Bismillahirrahmanirrahim..
Assalammualaikum Warahmatullah..
Dengan Nama Allah Tuhan Yang Esa
Kita semua sudah sedia maklum dengan perkataan 'CINTA', namun cinta yang kita kenal hanya terbatas kepada cinta manusia dan cinta harta. Bagaimana pula dengan cinta Ilahi , cinta kita kepada Pencipta kita? Bagaimanakah kita hendak mengecapi rasa cinta kepada Ilahi?
Marilah kita reflek diri masing-masing....Mungkinkah kita mendapat rahmat Allah jika kita tidak berusaha mengenal-Nya? Tak kenal maka tak cinta. Suatu ungkapan yang mudah untuk difahami. Namun, amat berat diamalkan. Mengenali Allah sebagai Penguasa ke atas diri kita. Yang menggenggam ubun-ubun makhluk-Nya dengan mudah dan akan menyentapnya apabila Dia berkehendak. Mengenal Allah dengan hati dan akal. Meneliti dan mencari penyebab kenapa Dia Yang Maha Pencinta layak untuk dicintai?
Kita perlu ingat bahawa Allah Taala yang mengatur hidup kita, melimpahi hari yang kita lalui dengan nikmat-Nya. Semuanya itu tidak mampu disenaraikan kerana terlalu berharga. Tidak sesiapapun mampu membeli kebahagiaan jika Allah tidak mahu mengurniakan untuknya. Bagaimana hendak membayar nikmat kesihatan jika Allah tidak sudi menyembuhkan?
Mungkinkah cita-cita dan impian akan tergenggam apabila Dia Yang Maha Mencipta berkehendak lain daripada apa yang kita inginkan. Diri kita tak penting bagi-Nya, ada dan tiadanya kita tidak mengurangi kebesaran-Nya. Dialah Allah yang kita kenali melalui bekas-bekas nikmat-Nya yang ada pada diri kita.
Perkenalan ini membuahkan cinta yang amat mendalam dan begitu hebat menguasai hati kita, seperti firman-Nya bermaksud: “Dan di antara manusia ada yang mengambil tandingan-tandingan selain Allah, mereka mencintai tandingan-tandingan Allah itu seperti mereka mencintai Allah, sedangkan orang yang beriman amat sangat kuat cintanya kepada Allah.” (Surah Al-Baqarah, ayat 165)
Jika cinta sudah dimiliki, sudah semestinya dia sanggup diuji. Dengan hati dan akal, kita belajar mengatasi ujian cinta Ilahi. Ia menjadi ketentuan yang wajib dijalani bagi hamba-Nya yang mengaku beriman, kerana mungkin cintanya itu sekadar berpura-pura.
Semakin berat ujian yang diterima maka semakin tinggi tahap kecintaannya kepada Allah. Sabda Baginda SAW bermaksud: “Sesungguhnya Allah Taala apabila mencintai hamba-Nya maka Dia mengujinya.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)
Ibnu Al-Qayyim mengatakan: “Tidaklah sekali-kali Allah Taala menguji hamba-Nya dengan godaan hawa nafsu dan kederhakaan, tiada lain ia bertujuan mengarahkannya supaya berjuang dan melawan, sehingga perjuangannya itu akan melahirkan cinta kepada Allah.”
Dalam minggu peperiksaan ini, ia juga merupakan salah satu ujian yang dilontarkan Allah kepada kita sebagai hamba-NYA...samada kita terlalu obses dengan 'exam' mahupun ingat kepada-NYA..
Oleh itu, saya ingin mengajak diri saya sendiri serta para sahabat sekalian, untuk tidak terlalu obses dengan exam sehingga melupakan tujuan kita dijadikan di dunia ini... Cubalah berusaha untuk mencari cinta ILAHI...sesungguhnya cinta itu yang hakiki...
Wallahualam..
P.S- Kepada semua pelatih muslim IPG Kampus Ipoh, pada malam ini akan diadakan program Qiamulail Perdana
Masa: 10malam (29.10.2010) hingga 8 pagi (30.10.2010)
Tempat: Pusat Islam Al-HIDAYAh
Breakfast disediakan....
-Muslimat tidur di surau manakala muslimin tidur di seri siantan
No comments:
Post a Comment