Sunday, January 29, 2012

Murabbi yang kusayangi..


Dengan Nama Allah Yang Maha Mengasihani, Maha Penyayang

Sahabat-sahabat...

Tahu tak apa itu ‘murabbi’ ?? Bagi yang xberapa ‘familiar’ dengan perkataan ini..Murabbi adalah perkataan arab untuk pendidik, guru dan seangkatan dengannya.Murabbi itu adalah orang yang memberi ilmu, nasihat kepada kita..

Saya yakin semua orang pernah ada murabbi masing-masing samada ianya ibu bapa, cikgu, pensyarah, kawan-kawan, mahupun naqib/ah anda semua ...

Tahukah anda?

Jasa dan pengorbanan seorang murabbi itu sangat besar kerana dia bertanggungjwab dalam mendidik dan membentuk anak didiknya mengikut syariat Islam.

Personally, diri saya yang kerdil ini mula mengenali murabbi saya (yang membuka minda saya tentang Islam) tatkala umur mulai mencecah 20 tahun. Rumah Anak Yatim Darussalam merupakan titik pertemuan dan perkenalan saya dengan murabbi saya.

Beliau seorang aktivis dakwah yang sangat disegani di negeri perak. Saya rasa sangat bertuah dan bangga kerana berpeluang untuk mendekati dan menimba ilmu daripada beliau dengan dekat.

Sejak pertama kali saya mengenali beliau, saya sudah tertarik dengan keperibadian dan thaqafah yang beliau ada. Mulutnya tidak pernah lekang dari memuji Allah dan Rasul. Bicaranya penuh dengan ayat suci Al-Quran dan hadis serta sirah yang dijadikan sebagai ibrah dalam kehidupan beliau.

Tanpa saya sedari, saya menjadi ketagih..ketagih dengan ilmunya..ketagih dengan keperibadiaannya..Tanpa saya sedari, rumah anak yatim tersebut menjadi kunjungan tetap saya hampir setiap minggu...Hati saya rasa gembira dan tenang tatkala melihat murabbi dengan keluarganya.

Coretan dibawah menggambarkan serba sedikit mengenai murabbi yang saya kagumi dan sayangi..


Murabbiku...

Pagi yang semangat

Engkau langkahkan kakimu ke medan dakwah

Dengan semangat yang berimpah ruas

Dengan kesibukan pagi dan siang,

Engkau bimbing ku dengan senyummu

Tak kenal lelah engkau ajari ku

Murabbiku………..

Wibawamu membuatku semangat

Senyumanmu membuatku bahagia

Engkau beri ilmumu kepada ku

Dari tidak mengerti menjadi mengerti

Dari biasa menjadi luar biasa

Murabbiku……….

Terima kasih kerana telah mengajar ku

Semoga Allah memberkati dan meredhaimu

Dalam membalas jasamu

Istimewa buat mu..

Ust Syuaid Din yang ku sayangi.


Namun begitu, pada saat ini..ust Syuaid, murabbiku sedang bergelut dengan kesihatannya dalam meneruskan kerja-kerja Dakwahnya .. Sedih dan hiba tatkala melihat murabbi yang ku sayangi itu tidak dapat berjalan jauh tatkala gout yang dihidapnya.. Tidak cukup dengan itu, Ust juga menghadapi masalah dengan jantungnya-kesukaran mengepam darah, serta buah pinggangnya yang makin rosak.

( Namun begitu, saya rasa sangat kagum dengan zaujah ust, ummi-yang merupakan insan yang saya sangat sayangi juga. Ummi merupakan sayap kiri dan tulang belakang Ust. Ummi sentiasa menjaga dan memberi sokongan padu kepada Ust dalam bergerak kerja di medan dakwah.

Pernah satu ketika saya bersembang dengan ummi berkenaan dengan kesihatan ust. Kagum saya mendengar luahan ummi. Ummi kata dia lebih suka jika dia dapat membantu menjaga kesihatan ust supaya tidak melarat agar tidak perlu menjalani pembedahan kerana katanya jika ust menjalani pembedahan, maka ust tidak boleh bergerak selama 6 bulan, menyebabkan kerja dakwahnya akan terhenti.

Tidak pernah saya jumpa seorang isteri yang mementingkan kerja dakwah, tugasnya pada Allah dalam menjaga suaminya. Rata-ratanya, isteri akan lebih mementingkan kesihatan suami, tanpa memikirkan amanat yang suaminya pegang.

Bagi saya...ummi merupakan merupakan contoh isteri solehah yang jarang sekali dapat kita jumpa dewasa ini...-kelak...saya harap saya dapat mencontohi ummi..)

Semoga Allah dapat memberkati dan menyembuhkan penyakit Ustaz Syuaid.

Disamping itu, saya juga ingin mengajak sahabat-sahabat yang lain, ( yang mambaca post saya kali ini) untuk turut sama mendoakan kesejahteraan Ust Syuaid, murabbi yang saya sayangi.. (^_^)


Thank you for lending me your eyes and ears..


P.s- Lebih molek lagi kalo kita semua boleh buat solat hajat..bukan sahaja untuk murabbi saya..tetapi untuk murabbi ( ibubapa, cikgu, pensyarah, naqib/ah dan lain2) anda juga...(^_*)

5 comments:

ehsanhalim said...

rindu pada tarbiah sang murabi

Mujahidah Muslehah... said...

Betul tu.. rindu sangat nak dengar tazkirah @ kuliah dari ust lagi. Moga Allah memberkati dan melindungi Ust..

حسنى جميل said...

syukran atikah =) p0st ni m'buatkan ana t'sedar pentingnya hubungan ant mad'u & murabbi..sgt2 penting.

suka ayt ni :
"Dari tidak mengerti menjadi mengerti
Dari biasa menjadi luar biasa"

jazakillah ya ukhti

Mujahidah Muslehah... said...

Salam..husna..

Thank u for the comment.. ap yg ana post ni adlah ap yg ana rasa.. luhur dari hati.. namun masih jauh lg perjalann diri ini.. msih byk lg yg perlu diperbaiki...

btul tu...ap yg husna kata, murabbi mmg sgt penting..Ust syuid adalh salah satu contoh yg blh kita ambil.. bkn selalu kita dpt jumpa org yg hebat mcm tu.. face to face.... syukur Alhamdulillah..
moga ianya bermnfaat.

حسنى نوردين said...

penulisan dari hati yg masuk ke hati...syukran ukhti:)