Tuesday, March 16, 2010

'Hajat'

Bismillahirrahmanirrahim..Assalammualaikum Warahmatullah....
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, selepas beberapa ketika saya menyepi, dilanda kesibukan dengan mock exam dan tugasan-tugasan dalam biro agama, akhirnya berkesempatan juga untuk saya mencoret di dalam blog ini...

Pertama-tamanya ingin saya mengucapkan kesyukuran pada Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-NYA ,saya, keluarga serta sahabat-sahabat saya masih berpeluang untuk bernafas lagi, berpeluang untuk menikmati nikmat Islam dan Iman .....Alhamdulillah

Alhamdulillah , syukur kepada Alah S.W.T, yang Maha Pemurah lagi Maha Besar kerana telah mengurniakan adik saya,Tuan Faris Adhwan dengan kejayaan yang cemerlang dalam PMRnya iaitu 7A 1B, yang membantunya untuk mendapat tawaran ke MRSM Kepala Batas di Pulau Pinang.

Saya mendapat tahu berita gembira ini sebaik sahaja saya sampai ke rumah..Kelihatan adik saya tersenyum-senyum dangan penuh makna, begitu juga dengan ibu bapa saya. Betapa kami sekeluarga bersyukur kepada Allah S.W.T kerana memberi peluang kepada adik saya untuk melanjutkan pelajaran di sekolah yang bagus.

Saya rasa sangat gembira hinggakan saya rasa sebak dan terharu mendengar berita tersebut kerana saya tahu betapa ibu bapa saya risau akan adik saya. Di samping itu, saya juga tahu betapa adik saya ingin memasuki MRSM..Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T , hajat kami sekeluarga tercapai..

Tidak lupa juga , Tahniah diucapkan kepada sepupu saya yang dikasihi, Ina kerana berjaya mendapat 9A 1B dalam SPM baru-baru ini... Syabas diucapkan dan semoga Ina mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah S.W.T..

P/S: Kepada adik-adikku yang dikasihi yang berada di MRSM Kuantan dan SMK Bandar Tun Razak, syabas diucapkan kepada semua... Redhalah dengan ketentuan-NYA, dan ingatlah sesungguhnya apa sahaja Allah rancang untuk kita, adalah yang terbaik untuk kita.. Janganlah sedih mahupun putus asa, sebaliknya kuatkanlah hatimu wahai adik-adikku dan berdoalah kepada-NYA...







No comments: