Wednesday, January 13, 2010

.: AMANAH :.

Assalammualaikum Warahmatullah....

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Sudah lama rasanye saya tidak mencoret di dalam blog....Boleh dikatakan buat sementara waktu saya berehat / ketandusan idea... (hehe..) Alhamdullillah, Allah S.W.T telah memanjangkan umur saya ,keluarga dan rakan-rakan seperjuangan saya untuk kita bersama-sama beribadat kepada ALLAH sehingga ke hari ini. Mudah-mudahan kita semua dirahmati-NYA....

Dalam coretan kali ini, saya ingin berkongsi dengan antum tentang amanah... Sudah dua bulan lebih saya memegang jawatan penolong ketua lujnah tarbiah, maka sudah dua bulan lebih jugalah hati saya gundah (takut, xselesa,bimbang) kerana takut tidak dapat menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada ana...

Kadang-kadang saya terfikir kenapa ALLAH S.W.T memilih saya untuk memegang amanah tersebut walhal ada ramai orang lagi yang lebih baik, lebih layak dari saya...Saya merasa sangat malu pada ALLAH S.W.T kerana ilmu yang ada di dada hanyalah sedikit berbanding dengan orang lain...


Ya ALLAH...ampunkanlah dosaku....aku tidak bermaksud mempersoalkan takdirmu tapi diriku ini dilanda perasaan takut tidak dapat melaksanakan amanah yang diberi-MU.... Ya ALLAH....


Selain itu, saya turut merasa malu dengan ahli-ahli lujnah dan akak2 serta abng2 senior... especially lujnah saya sendiri... Saya sering terfikir “ Bagaimanakah aku ingin memimpin orang lain sedangkan diriku ini masih lagi tergapai-gapai.....” “Bagaimanakah aku ingin menjawab pada ALLAH S.W.T di akhirat kelak ....”

Malu...Malu....

Walaubagaimanapun, dengan bimbingan dan nasihat daripada akak2 dan abng2 senior (Terima kasih ana ucapkan...), saya mula mengorak langkah sedikit demi sedikit..membuangkan segala persepsi/fikiran negatif dan seterusnya bertawakal kepada ALLAH S.W.T agar ana dapat menjalankan amanah yang di beri dengan penuh tanggungjawab dan amanah. Insya’ALLAH.....

“Wahai orang-orang yang beriman. Hendaklah kamu menjadi orang yang sering menegakkan (kebenaran) kerana ALLAH, menjadi saksi yang adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlakulah adil, kerana adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada ALLAH. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”
(Surah al-Maaidah, 5)




P.S : Jika antum terlihat saya ada membuat kesilapan @ tidak berlaku adil, tolonglah menegur saya ye...Sesungguhnya saya hanya insan biasa yang sering membuat kesilapan...Syukran


3 comments:

pencaricintailahi said...

Salam ukhti..teruskn berdakkwah demi ummah...mohon dipermudahkan jalan mncari redhaNya. barangsiapa yg menolong agama ALLAH, nescaya ALLAH mempermudahkan urusannya. semoga beroleh kekuatan untuk berdakwah di jalanNya..doakan saya juga...ISLAM IS THE WAY OF LIFE :-)

ehsanhalim said...

SALAM PERJUANGAN.

insyallah same2 kita gerak dlm lujnah tarbiah.

bykkan membaca dan dgr ceramah mp3.

yg paling best, byk tny ust2 n ustazah.sbb mereka sumber ilmu first hand.

Mujahidah Muslehah... said...

Syukran di atas nasihat yg diberi....

Insya'ALLAH saya akn cuba..