Wednesday, May 12, 2010

'Kemuncak Madah Siswa'

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalammualaikum Warahmatullah..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Memiliki Segala Keagungan

Masa :8.00 malam hingga 9.30 malam
Tempat : Surau Al-Hidayah

Tajuk 1: Couple ( Bahang Asmara )

~Cinta Sebelum Kahwin~

Definisi-

Segala bentuk hubungan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim, yang mana hubungan tersebut hanya layak bagi pasangan yang sudah kahwin.

Menurut hadis Nabi, orang yang sedang jatuh cinta cenderung untuk selalu teringat dan menyebut orang yang dicintainya (man ahabba syai'an katsura dzikruhu), kata Nabi, orang juga bisa diperbudak oleh cintanya (man ahabba syai'an fa huwa `abduhu). Kata Nabi juga, cinta sejati ada tiga ciri-ciri:

(1) lebih suka berbicara dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain,

(2) lebih suka berkumpul dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain, dan

(3) lebih suka mengikuti kemahuan yang dicintai dibanding kemahuan orang lain/diri sendiri. Bagi orang yang telah jatuh cinta kepada Allah SWT, maka ia lebih sukan berbicara dengan Allah Swt, dengan membaca firman Nya, lebih suka bercengkerama dengan Allah SWT dalam I`tikaf, dan lebih suka mengikuti perintah Allah SWT daripada perintah yang lain.

Versi ‘cinta’ sebelum kahwin

-hubungan adik –beradik angkat
-couple

Hukum bercinta sebelum berkahwin

Allah berfirman:

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk" (Al-Isra' 17:32)

Apabila Ulama Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin ditanya tentang hubungan cinta sebelum bernikah, beliau menjawab:

“jika hubungan itu sebelum nikah, baik sudah melamar ataupun belum, maka hukumnya adalah HARAM, kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-lenang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau berdua-duaan”

-Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin

Solution

Bagi yang sudah bercouple

- Sedar akan kesalahan diri dan bertaubat kepada Allah S.W.T
Allah S.W.T berfirman dalam hadis Qudsi

‘ Aku adalah menurut prasangka hambaKu terhadap Aku, terserah kepadanya untuk berprasangka terhadapKu menurut kehendaknya.’

- Muhasabah diri
Jika hubungan couple itu adalah untuk perkahwinan- (cuba baiki hubungan yang ada- dengan memberi kefahaman / masuk meminang/ elakkan dari bercouple/ cuba elakkan dari SMS & call)

Sabda Rasulullah S.A.W

“Rasulullah melarang seorang lelaki meminag atas peminangan saudaranya yang lain sehingga peminangan yang satu membatalkan peminangannya atau mengizinkannya.”
( Riwayat Ahmad)


Jika hubungan couple itu adalah untuk suka-suka-( HENTIKAN!!)

Sabda Rasulullah S.A.W

“Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan”
(Riwayat Tabrani)


Rasulullah S.A.W.:

“Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kakinya juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman.”
(Muslim dan Abu Daud).


~ Hal ni kerana syaitan akan menghembus perasaan berahi , kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis~

Bagi yang Belum Bercouple

1. Buat perancangan ( set target bila nak kahwin)
2. Istikharah
3. Tanya Pendapat mereka yang soleh dan fakih(berilmu)
4. Guna orang tengah


Tajuk 2: Rokok

Hadith Rasullullah s.a.w. :

“Halal itu jelas, haram itu pun jelas, dan antara keduanya ada beberapa perkara yang syubhat (samar) yang banyak dari manusia tidak mengetahuinya. Maka barangsiapa memelihara dirinya dari segala kesamaran, sesungguhnya ia memelihara bagi agama dan kehormatannya. Dan barangsiapa jatuh ke dalam perkara kesamaran jatuhlah ia ke dalam haram,” (H.R. Muslim)

Pada umumnya umat Islam tidak merokok melainkan kerana terpengaruh kepada orang Barat yang menjajah mereka. Hari ini, merokok adalah suatu kebiasaan yang diterima secara meluas dalam masyarakat kita, sehingga kadangkala ia dipandang sebagai satu norma yang membanggakan. Anggapan palsu ini terhasil apabila golongan yang mudah terperdaya dengan budaya asing, terutamanya yang dipaparkan melalui media massa, ingin pula bergaya demi mencapai status kecanggihan serta keunggulan yang kononnya dikaitkan dengan merokok. Malah tabiat suka meniru dan menyeleweng dari jalan yang benar adalah sesuatu yang kian menguasai anak-anak kaum Muslimin di zaman ini.

Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh menmbawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap termasuklah bahan radioaktif (polonium -201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di “kamar gas maut” bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun yang paling penting adalah tar, nikotin dan karbon monoksida.

Menghisap rokok adalah suatu perbuatan membunuh diri sendiri dan orang lain atau makhluk lain yang sentiasa terdedah kepada asap yang berpunca daripada perokok itu, sungguhpun proses pembunuhan ini mengambil masa yang agak lama.

Firman Allah s.w.t. :

“Dan janganlah kamu membunuh diri kamu, sesungguhnya Allah Maha Penyayang”
(An-Nisa’ : 29)


Hadith Rasullulah s.a.w.:

“Siapa yang membunuh diri dengan meminum racun, maka racun itu akan tetap berada di tangannya dan diminumnya dalam neraka jahanam”
(Abu Hurairah r.a.)


Rentetan daripada bahaya dan kemudaratan yang ditimbulkan oleh tabiat merokok ini, maka pada 23 Mac 1995, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 telah memutuskan bahawa tabiat merokok itu adalah haram menurut pandangan Islam. Fatwa ini disokong oleh beberapa pertubuhan termasuk Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Setelah tujuh tahun lebih fatwa ini diputuskan, didapati reaksi masyarakat Malaysia khususnya muda-mudi Islam seolah-olah tidak menghiraukan langsung fatwa tersebut. Semakin hari fatwa tersebut semakin dilupakan oleh masyarakat Islam sendiri.

Secara umumnya, para ulama mengharamkan rokok dengan bersandarkan kepada hujah-hujah bahawa merokok boleh mengakibatkan kerosakan kepada agama, kesihatan, alam sekitar, kewangan dan sebagainya.

Rasulullah s.a.w. bersabda :

'Sesiapa yang memakan bawang putih dan bawang merah, maka jauhilah daripada kami dan masjid dan tinggallah di rumah. Ini kerana, para malaikat terganggu dengan perkara yang menyebabkan manusia rasa terganggu.'

(Riwayat Bukhari dan Muslim).


Hadis di atas boleh disandarkan kepada akibat merokok yang menyebabkan nafas perokok berbau busuk dan mengganggu bukan sahaja manusia biasa tetapi juga para malaikat. Jadi, merokok memberi kesan buruk kepada hubungan interaksi manusia. Mereka yang suka merokok di dalam rumah akan menyebabkan malaikat rahmat tidak tinggal di dalam rumahnya.


Simptom Orang Ketagihan Rokok

-gelisah
-menggeletar
-degupan jantung laju

Cara Untuk Berhenti Rokok

-tarik nafas panjang
-kerap minum air
-membuat kerja lain
-mengunyah sesuatu
-mandi
-basuh tangan
-senaman ringan
-solat

Kaedah Awal untuk Berhenti Merokok

- muhasabah diri
- membuat keputusan yang betul dan bijak
- meminta bantuan dari rakan, ahli keluarga

'Orang berakal ialah mereka yang mana akalnya mampu menguasai dirinya daripada segala kejahatan'
(Imam As-Syafie')

No comments: