Sunday, January 24, 2010

'Gotong-royong Santai'

Assalammualaikum Warahmatullah...
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..


Alhamdulillah, pada pagi tadi (24.1.2010), lujnah saya mengadakan gotng -royong santai santai di pusat Islam bagi merapatkan ukhwah diantara kami..
Program tersebut bermula pada pukul 8.15 pg dan berakhir pada 10.15 pg. Program tersebut dimulakan dengan ketua lujnah tarbiah memberitahu objektif program kepada ahli-ahli dan pengisian rohani....

Selepas itu, kami pun bersarapan bersama-sama.... (Suapan pertama hendaklah diberikan pada sahabat...) seronok betul!!!!




































Personally, ana rasa sangat gembira dan seronok dapat makan bersama-sama dengan ahli-ahli lujnah ana disamping mengemas surau...Hal ni kerana selain daripada santapan jasmani, kami turut mendapat santapan rohani...

Dalam seronok mengemas, muslimat sempat menunaikan solat dhuha bersama-sama...Alhamdulillah...merapatkan lagi ikatan antara kami.Selepas menunaikan solat sunat dhuha, tibalah pengakhiran program... (huhu...sedihnya........)


Sebelum kami berpisah, kami membuat liqa’ dan ‘round table’..Ketua lujnah mengingatkan kami semua agar mengikhlaskan hati dalam beribadat @ dalam membuat sesuatu perkerjaan, kerana ALLAH S.W.T..manakala pemantau lujnah kami menggalakkan kami agar menjadi “inventor dakwah” agar walaupun disaat kita xwat apa-apa, Insya’ALLAH kita akan mendapat pahala ikutan drpd perkara yg kita cadngkan...

Mudah-mudahn perjumpaan lujnah sya ini diberkati oleh ALLAH S.W.T dan mendapat rahmat dari-NYA...Kerana sya pernah terbaca dalm buku yang syapinjam di library.(Title: Bimbingan Kecantikan Akhlak dan Keluhuran Budi)..sabda Rasulullah S.A.W :

“Sesungguhnya akar tunjang yang kukuh sekali ialah kamu mencintai (seseorang) kerana Allah dan membencinya kerana Allah juga”

Diriwayatkan oleh Ahmad dari Al-Bara bin Azibr.anhuma.



Insya’ALLAH, progrm2 seperti ini akan dijalankan lagi bagi merapatkan lagi hubungan silaturrahim diantara ahli-ahli lujnah tarbiah...

No comments: