Dengan Nama Allah yang Maha Pengampun, Maha Mengasihani
Bismillahirrahmanirrahim..
Kedengaran sayup-sayup suara kecil membaca ayat suci al-quran, .. surah al-falaq. (Diriku baru sahaja menunaikan solat sunat rawatib maghrib di sebuah surau yang terletak di beruas, perak apabila ku terdengar alunan bacaan ayat suci al-Quran tersebut)
Menoleh ke kiri dan kanaan, ku cuba mencari sumber suara itu..
Kemudian..di penjuru surau. ..ku lihat sepasang ibu dan anak sedanag menghayati ayat-ayat cinta Allah.
(zupp...terpana diriku melihat keadaan itu..)
Betapa Sejuknya mata memandang adegan sebegitu rupa.. kelihatan seorang ibu sedang mengajar anaknya untuk membaca surah al-falaq. Setiap kali anak kecilnya tersalah membaca al-quran , ibunya akan membetulkan bacaan anakya..
(..*sweet sangat keadaaan tu..)
Peristiwa tersebut merupakan salah satu pengalaman yang saya dapat ketika saya pergi berjaulah di beruas dengan ‘family’ ke-dua saya..(sahabat-sahabat saya)
Daripada cerita/pengalaman yang saya kongsikan diatas, Point yang ingin saya tekankan disini ialah;
1- segalanya bermula dengan tarbiah
2-kepentingan ibu bapa dalam mencorak anak-anaknya
Dua perkara yg saya sebutkna diatas sebenarnya sangat bersangkut paut antara satu sama lain.
Segalannya bermula dengan tarbiah. Apa itu tarbiah?? Tarbiah bermaksud latihan, pendidikan dan pembentukan. Dalam Islam, tarbiah bertujuan untuk melengkapkan seorang individu Muslim dengan segala aspek kekuatan rohani, jasmani, emosi, sosial, intelek dan kemahiran mengikut syariat Islam yang telah digariskan oleh Allah S.W.T dan rasul-Nya.
Bersinambungan dengan maksud tarbiah di atas, maka benarlah bahawa segalanya bermula dengan tarbiah... iaitu cara pembentukan dan didikan yang diberikan kepada seseorang individu itu.
Segala didikan , tunjuk ajar,nasihat yang diberikan kepada seseorang individu itu merupakan titik permulaan kehidupan orang tersebut.
-Sikap, sifat seseoran itu tebentuk hasil daripada tarbiah/ didikan yang diterimanya..
-Kepandaian dan kebolehan seseorang itu juga merupakan hasil daripada didikan yang diterimanya..
Tanpa tarbiah..semua perkara itu tidak mungkin terjadi..
*mana mungkin bayi tahu berlari, jika dia tidak dididik untuk merangkak dan berjalan dahulu?
*mana mungkin seorang genius mendapat 100% dalam exam jika dia pun tidak dididik terlebih dahulu?
Disebabkan itulah saya tekankan disini,, segalanya bermula dengan tarbiah..
Jikalau molek cara seoarang muslim itu dibentuk, maka molek lah hasilnya kelak..
Dalam erti kata lain, jika seorang itu ditarbiah mengikut syariat Islam yang betul..insyaAllah ‘outcome’ nya pun BAGUS.
Sepertimana hadis Rasulullah S.A.W yang bersabda;
“Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baik lah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah HATI.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu’man bin Basyir)
Bagi memastikan seseorang individu itu mendapat tarbiah @ didikan yang betul, ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam hal ini. Mereka lah yang akan mencorak kehidupan anak-anak mereka mengikut acuan yang mreka pilih.. samada mengikut syariat Islam mahupun sebaliknya..
Hal ini kerana..Ibu bapa merupakan orang pertama @ orang terdekat dengan anak-(seseorang individu itu) tatkala dia dilahirkan. ..
Sepertimana yang telah ditegaskan dalam al-Quran, surah al-Tahrim ayat 6,
“Wahai orang-orang yang beriman perliharalah diri-diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka”
dan
Ibubapa juga diingatkan supaya berwaspada dengan keluarga di dalam surah al-Anfal ayat 28 dengan firman-NYA
“Sesungguhnya harta-harta kamu dan anak-anak kamu adalah ujian”
Ujian yang disebut dalam surah al-Anfal tersebut membawa maksud ujian terhadap ibubapa samada mereka dapat menunaikan tanggungjawab mereka dan samada mereka dapat memberikan hak yang sepatutnya kepada anak-anak mereka...
Tanggungjawab sebagai ibu bapa amat berat dan tidak boleh dipandang ringan.. begitu jugalah dengan hak anak-anak seperti hak untuk mendapat ilmu, hak mendapat kewangan dan sebagainya....
Justeru itu, ibubapa mestilah menyedari dan memahami kepentingan peranan mereka dalam mendidik anak-anak mereka dan menganggapnya sebagai satu tugas dan amanah yang dipikulkan ke atas mereka oleh Allah..
( ehem...*clear throat..* bercakap pasal ibu bapa ni..remember.. kita pun SAMA tau! insyaAllah, jika diizinkan-Nya, kita semua akan jadi ibu bapa ..tidak kira esok, lusa mahupun ‘in the future’....)
Oleh itu, KITA sebagai bakal ibu @ bakal bapa ini..perlu sedar dan peka akan amanah besar yang KITA akan pikul dan laksanakan pada masa akan datang nanti... (get ready from now..!)
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment