Monday, April 23, 2012

Pokok...oh pokok...


Bismillahirrahmanirrahim

Dengan Nama Allah, Tuhan Maha Memiliki Kebesaran, Maha Penyayang

Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T, dapat saya mencuri masa kali ni untuk post 'perkongsian ilmu saya' di blog ini. Sudah hampir sebulan, jari-jari ini tidak sempat menaip keyboard laptop ku ini disebabkan gerak kerja yang agak sibuk di college..

Ada banyak perkara yang saya nak kongsi sebenarnya, namun pada kali ini..ingin saya membawa satu kisah untuk REFRESH balik ingatan dan persepsi kita tentang sesuatu isu.


Kisah Pokok dengan Manusia

Di tengah suatu padang, terdapat sebuah pokok yang lebat daunnya dan besar pohonnya. Pokok tersebut membesar dengan baik dan sihat. Pada suatu hari, matahari memancar dengan terik, memanaskan muka bumi dengan sinar dan bahangnya. Seorang manusia kelihatan berjalan dengan keadaan yang tidak bermaya, mendekati pokok tersebut. Maka berlakulah dialog antara depa:

Manusia: Pokok..oh pokok.. cuaca pada hari ini sangat terik, bolehkah aku menumpang berteduh dibawah pohon rendang mu ini?

Pokok: Baiklah manusia. Berteduhlah engkau di bawah pohonku yang lebat ini. Moga ianya dapat meringankan kesusahan mu.




Pada hari yang lain..manusia itu datang berjumpa dengan pokok itu lagi..

Manusia: Aduhai...pokok..laparnya perutku ini..tiada makanan yagn dapat kucari... wahai pokok..bolehkah engkau menolong ku ?

Pokok :  Kesiannya kamu wahai manusia..Jangan risau......petiklah  buah-buahan yang ada di pohonku ini.. Mudah-mudahan ia dapat menghilangkan rasa laparmu...

Kemudian..pada hari yang lainnya...manusia tersebut datang lagi..dengan keluhan yang berbeza

Manusia : Adui...peningnya kepala ku ini...duit ku  sudah kehabisan, namun rumahku tidak siap-siap lagi...Wahai pokok...bolehkah aku mengambil dahan-dahan dan batang pokok mu itu untuk ku menyiapkan rumah ku?

Pokok : Baiklah manusia..ambillah seberapa banyak yang engkau hendak..

Selepas manusia tersebut mengambil bahangian-bahagian dr pokok tersebut, yang tinggal hanyalah pangkal dan akar pokok itu sahaja....Sejak itu..manusia tersebut tidak lagi datang ke pokok tersebut malah lupa terus akan jasa pokok tersebut..namun begitu pokok tersebut tidak mengeluh ataupun ‘complain’ akan nasibnya itu...

Daripada cerita pendek di atas..apakah yang anda semua boleh simpulkan???


Perkara yang saya ingin tekankan disini ialah:
1. Pengorbanan seorang Dai’e
2. Manfaatkan  Diri

Bagi point yang pertama, cerita tersebut boleh dikaitkan dengan pengorbanan seorang dai’e. Dai’e tugasnya menyampaikan kepada orang lain..salah satu sifat yang wajib ada pada dai’e ialah sifat pengorbanan yang tinggi..

Seorang dai’e tidak boleh lari dari mengorbankan hartanya, masanya, tenaganya dan perasaanya tatkala meletakkan dirinya dalam perjuangan Islam. Sepertimana pokok tersebut sanggup mengorbankan bahagian –bahagiannya untuk kebajikan manusia tersebut, begitu jugalah dengan DAI’E..

Maka dai’e tersebut perlu sedar dan cakna akan pengorbanan yang perlu dilakukannya..

Kadang-kadang seorang dai’e itu perlu mengorbankan rasa kecil hatinya tatkala berdepan dengan mad’u yang tidak faham akan penyampaiannya-bidas dan cemuhan yang diterimanya.

Kadang-kadang  seorang dai’e itu perlu mengorbankan perasaan rendah dirinya dalam memikul taklifan yang diberikan kepadanya.. walaupun dengan kekurangan yang ada pada dirinya (dai’e tersebut perlu mengetepikan perasaaan tersebut bagi membantu dalam perjuangan Islam.)

Kadang-kadang  seorang dai’e itu perlu mengorbankan wang ‘topup’nya dalam SMS dan CALLING sahabat-sahabatnya dan mad’unya...tidak lupa juga infak yang berterusan  darinya..

Kadang-kadang  seorang dai’e itu perlu mengorbankan masa ‘study’nya demi membuat kerja Islam tatkala kawan-kawannya yang lain sibuk mengulangkaji pelajaran..mengorbankan masa bersama dengan keluarga tersayang demi membuat kerja Islam...

Kadang-kadang  seorang dai’e itu perlu mengorbankan tenaganya dalam membuat usrah, berprogram ukhwah, berjalan ke sana sini demi menyebarkan dakwah....demi Islam..




Maksudnya :Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga " Adn ". Itulah kemenangan yang besar.


Sinonim dengan pengorbanan yang dbuat oleh pokok tersebut, pokok tersebut sanggup mengorbankan buahnya, dahannnya demi menolong manusia, begitu jugalah hidup seorang dai’e yang perlu berkorban dalam menolong membangunkan Islam...

Bagi point yang kedua...ianya berkaitan dengan salah satu komponen dalam muwasafat tarbiah.. Muwasafat tarbiah adalah kriteria yang perlu ditanamkan dalam diri untuk menjana keperibadian Muslim yang syumul. Komponen tersebut ialah Nafi'un Li Ghairihi iaitu bermanfaat pada orang lain. Sebagai seoran g muslim, kita perlulah memanfaatkan diri kita untuk orang lain..

Dalam cerita di atas, pokok tersebut memanfaatkan setiap bahagiannya untuk manusia tersebut.. Yang pertama, pokok tersebut memanfaatkan pohonnya yang lebat untuk manusia tersebut berteduh tatkala cuaca terik, yang kedua pokok tersebut memberi buahnya kepada manusia tatkala dia lapar dan  ayng terakhir pokok tersebut memberi dahannya tatkala manusia mahu menyiapkan rumahnya..

Sebagai seorang muslim, kita perlu mecontohi sikap yang ada pada pokok tersebut..iaitu menjadikan diri kita bermanfaat pada orang lain.. Setiap individu itu mempunyai kelebihan dan keunikan masing-masing, maka tugas kita adalah memaksimumkan penggunaan kelebihan kita untuk orang lain..

Jika kita mempunyai kelebihan dari segi ilmu feqah dan tauhid, maka gunakan lah ilmu tersebut dengan menyebarkannya dan berkongsi dengan orang lain... Yakinlah dengan ilmu yang kita pelajari/dapati dan sebarkan lah ia tidak kira melalui SMS @ FB @ TWITTER @ BLOG dan medium yang lain lagi....

Jika kita mempunyai kelebihan dari segi ICT, maka manfaatkanlah ilmu tersebut dengan melibatkan diri dalam bidang tersebut dan berkongsilah kelebihan tersebut dengan orang lain. Sebagai contoh; kita pandai dalam mereka dan membuat iklan, maka jika ada program yang perlu disebarkan, kita ‘VOLUNTEER’ kan diri kita tatkala kita ada kelebihan itu... IGNORE kan perasaan malu mahupun rendah diri dalam membuat kerja yang baik...demi Islam

Jika kita mempunyai kelebihan memasak, maka gunakanlah kelebihan tersebut dengan sebaiknya. Gunakanlah kepakaran memasak kita tatkala ada program yang melibatkan makanan. Yakinlah dengan kebolehan yang kita ada..

Bagi menjana keperibadian diri kita sebagai individu muslim, kriteria ‘manfaatkan diri pada orang lain’ adalah salah satu komponen penting yang kita tidak boleh pandang remeh.. Kita perlu yakin dengan kebolehan yang ada pada diri kita dan mengetepikan perasaan yang bermain-main dalam hati kita..takut2 perasaan yang bergolak itu hanyalah datang dari syaitan...

Kesimpulannya..kedua-dua main point yang saya utarakan dalam post kali ini berkaitan dengan diri seorang muslim itu sendiri.... Oleh itu, wahai sahabat-sahabat, saudara-saudara se-Islamku sekalian, bacalah, hayatilah dan amalkanlah ....apa yang saya kongsi ini ye... (peringatan untuk diri sendiri juga)

Wallahualam...

Perkongsian dari hamba yang daif...