Wednesday, January 25, 2012

Gong Xi Fa Cai


Dengan Nama Allah yang Maha Mengawasi, Maha Menyaksikan

Alhamdulillah, dengan berkat dan inayah-Nya dapat saya bernafas lagi pada hari ini, bulan ini untuk meneruskan tanggungjawab yang telah diamanatkan kepada saya, kepada anda semua iaitu menjadi hamba kepada-Nya, menjadi khalifah di bumi-Nya.

Pejam celik....malam berganti siang.. siang berganti malam... sekarang sudahpun masuk tahun 2012. Dalam kalendar Islam, kita sudahpun masuk tahun 1433 Hijrah. Malah, hari ini , tanggal 25 Jan merupakan 1 Rabiul Awal, menandakan permulaan bulan yang baru dalam calendar Islam.

Bercakap tentang calendar Islam , dalam beberapa hari ini..orang-orang Cina di seluruh dunia sedang sibuk menyambut kedatangan tahun baru mereka iaitu..Tahun Baru Cina.

Oleh itu, Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ‘GONG XI FA CAI’ kepada semua orang Cina. (^_^)



Meriah sungguh sambutan orang-orang Cina terhadap tahun baru mereka. ( ada rasa jealous skit)

Namun begitu, saya rasa cemburu bukan kerana sambutan harinya, yang saya rasa cemburu ialah kesedaran yang orang Cina ada untuk sambut tahun barunya mengikut kalendar mereka..

Walaupun begtu, saya tidak bermaksud untuk mempersoalkan kenapa orang Islam tidak menyambut awal muharam seperti tahun baru Cina... saya lebih kepada mempersoalkan keprihatinan orang Islam itu sendiri akan tahun-tahun baru Islam.

Berbanding dengan orang Cina..,rata-ratanya orang Islam jika ditanya tahun apakah ini mengikut kalendar Islam, semuanya akan terdiam..apatah lagi..jika ditanya bulan ataupun tarikh...( emm...walaupun segan, komen ini pun terkena batang hidung saya sendiri juga...)

Saya katakan ini bukan niat untuk condemn sesiapa pun....

Malah Ianya merupakan nasihat untuk diri saya dan sahabat-sahabat yang lain juga..supaya lebih peka tentang perkara2 dalam Islam..Dari sekecil-kecil perkara hingga kebesar-besar perkara.

Islam is the way of life...

Setiap perkara yg kita buat dalam hidup ini semuanya bersangkut paut dengan Islam, menunjukkan Islam itu syumul, lengkap dan sempurna.

Think about it !

Wallahualam

1 comment:

حسنى جميل said...

ya,ana setuju dgn enti.. rata2 0rg islam tdk ambil peduli akan sambutan hari kebesaran Islam..

*teringat memori kita, suatu ketika, suatu masa & suatu saat ditamrinkan b'sama, kalender Islam ohh.. kalender islam. kita kena ambil tahu & sepatutnya sebati dlm diri selaku org islam yg mahu m'jd mukmin =)