Sunday, October 31, 2010

Salam Imtihan

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum Warahmatullah

Dengan Nama Allah Tuhan Yang Maha Penyayang, Maha Mengasihan


All the best to those who are facing the exam....^^


Friday, October 29, 2010

Cinta..cinta kepada...

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum Warahmatullah..

Dengan Nama Allah Tuhan Yang Esa


Kita semua sudah sedia maklum dengan perkataan 'CINTA', namun cinta yang kita kenal hanya terbatas kepada cinta manusia dan cinta harta. Bagaimana pula dengan cinta Ilahi , cinta kita kepada Pencipta kita? Bagaimanakah kita hendak mengecapi rasa cinta kepada Ilahi?

Marilah kita reflek diri masing-masing....Mungkinkah kita mendapat rahmat Allah jika kita tidak berusaha mengenal-Nya? Tak kenal maka tak cinta. Suatu ungkapan yang mudah untuk difahami. Namun, amat berat diamalkan. Mengenali Allah sebagai Penguasa ke atas diri kita. Yang menggenggam ubun-ubun makhluk-Nya dengan mudah dan akan menyentapnya apabila Dia berkehendak. Mengenal Allah dengan hati dan akal. Meneliti dan mencari penyebab kenapa Dia Yang Maha Pencinta layak untuk dicintai?

Kita perlu ingat bahawa Allah Taala yang mengatur hidup kita, melimpahi hari yang kita lalui dengan nikmat-Nya. Semuanya itu tidak mampu disenaraikan kerana terlalu berharga. Tidak sesiapapun mampu membeli kebahagiaan jika Allah tidak mahu mengurniakan untuknya. Bagaimana hendak membayar nikmat kesihatan jika Allah tidak sudi menyembuhkan?

Mungkinkah cita-cita dan impian akan tergenggam apabila Dia Yang Maha Mencipta berkehendak lain daripada apa yang kita inginkan. Diri kita tak penting bagi-Nya, ada dan tiadanya kita tidak mengurangi kebesaran-Nya. Dialah Allah yang kita kenali melalui bekas-bekas nikmat-Nya yang ada pada diri kita.

Perkenalan ini membuahkan cinta yang amat mendalam dan begitu hebat menguasai hati kita, seperti firman-Nya bermaksud: “Dan di antara manusia ada yang mengambil tandingan-tandingan selain Allah, mereka mencintai tandingan-tandingan Allah itu seperti mereka mencintai Allah, sedangkan orang yang beriman amat sangat kuat cintanya kepada Allah.” (Surah Al-Baqarah, ayat 165)

Jika cinta sudah dimiliki, sudah semestinya dia sanggup diuji. Dengan hati dan akal, kita belajar mengatasi ujian cinta Ilahi. Ia menjadi ketentuan yang wajib dijalani bagi hamba-Nya yang mengaku beriman, kerana mungkin cintanya itu sekadar berpura-pura.

Semakin berat ujian yang diterima maka semakin tinggi tahap kecintaannya kepada Allah. Sabda Baginda SAW bermaksud: “Sesungguhnya Allah Taala apabila mencintai hamba-Nya maka Dia mengujinya.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)

Ibnu Al-Qayyim mengatakan: “Tidaklah sekali-kali Allah Taala menguji hamba-Nya dengan godaan hawa nafsu dan kederhakaan, tiada lain ia bertujuan mengarahkannya supaya berjuang dan melawan, sehingga perjuangannya itu akan melahirkan cinta kepada Allah.”

Dalam minggu peperiksaan ini, ia juga merupakan salah satu ujian yang dilontarkan Allah kepada kita sebagai hamba-NYA...samada kita terlalu obses dengan 'exam' mahupun ingat kepada-NYA..

Oleh itu, saya ingin mengajak diri saya sendiri serta para sahabat sekalian, untuk tidak terlalu obses dengan exam sehingga melupakan tujuan kita dijadikan di dunia ini... Cubalah berusaha untuk mencari cinta ILAHI...sesungguhnya cinta itu yang hakiki...

Wallahualam..

P.S- Kepada semua pelatih muslim IPG Kampus Ipoh, pada malam ini akan diadakan program Qiamulail Perdana

Masa: 10malam (29.10.2010) hingga 8 pagi (30.10.2010)
Tempat: Pusat Islam Al-HIDAYAh

Breakfast disediakan....
-Muslimat tidur di surau manakala muslimin tidur di seri siantan

Tuesday, October 26, 2010

Bismillahirrahmanirrahim

Assalammualaikum Warahmatullah

Dengan Nama Allah Tuhan yang Maha Melihat, Maha Mendengar

Sebagai peringatan untuk diri saya, dan muslim yang lain...supaya tidak putus asa dengan amal ibadat kita dan sentiasa lah mohon ampun daripada-NYA...kerna sesungguhnya Allah tidak memandang amalan yang banyak tetapi amalan yang IKHLAS, sedangkan Ikhlas itu rahsia Allah...


Firman Allah swt.


قُلۡ يَـٰعِبَادِىَ ٱلَّذِينَ أَسۡرَفُواْ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمۡ لَا تَقۡنَطُواْ مِن رَّحۡمَةِ ٱللَّهِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يَغۡفِرُ ٱلذُّنُوبَ جَمِيعًا‌ۚ إِنَّهُ ۥ هُوَ ٱلۡغَفُورُ ٱلرَّحِيمُ 



Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
( Surah Az Zumar : 53)

Wednesday, October 20, 2010

Muslimat....

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalammualaikum Warahmatullahiwabarakatu...

Dengan Nama Allah, Tuhan yang Maha Adil lagi Maha Penyayang.

Dalam slot kali ini, saya ingin menggunakan blog saya ini sebagai salah satu medium untuk menyampaikan suara hati saya pada semua muslimat di muka bumi ini terutamanya yang berada di IPG Kampus Ipoh, serta rakan-rakan sekelas saya, J4.

Sebelum itu, ingin saya menegaskan bahwa tujuan saya berbuat begini adalah kerana saya sayangkan saudara se-Islam dengan saya, khususnya rakan sekelas saya sendiri... Harap anda tidak kecil hati mahupun terasa dengan saya...


Pesanan ini adalah untuk semua muslimat termasuk diri saya sendiri:

Kepada sahabat (wanita) yg ku sayangi.....ingatlah bahawa Islam melarang wanita untuk membuka auratnya apatah lagi jika menari lemah gemalai..Berdasarkan mazhab Syafie; gerakan lemah gemalai dan menggerakkan anggota yang menimbulkan fitnah adalah haram disisi ISLAM...

Islam menegah wanita melunakkan suara berdasarkan Firman Allah swt:

فلا تخضعن بالقول
“Janganlah wanita itu melunakkan suaranya.” (32 : al-Ahzab)


Tambahan lagi, saya ingin selitkan nasihat Syeikh Ali Tantawi kepada semua MUSLIMAH yang saya dapat dari internet... Renung-renungkanlah....


Wahai puteriku… aku seorang bapa yang sedang memasuki usia lima puluh tahun.

Usia muda telah aku lewati aku tinggalkan kenangan, impian, lamunan-lamunan dengan segala ujian-ujian dunia. Dengarlah ucapan dan kata-kataku. Ucapan-ucapan haq yang aku sampaikan secara jelas dan mudah.
Wahai puteriku…banyak aku menulis, sering juga aku menyeru dan mengajak umat untuk menegakkan akhlak, menjunjung budi pekerti mulia, membanteras segala bentuk kerosakan jiwa dan mengendalikan nafsu syahwat untuk melawan dan membanteras keruntuhan moral.

Semua itu berterusan aku sampaikan, aku tulis dan khutbahkan… sehingga pena yang aku gunakan menjadi tumpul dan lidahku kelu. Namun tetap tiada hasil yang aku perolehi kemungkaran tetap berleluasa tanpa kita mampu untuk membanterasnya.

Di setiap pelusuk negara perbuatan mungkar terus kita temui, semakin banyak dalam pelbagai bentuk. Wanita semakin berani dan tidak malu-malu untuk membuka auratnya. Tubuhnya ditonjol-tonjolkan, pergaulan bebas muda-mudi bertambah menjolok. Semua itu bergerak melanda negara demi negara, tanpa satu negara Islam yang mampu mengelak.

Sebagai contoh negara Syria yang terkenal dengan keserasian akhlak yag sangat ketat menjaga kehormatan diri dengan menutup auratnya, sekarang masya-Allah!! Para wanitanya berpakaian terbuka mempertontonkan lengan dan paha, punggung dan dada. Kita gagal, dan aku kira kita tidak akan berjaya. Tahukah engkau apa penyebabnya? Sebabnya ialah sehingga hari ini kita belum menemui pintu ke arah pemulihan dan kita tidak tahu jalannya

Wahai puteriku, pintu pemulihan ada di hadapanmu. Kunci pintu itu ada di tanganmu. Jika engkau yakin padanya dan engkau berusaha unuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah menjadi baik.

Engkau benar puteriku, bahawalah kaum lelakilah yang mula mula melangkah menempuh jalan dosa bukan wanita. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah laju. Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk.

Engkau berkata kepada pencuri : “Silakan masuk”…dan setelah engkau kecurian barulah engkau tersedar. Ketika itu barulah engkau berteriak ..”tolong….tolong…aku kecurian.”

Seandainya engkau tahu bahawa lelaki itu adalah serigala dan engkau adalah kambing, pasti engkau akan lari seperti larinya kambing dalam ancaman cengkaman serigala.

Sekiranya engkau sedar, bahawa semua lelaki adalah pencuri, pasti engkau akan berhati-hati dan sentiasa menjaga diri seperti waspada seorang yang kikir terhadap pencuri.

Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diinginkan lelaki adalah lebih daripada itu. Lelaki meinginkan lebih dari sekadar kambing……dan bagimu lebih buruk daripada kematian kambing itu.

Lelaki menghendaki yang paling berharga darimu…iaitu harga diri dan kehormatanmu. Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala.

Wahai puteriku….Demi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu bertelanjang dihadapannya tanpa pakaian.

Aku bersumpah lagi: “Demi Allah, jangan percaya terhadap kata kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab”. Bohong …bohong …demi Allah dia berbohong. Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan antara mereka, pasti engkau takut dan ngeri.”

Tidak akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu berbicara dengan lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu, kecuali akan ada maksud-maksud tertentu. Setidak-tidaknya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal.

Apakah sesudah itu puteriku?

Renungkanlah!




Wallahualam....

Ikhlas daripada insan yang menyayangimu...-Atikah-

Friday, October 8, 2010

A bit busy...

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalammualaikum Warahntullah..

It's been a long time since I post anything inside my blog.. I felt guilty towards my blog for leaving it for a long time.
(Ya Allah, forgive me...for neglecting one of my responsibility...)
It's not like I don't want to post anything, in fact I want to write and share a lots of things and article inside my blog. Unfortunately, recently, I've been busy with my duty to Allah, with my commitment in surau, assignments, homework, classes and exams...

Thus, I couldn't find any free time to update my blog..However, from now onwards I'll try to juggle my time efficiently so that I have the time to fulfill all my responsibility...

Pray for me and Wish me luck!!

p.s- this post is just one of my way to express my feelings and I decided to write it in English because I want to improve my English...Sorry if there are any grammatical errors..You're most welcome to correct me...^^