Tuesday, February 9, 2010

'KARNIVAL PENGHAYATAN SOLAT'

Assalammualaikum Warahmatullah....
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Alhamdulillah, selepas beberapa ketika saya menyepi, akhirnya berkesempatan juga untuk mencoret di dalam blog ini...


Pada jumaat yang lepas, 5 Februari 2010,lujnah tarbiah iaitu lujnah saya di bawah biro agama dan kerohanian JPP telah melancarkan perasmian program "Karnival Penghayatan Solat' yang akan dijalankan sepanjang bulan Februari 2010.

Alhamdulillah , syukur pada ALLAH S.W.T , dengan limpah kurnianya dapat juga lujnah saya melancarkan program tersebut dengan jayanya...

Walaupun pada paginya, saya agak kelam kabut kerana baru diberitahu bahawa saya perlu mengedarkan pamplet pada VVIP..(Terkejut dan gementar saya dibuatnya..)Namun begitu, dengan bantuan daripada Kak Fawwiza dan Kak Ima, perasaan sya kembali normal...

Alhamdulillah, Perasmian program tersebut berjalan dengan sangat lancar, malah gimmick yang disediakn juga sangat menarik...Alhamdulillah, syukur sangat pada ALLAH S.W.T kerana mempermudahkan urusan kami dalam menguruskan pelancaran tersebut.

Berbalik kepada program 'Karnival Penghayatan Solat' yang akan dijalankan sepanjang bulan Februari ini, actually objektif progam ini dibuat adalah :
- Memupuk semangat ukhuwah warga muslim institut melalui solat berjamaah.
- Menghayati falsafah ibadat solat agar benar-benar berkesan sebagai pencegah kemungkaran.
- Menambah bilangan jemaah solat fardu di Pusat Islam Al-Hidayah IPG Kampus Ipoh.
- Meningkatkan pengetahuan tentang kepentingan solat.
- Membentuk budaya cemerlang melalui ibadat solat.


Selain itu, berbagai aktiviti yg akan dibuat sepanjang bulan Februari bagi mencapai objektif tersebut.Di anataranya ialah...

KARNIVAL PENGHAYATAN SOLAT PERINGKAT IPG KAMPUS IPOH FEBRUARI 2010

A. AKTIVITI HARIAN( Pemantau Lujnah Tarbiah-Nizam & Atikah)
i. SOLAT ZOHOR BERJAMAAH & TAZKIRAH ZOHOR(Lujnah HES)
- Melibatkan semua warga IPG Kampus Ipoh (Pensyarah/ Staf sokongan/ Pelajar)
Matlamat: Membentuk Budaya Institut/ Mengukuhkan silaturrahim semua warga muslim IPG Kampus Ipoh)
- Aktiviti : Solat berjamaah 1.30 tgh & Tazkirah 10 minit
- Imam & Penyampai tazkirah : Pensyarah ikut Jabatan/ Unit
- Semua pelajar dikehendaki ke Pusat Islam
- Tiada kuliah dijalankan pada masa tersebut.
- Tajuk Tazkirah: seperti lampiran

ii. SOLAT MAGHRIB & ISYAK BERJAMAAH & BACAAN HADIS PILIHAN(Lujnah HES)
- Bacaan ayat suci al-Quran dikumandangkan pada jam 7.00 mlm.
- Semua warga IPG Kampus Ipoh dikehendaki tidak berada di padang permainan.
- Tugasan memasang rakaman bacaan al-Quran: Bilal bertugas
- Imam : Pelajar seperti jadual yang telah disusun oleh Lujnah Hal Ehwal Surau (HES)
- Hadis pilihan disediakan (kepentingan/ kelebihan/ solat nabi dan solat sahabat nabi dll)

iii. SOLAT SUBUH BERJAMAAH(Lujnah HES)
- Imam : Pelajar seperti jadual yang telah disusun oleh Lujnah Hal Ehwal Surau (HES)
- Tadarus al-Quran (5-8 ayat serta terjemahan)
- Tadarus hendaklah selesai selewat-lewatnya jam 7.00 pg
- Imam mengetuai (khalifah) bacaan al-Quran
- Jemaah mengikut bacaan khalifah
- Bacaan ayat suci al-Quran dikumandangkan 30 minit sebelum masuk waktu.
- Tugasan memasang rakaman bacaan al-Quran: Bilal bertugas

B. SMART SOLAT (BETULKAH SOLATKU?)(Lujnah Tarbiah)
- Penceramah: Pensyarah JAPIM
- Masa: Setiap hari Isnin malam Selasa (Kuliah Pensyarah JAPIM) 3 X
- Selepas solat maghrib hingga solat Isyak
- Tajuk :
a. Rahsia/Falsafah Bersuci dan solat
b. Betulkah solatku dari sudut Rukun Qauli?
c. Betulkah solatku dari sudut Rukun Fili?
- Jadual seperti lampiran
- Pengagihan Tugas: 1. Persiapan Tempat- Rafizi, Atikah,Nizam
2. Disiplin – Husna Jamil, Husna Nordin, Hazri
3. Dokumantasi- Izzul, Kak Faiza, Kak Mizah , Kak Lela

C. PERTANDINGAN
1. Buku Skrap( Lujnah HELWI)
(*Pemantau Lujnah Tarbiah-Kak Mizah & Husna Nordin)
- Ikut unit secara kumpulan.
- Satu unit menghantar 5 orang wakil
- Sumber : Buku rujukan dan internet
- Tajuk Cadangan (Undian)
a. Rahsia Keutamaan solat subuh
b. Solat dhuha sebagai megnet rezeki
c. Ibadat malam (Qiamullail) dan kelebihannya
d. Solat ketika sakit
e. Solat dalam penerbangan
f. Solat Musafir (Qasar dan Jamak)
g. Solat Jenazah
h. Masbuk dan Muafiq
- Hakim : Pensyarah JAPIM (Hjh. Aishah Mad Daham, Hjh. Wan Maznah, Hjh. Salmah Abol, En. Shamsuddin(HEP)
- Bayaran- FREE
- * Incharge for Pameran Buku sekali


2. Gubahan klip video nasyid berkaitan solat(Lujnah Kesenian &Kebudayaan)
(*Pemantau Lujnah Tarbiah-Izzul &Husna Jamil)
- Pertandingan antara unit.(terbuka kpd semua)
- Setiap unit dikehendaki menghantar satu kumpulan yang terdiri daripada tidak lebih 6 orang.
- Peserta boleh memilih lagu-lagu yang sedia ada berkaitan dengan solat yang dinyanyikan oleh mana-mana kumpulan nasyid.
- Peserta dikehendaki menulis lirik dan memasukkan gambar dan video dalam klip video tersebut.
- Pemenang dipilih dari segi kreativiti mengubah klip video.
- Klip video tersebut adalah hasil gubahan asli kumpulan.
- Klip video terbaik akan ditayangkan ketika majlis penutup.
- Hakim dari Pensyarah Jabatan Teknologi Maklumat (Pn. Jamilah, En. Yahya, En. Razimi)
- Bayaran setiap peserta-RM2.00



3. Karaoke Solat(Lujnah Kesenian &Kebudayaan)
(*Pemantau Lujnah Tarbiah-Izzul &Husna Jamil)

- Pertandingan antara unit.(terbuka kpd muslimin sahaja)
- Tarikh: 23/2/2010 (3.00 ptg)
- Jumlah peserta tidak lebih daripada 6 orang.
- Lagu minus one
- Hakim dari Pensyarah Jabatan Sains Sosial & JAPIM (En. Mior, En. Mubin, En. Yusri, Hjh. Juariah Tarmuji)
- Bayaran setiap peserta-RM2.00
*Sketsa ‘SEJADAH KIAN KUSAM’

D. KURSUS IMAM(Lujnah Riadah &Kesenian)
(*Pemantau Lujnah Tarbiah-Rafizi &Hazri)
- Tempat di Kompleks Sri Siantan(terbuka kpd muslimin shj)
- Peserta : 3 orang Wakil setiap unit G, H & J (anggaran peserta 40 orang)
- Masa : 8.30 – 10.30 mlm
- Setiap malam 2 slot iaitu pembentangan kertas kerja dan bengkel
- Jadual seperti lampiran
- Penceramah : Hj. Asad, Hj. Yusof
- Bengkel: En. Razimi, Hj. Zakaria, Hjh. Aishah Abol
- Bayaran setiap peserta-RM2.00



E. PENERBITAN(Lujnah 3P)
(*Pemantau Lujnah Tarbiah- Kak Lela & Kak Faiza)
- Pamplet (3x seminggu)
- Isi- berkaitan solat, hadis @ ayat pilihan, perkembangan aktiviti
- Diedarkn pd setiap unit


F. QIAMULAIL PERDANA(AMT)
-tayangan tentang Qiamulail (bermula seleps Isyak)
-muslimin di sri siantan
-muslimat di pusat islam
-subuh berjemaah

Alhamdulillah, sudah lebih seminnggu, program ini berjalan...Mudah-mudahan semua warga muslim di IPGM Kampus Ipoh akan mengambil iktibar daripada aktiviti yg dijalankan seterusnya memantapkan akidah diri dalam mengikuti program2 yg dirangka sepanjang bulan tersebut... Insya'ALLAH...

No comments: