Wednesday, December 16, 2009

Kebesaran Solat Dua Rakaat

Assalammualaikum Warahmatullah..

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Di sini saya ingin berkongsi ilmu yang saya rasa sangat menarik yang saya baru dapat di http://www.dakwah2u.blogspot.com.


Tahukah antum bahawa sebaik sahaja ALLAH S.W.T selesai mencipta Jibrail a.s. dgn bentuk yang cantik, ALLAH menciptakan pula baginya 200 sayap yang panjang. Sayap itu panjangnya antara timur dan barat. Ada pendapat menyatakan terdapat 124,000 sayap.


Selepas itu Jibrail a.s. memandang dirinya sendiri dan berkata “ Wahai Tuhanku, adakah Engkau menciptakan makhluk yang lebih baik dariku?”

Lalu ALLAH berfirman yang bermaksud “Tidak.”


Kemudian Jibrail a.s. berdiri dan solat dua rakaat kerana syukur kepada ALLAH dan setiap rakaat itu tempohnya 20,000 tahun.


Selepas Jibrail a.s solat, ALLAH berfirman yang bermaksud “Wahai Jibrail , kamu sudah menyembah Aku dengan ibadat yang bersungguh-sungguh , danjika tidak ada seorang pun yang menyembah kepada-KU seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanit akan ada seornag nabi mulia yang paling Aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa. Sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang sebentar sahaja dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kekurangan, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka besar juga. Maka demi kemuliaan-KU dan ketinggian-KU ,sesungguhnya solat mereka itu lebih Aku sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintah-KU , sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintah-KU.”

Kemudian Jibrail a.s. berkata “ Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?”

Lalu ALLAH berfirman yang bermaksud “ Ya Jibrail , akan Aku berikan syurga Ma’wa sebagai tempat tinggal.”












Berdasarkan petikan di atas, saya rasa sangat beruntung kerana menjadi manusia. Hal ini kerana ALLAH S.W.T lebih suka solat yang kita semua lakukan walaupun kadang-kadang kita sendiri mendirikan solat dalam keadaan alpa dan serba kekurangan daripada solat yang didirikan oleh para malaikat. Oleh itu, kita semua haruslah merebut peluang yang ada untuk beribadat kepada ALLAH S.W.T selagi kita masih ada peluang.....Subhanallah....













Sesungguhnya ALLAH S.W.T menyembunyikan 6 perkara :

ALLAH menyembunyikan reda-NYA dalam taat
ALLAH menyembunyikan murka-NYA dalam maksiat
ALLAH menyembunyikan nama-NYA yang Maha Agung di dalam Al-Quran
ALLAH menyembunyikan Lailatul Qadar dalam Ramadhan
ALLAH menyembunyikan solat yang paling utama dalam solat lima waktu
ALLAH menyembunyikan tarikh berlakunya hari kiamat dalam semua hari.

No comments: