Bismillahirrahmanirrahim...Assalammualaikum Warahmatullah..
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan limpah kurnia-NYA, dapat saya mencoret lagi di dalam blog ini.
Pada hari Sabtu, 20 Mac 2010, saya dan kawan saya telah pergi ke Pesta Buku Antarabangsa yang telah diadakan di PWTC, Kuala Lumpur. Pesta buku itu bermula daripada 19 Mac-24 Mac. Alhamdulillah , syukur pada Allah S.W.T kerana memberi saya peluang untuk pergi ke pesta buku tersebut. Hal ini kerana, suadah beberapa tahun, saya tidak berkesempatan untuk pergi walaupun saya tinggal di Kuala Lumpur.
Lebih-lebih lagi, membaca merupakan hobi saya di waktu lapang, jadi pesta buku itu merupakan satu program yang saya amat suka kerana ia memberi peluang pada saya untuk memilih dan membeli buku-buku kesukaan saya dengan harga yang berpatutan.
Setibanya saya dan kawan saya di PWTC, kami lihat tempat itu sudahpun dikerumuni oleh orang ramai. Setiap booth yang didirikan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai. Diantara booth yang didirikan ialah Telaga Biru (my favourite), Utusan, Fargoes, Sasbadi dan Oxford Fajar.
Terdapat banyak buku-buku dan bahan-bahan ilmiah yang lain dalam pesta buku kali ini..Harga yang ditawarkan pun sangat berpatutan , malah kebanyakannya dikenakan potongan harga...(syoknya...sampai saya jadi rambang mata untuk seketika)
Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T , saya dapat membeli beberapa cd ceramah untuk saya kongsi dengan kawan-kawan saya di maktab...Namun, atas kekangan duit, saya terpaksa menghadkan pembelian saya...(but saya tetap rasa bersyukur kerana berpeluang untuk pergi ke pesta buku tersebut dan berpeluang untuk membeli beberapa bahan ilmiah..^^)
No comments:
Post a Comment