Dengan Nama Allah, Tuhan Maha Memiliki Kebesaran, Maha Penyayang
Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T, dapat saya mencuri masa kali ni untuk post 'perkongsian ilmu saya' di blog ini. Sudah hampir sebulan, jari-jari ini tidak sempat menaip keyboard laptop ku ini disebabkan gerak kerja yang agak sibuk di college..
Ada banyak perkara yang saya nak kongsi sebenarnya, namun pada kali ini..ingin saya membawa satu kisah untuk REFRESH balik ingatan dan persepsi kita tentang sesuatu isu.
Kisah Pokok dengan Manusia
Di tengah suatu padang, terdapat sebuah pokok yang lebat daunnya dan besar pohonnya. Pokok tersebut membesar dengan baik dan sihat. Pada suatu hari, matahari memancar dengan terik, memanaskan muka bumi dengan sinar dan bahangnya. Seorang manusia kelihatan berjalan dengan keadaan yang tidak bermaya, mendekati pokok tersebut. Maka berlakulah dialog antara depa:
Manusia: Pokok..oh pokok.. cuaca pada hari ini sangat terik, bolehkah aku menumpang berteduh dibawah pohon rendang mu ini?
Pokok: Baiklah manusia. Berteduhlah engkau di bawah pohonku yang lebat ini. Moga ianya dapat meringankan kesusahan mu.
Pada hari yang lain..manusia itu datang berjumpa dengan
pokok itu lagi..
Manusia: Aduhai...pokok..laparnya perutku ini..tiada makanan
yagn dapat kucari... wahai pokok..bolehkah engkau menolong ku ?
Pokok : Kesiannya
kamu wahai manusia..Jangan risau......petiklah
buah-buahan yang ada di pohonku ini.. Mudah-mudahan ia dapat
menghilangkan rasa laparmu...
Kemudian..pada hari yang lainnya...manusia tersebut datang
lagi..dengan keluhan yang berbeza
Manusia : Adui...peningnya kepala ku ini...duit ku sudah kehabisan, namun rumahku tidak
siap-siap lagi...Wahai pokok...bolehkah aku mengambil dahan-dahan dan batang
pokok mu itu untuk ku menyiapkan rumah ku?
Pokok : Baiklah manusia..ambillah seberapa banyak yang
engkau hendak..
Selepas manusia tersebut mengambil bahangian-bahagian dr
pokok tersebut, yang tinggal hanyalah pangkal dan akar pokok itu sahaja....Sejak
itu..manusia tersebut tidak lagi datang ke pokok tersebut malah lupa terus akan
jasa pokok tersebut..namun begitu pokok tersebut tidak mengeluh ataupun ‘complain’
akan nasibnya itu...
Daripada cerita pendek di atas..apakah yang anda semua boleh
simpulkan???
Perkara yang saya ingin tekankan disini ialah:
1. Pengorbanan seorang Dai’e
2. Manfaatkan Diri
Bagi point yang pertama, cerita tersebut boleh dikaitkan
dengan pengorbanan seorang dai’e. Dai’e tugasnya menyampaikan kepada orang
lain..salah satu sifat yang wajib ada pada dai’e ialah sifat pengorbanan yang
tinggi..
Seorang dai’e tidak boleh lari dari mengorbankan hartanya,
masanya, tenaganya dan perasaanya tatkala meletakkan dirinya dalam perjuangan
Islam. Sepertimana pokok tersebut sanggup mengorbankan bahagian –bahagiannya untuk
kebajikan manusia tersebut, begitu jugalah dengan DAI’E..
Maka dai’e tersebut perlu sedar dan cakna akan pengorbanan
yang perlu dilakukannya..
Kadang-kadang seorang dai’e itu perlu mengorbankan rasa
kecil hatinya tatkala berdepan dengan mad’u yang tidak faham akan penyampaiannya-bidas
dan cemuhan yang diterimanya.
Kadang-kadang seorang
dai’e itu perlu mengorbankan perasaan rendah dirinya dalam memikul taklifan
yang diberikan kepadanya.. walaupun dengan kekurangan yang ada pada dirinya (dai’e
tersebut perlu mengetepikan perasaaan tersebut bagi membantu dalam perjuangan
Islam.)
Kadang-kadang seorang
dai’e itu perlu mengorbankan wang ‘topup’nya dalam SMS dan CALLING
sahabat-sahabatnya dan mad’unya...tidak lupa juga infak yang berterusan darinya..
Kadang-kadang seorang
dai’e itu perlu mengorbankan masa ‘study’nya demi membuat kerja Islam tatkala
kawan-kawannya yang lain sibuk mengulangkaji pelajaran..mengorbankan masa
bersama dengan keluarga tersayang demi membuat kerja Islam...
Kadang-kadang seorang
dai’e itu perlu mengorbankan tenaganya dalam membuat usrah, berprogram ukhwah,
berjalan ke sana sini demi menyebarkan dakwah....demi Islam..
Sinonim dengan pengorbanan yang dbuat oleh pokok tersebut, pokok tersebut sanggup mengorbankan buahnya, dahannnya demi menolong manusia, begitu jugalah hidup seorang dai’e yang perlu berkorban dalam menolong membangunkan Islam...
Bagi point yang kedua...ianya berkaitan dengan salah satu
komponen dalam muwasafat tarbiah.. Muwasafat tarbiah adalah kriteria yang perlu
ditanamkan dalam diri untuk menjana keperibadian Muslim yang syumul. Komponen tersebut
ialah Nafi'un Li Ghairihi iaitu
bermanfaat pada orang lain. Sebagai seoran g muslim, kita perlulah memanfaatkan
diri kita untuk orang lain..
Dalam cerita di
atas, pokok tersebut memanfaatkan setiap bahagiannya untuk manusia tersebut.. Yang
pertama, pokok tersebut memanfaatkan pohonnya yang lebat untuk manusia tersebut
berteduh tatkala cuaca terik, yang kedua pokok tersebut memberi buahnya kepada
manusia tatkala dia lapar dan ayng
terakhir pokok tersebut memberi dahannya tatkala manusia mahu menyiapkan
rumahnya..
Sebagai seorang
muslim, kita perlu mecontohi sikap yang ada pada pokok tersebut..iaitu
menjadikan diri kita bermanfaat pada orang lain.. Setiap individu itu mempunyai
kelebihan dan keunikan masing-masing, maka tugas kita adalah memaksimumkan
penggunaan kelebihan kita untuk orang lain..
Jika kita mempunyai
kelebihan dari segi ilmu feqah dan tauhid, maka gunakan lah ilmu tersebut
dengan menyebarkannya dan berkongsi dengan orang lain... Yakinlah dengan ilmu
yang kita pelajari/dapati dan sebarkan lah ia tidak kira melalui SMS @ FB @
TWITTER @ BLOG dan medium yang lain lagi....
Jika kita mempunyai
kelebihan dari segi ICT, maka manfaatkanlah ilmu tersebut dengan melibatkan
diri dalam bidang tersebut dan berkongsilah kelebihan tersebut dengan orang
lain. Sebagai contoh; kita pandai dalam mereka dan membuat iklan, maka jika ada
program yang perlu disebarkan, kita ‘VOLUNTEER’ kan diri kita tatkala kita ada
kelebihan itu... IGNORE kan perasaan malu mahupun rendah diri dalam membuat
kerja yang baik...demi Islam
Jika kita mempunyai
kelebihan memasak, maka gunakanlah kelebihan tersebut dengan sebaiknya.
Gunakanlah kepakaran memasak kita tatkala ada program yang melibatkan makanan.
Yakinlah dengan kebolehan yang kita ada..
Bagi menjana
keperibadian diri kita sebagai individu muslim, kriteria ‘manfaatkan diri pada
orang lain’ adalah salah satu komponen penting yang kita tidak boleh pandang
remeh.. Kita perlu yakin dengan kebolehan yang ada pada diri kita dan
mengetepikan perasaan yang bermain-main dalam hati kita..takut2 perasaan yang
bergolak itu hanyalah datang dari syaitan...
Kesimpulannya..kedua-dua
main point yang saya utarakan dalam post kali ini berkaitan dengan diri seorang
muslim itu sendiri.... Oleh itu, wahai sahabat-sahabat, saudara-saudara
se-Islamku sekalian, bacalah, hayatilah dan amalkanlah ....apa yang saya kongsi
ini ye... (peringatan untuk diri sendiri juga)
Wallahualam...
Perkongsian dari
hamba yang daif...
2 comments:
alhamdulillah, perkongsian yang bermakna :)
syukran sahabatku..perkongsian yg menjentik sanubari hatiku:)
Post a Comment