنْ يُغْفَرَ لَهُ

“Dan rugilah orang yang bertemu dengan bulan Ramadhan namun belum mendapatkan ampunan ketika berpisah dengannya.” (HR. Ahmad dan At-Tirmidzi, beliau mengatakan hadits hasan gharib)


Sahabat sekalian, ingatlah bahwa kita semua tidak tahu bila ajal maut kita. DUE DATE kita mungkin hari ini ataupun esok ataupun minggu hadapan?? Ramadhan kali ni mungkin Ramadhan terakhir kita menyambutnya...

Sebak terasa, tatkala melayan persoalan-persoalan yang bermain di benak fikiran....

" Adakah amal ibadat kita diterima oleh Allah?"
"Adakah kita akan berjumpa lagi dengan bulan Ramadhan?"
" Bersediakah kita untuk berjumpa dengan Allah, Tuhan sekalian alam??????

Fikir..fikirkanlah....

Wallahulam..

No comments: