Assalammualaikum Warahmatullah.....
Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani....
Pada hari ini, saya telah habis membaca buku oleh Harun Yahya yang berjudul “Zaman Kegelapan Islam Dan Ketibaan Era Kebangkitan Islam” yang saya pinjam dari library..(Erm....don’t worry, buku ni saya dah Photostat untuk dibaca di rumah) Buku ini betul-betul menusuk kalbu sesiapa yang membacanya. Betapa kerdilnya saya rasa diri saya kalau nak dibandingkan dengan pejuang-pejuang Islam yang berada di Chechnya, Palestin, Kashmir, Turkestan timur dan lain-lain lagi. Betapa tabahnya diri mereka tidak kira muda mahupun dewasa, mereka tetap dengan agama mereka iaitu agama ALLAH S.W.T walaupun mereka diseksa dengan begitu kejam sekali. Saya rasa kita sebagai seorang muslim patut mengambil iktibar daripada buku ini, dan seterusnya merenung kembali diri kita, tanggungjawab kita sebagai hamba ALLAH S.W.T di dunia yang fana ini. Sesungguhnya ALLAH S.W.T telah menyeru umat Islam di dalam AL-Quran :
“Mengapa kamu enggan berperang di jalan ALLAH dan (membela) orang-orang yang lemah baik lelaki, wanita, mahupun kanak-kanak yang semuanya berdoa: ‘Ya Tuhan kami, Keluarkan kami dari negeri ini yang mempunyai penduduk yang zalim , dan berilah kami pelindung dari sis-MU.Dan berilah kami penolong dari sisi-MU.”
(Surah AN-NISAA’, 75)
Di sini saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya dapat dari buku ini.
Di Chechnya....
Orang-orang Chechen dikenali dengan kesetiaan mereka terhadap agama mereka, iaitu agama Islam. Atas disebabkan ini, Rusia terasa terancam dan takut seterusnya hal ini menimbulkan keinginan mereka untuk menghapuskan orang-orang Chechen. Berbagai cubaan yang dilakukan oleh Rusia bagi memastikan matlamat mereka tercapai. Tidak cukup dengan melakukan siri pembunuhan yang kejam terhadap sesiapa yang mereka temui di Chechnya( termasuklah wanita, kanak-kanak dan orang tua), Rusia turut menjadikan hospital-hospital, wad bersalin, dan kem-kem tahanan sebagai sasaran pengeboman mereka. Hal ini bercanggah dengan ajaran Islam. Apabila kita merujuk semula kepada AL-Quran dan segala tingkah laku Nabi Muhammad S.A.W , tidak kiralah walau di perang mana-mana pun, Baginda amat melindungi hah-hak mereka yang tidak bersalah dan tidak bersenjata. Baginda sentiasa mengingatkan mereka bahwa
“ Mulakan perang dengan nama ALLAH S.W.T dan untuk ALLAH. Jangan letakkan tangan ke atas orang tua yang hampir mati, ke atas wanita, kanak-kanak dan bayi. Berbuatlah baik , yang mana ALLAH S.W.T mencintai mereka yang berbuat baik dan beramal soleh.”
(Hadith Riwayat Muslim)
Rusia bukan sahaja kejam malah tidak berperikemanusian. Salah satu serangan tidak berperikemanusiaan terhadap penduduk awam ialah dengan meracun Sungai Argun yang merupakan sumber air beberapa kampung di Chechen. Akibat daripada tindakan mereka itu, Chechnya kehilangan ¾ populasinya dalam masa dua tahun sahaja. Ramai wanita dan kanak-kanak yang tidak bersalah terbunuh akibat minum dari sungai beracun itu.
Di Palestin....
Seperti yang kita semua sedia maklum, kekacauan dan penindasan (penyembelihan dan pembunuhan ) di tanah rakyat Palestin masih berlaku sehingga kini...Tunjang utama yang menerangkan yang sedang berlaku di sana adalah kerana orang- orang Yahudi menggangap penubuhan Negara Yahudi di tanah milik rakyat Palestin merupakan satu misi suci memandangkan mereka percaya bahwa tanah itu telah dijanjikan oleh Tuhan kepada mereka. Bagi merealisasikan hasrat tersebut, sudah lebih separuh abad Israel melakukan proses penghapusan panjang rakyat Palestin tanpa menunjukkan belas kasihan.
Malah terdapat sebuah ‘article’ yang menyayat hati saya yang menggambarkan imej-imej ketidakperikemanusiaan dari Intifada Aksa yang ditulis oleh seorang penulis jurnal Ruth Anderson di dalam The Palestine Chronicle , yang diterbitkan di Palestin...
"Tiada siapa pun yang menyebut tentang orang muda Palestin yang dihentak kepalanya oleh Israel dan lengannya dipatahkan sebelum disembelih dengan kejam. Tiada siapa pun yang menyebut tentang budak lelaki kecil yang berusia 8 tahun yang ditembak mati oleh askar Israel. Tiada siapa pun yang mengatakan bagaimana pendududk Yahudi yang dilengkapi dengan pelabgai jenis senjata dan diberi semangat oleh kerajaaan Barak untuk menyerang perkampungan Palestin dan mencabut pokok-pokok zaitun serta membunuh penduduk awam Palestin. Tiada siapa pun yang menyebut tentang bayi-bayi Palestin yang mati apabila rumah mereka dibom dalam serangan-serangan udara atau yang ditangkap dalam serangan bertubi-tubi peluru Israel ketika mereka sedang enak dibuai mimpi. Semua orang tahu bahawa bayi-bayi itu tidak boleh melontar batu. Semua orang tahu kecuali Israel dan Amerika."
Yang memeranjatkan saya ialah reaksi perdana menteri dari Ehud Barak pada masa itu terhadap senario kebinatangan yang berlaku di Palestin. Beliau dengan mudah berkata bahawa beliau tidak kisah bagaimana konflik di Gaza, Tebing Barat dan zon-zon lain akan berakhir dan belaiu berpendapat segala cara yang digunakan untuk menentang rakyat Palestin adalah berasas. Beliau hanya bimbangkan keselamatan rakyatnya sahaja. Saya rasa hairan akan ada wujudnya manusia yang begitu rupa...yang mementingkan diri sendiri...*(Dalam masa yang sama saya reflect diri saya sendiri...*adakah saya pentingkan diri juga?* *adakah saya menjalankan tanggungjawab saya sbg seorng muslim?*......sebak memikirkan diri yg lemah dan tidak berdaya untuk menolong saudara kita sendiri yg dalm kesusahan.....
Terdapat banyak lagi kisah-kisah yang menyayat hati di dalam buku ini, namun saya tidak terdaya untuk menulisnya....
Setakat ini sahajalah coretan saya buat masa ini...Insya'ALLAH kalau dipanjangkan umur akan saya menulis lagi...
“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan dan mencegah dari yang mungkar, dan merekalah orang yang beruntung”
( Al-IMRAN, 104)
P.S : Kalau boleh, antum pinjamlah buku ini .( di library IPGM IPOH... ) Ianya sangat bermanfaat.
2 comments:
Perkongsian ilmu yang baik. teruskan aktif berkongsi ilmu yg dibaca melalui penulisan.
bila semua org baca dan buat rujukan insyallah, Allah akan berikan kita pahala dan keberkatan ilmu tersebut.
Jadi, teruskan aktif menulis kerana ia akan mengaktifkan akaun pahala kita. Insyallah.
Sabda nabi:
'Sampaikan dariku walau satu ayat'
p/s: ana nantikan sambungan bahagian ketibaan era kebangkitan ISlam buku tersebut.
Salam...
Terima kasih di atas nasihat tersebut. Insya'ALLAH saya akan cuba...
Post a Comment