Assalammualaikum Warahmatullah...
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
Alhamdulillah pada 7.30 pagi tadi, Kak Nora telah membuat Usrah...(rindu btol dgn usrahku itu-adik-beradik usrah yang kusayangi). Walaupun dengan kekangan masa dan kesibukan assignment yg melanda, namun usrah tersebut dapat juga dijalankan.. Syukur pada Allah S.W.T..
Dalam usrah kali ni kak nora telah menyentuh mengenai akidah..Walaupun saya sudah didedahkan dengan tajuk ini beberapa kali, saya tidak pernah rasa bosan..Setiap kali, dirasakan seperti pengalaman yang baru..Banyak info dan input yang saya dapat.. Alhamdulillah kerana Allah S.W.T mengisi dada saya dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat pada waktu-waktu cuti seperti ini...
Sejurus selepas itu, kak nora dengan murah hatinya telah membelanja kami semua untuk bersarapan bersama-sama dengannya..(hehe...bak kata parhana(adik-beradik usrah saya) -"dapat kami makan free pagi ni..")Alhamdulillah, murah rezeki kak nora kerana sanggup membelanja adik-adik usrahnya(^_^)
Selepas habis menjamu selera, kami pun bergerak pulang ke maktab yang tercinta... Sepanjang perjalanan balik, kak nora mengisinya dengan berkongsi cerita dan pengalamannya...(dapat kami amik iktibar...)
Tepat pada pukul 10.30 pagi, kami pun bersurai, menuju ke bilik masing-masing... berbekalkan ilmu dan pengisian yang ada...Alhamdulillah...
-Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah, Tuhan seluruh alam- (Surah Al-An'am;162)
Saturday, February 27, 2010
Friday, February 26, 2010
.: Rasulullah S.A.W :.
Assalammualaikum Warahmatullah....
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Selamat Hari Lahir ya Rasulullah, kekasih Allah, Nabi yang kucinta...Selawat dan salam ke atas Rasulullah S.A.W.
Sempena perayaan Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. pada tahun 1431 H / 2010 M ini, saya ingin mengajak semua umat Islam untuk mengingati dan menghayati sirah baginda S.A.W. dan seterusnya mengikuti serta mentaati segala ajaran yang telah dibawakan oleh Rasulullah S.A.W. kepada kita.
Seperti yang kita semua sedia maklum, Rasulullah S.A.W. merupakan pesuruh Allah Taala yang diutuskan kepada umat Islam dan seluruhnya. Sebagai umat Islam yang beriman maka wajiblah kita mentaati segala perintah dan suruhan yang datangnya dari junjungan besar Rasulullah S.A.W. tanpa membantahnya walaupun sedikit. Perintah mentaati rasulNya amat jelas dinyatakan di dalam nas-nas dari al-Quran ataupun al-Hadis S.A.W di antaranya:
Firman Allah Taala bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul (Rasulullah S.A.W) dan kepada orang-orang yang berkuasa dari kalangan kamu. Jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-Quran) dan sunnah rasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya. (Surah an-Nisa: ayat 59).
Sebagai umut Islam yang sayangkan baginda S.A.W. hendaklah kita mengikuti segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya. Ini sahajalah bukti yang paling kukuh bahawa kita menyayangi dan mencintai Rasulullah S.A.W. sepenuh jiwa. Akhir sekali, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. 1431 H / 2010 M kepada sahabat-sahabat saya serta seluruh umat Islam. Jadikanlah amalan mengikuti ajaran baginda S.A.W. pada setiap ketika dan bukan sekali dalam setahun.
"I love Rasulullah S.A.W."

Thursday, February 25, 2010
'Assignment'
Assalammualaikum Warahmatullah...
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...
Alhamdulillah.. dengan izin Allah S.W.T dan limpah kurnia-NYA, dapat saya mencoret dalam blog saya lagi selepas hampir dua minggu saya menyepi..
Dalam dua minggu ini, hanya Allah sahaja yang tahu betapa sibuk dan peningnya kepala saya dalam meyiapkan assignment-assingment yang diberi oleh lecturer..Walaupun begitu, dengan izin dan bantuan daripada Allah S.W.T, akhirnya saya dapat menyiapkan assignment saya...Alhamdulilah...
Saya rasa sangat bersyukur kerana walaupun dengan kesibukan homework dan tugas-tugas yang lain, saya masih dapat menyiapkan assignment tersebut...walhal kawan-kawan saya yang lain ada yang terkandas dalam menyiapkan assignment tersebut.
Selain itu, saya rasa sangat bersyukur kerana walaupun assignment-assignment itu agak memeningkan kepala saya tetapi banyak input-input yang berguna yang saya dapat. Terutamanya melalui assignment PAI.. yan menyuruh sya untuk membuat esei sebanyak 6 muka surat berkenaan dengan ‘Keimanan Para Sahabat membawa kepada Kecermelangan Islam pada zaman awal Islam’.
Melalui assignment t’sebut, saya dapat menambah ilmu saya tentang sirah-sirah Rasulullah S.A.W dan para sahabat..(Saya memang suka membaca sejarah-terutamanya mengenai Rasulullah S.A.W dan para sahabat, jadi assignment t’sebut menjadi seronok utk dibuat). Selain itu, melalui assgmnt t’sebut juga, saya dapat mendalami dengan lebih mendalam tentang konsep iman dan taqwa..
Sahabat Nabi Muhammad S.A.W , Umar al-Khattab pernah bertanya apa yang dimaksudkan dengan takwa kepada Ubai bin Kaab, Ubai pun menjawab “Pernahkah kamu berjalan di sebatang jalan yang penuh onak dan duri?” Umar berkata “Ya, pernah” Ubai pun bertanya lagi, “Apa yang kamu lakukan ketika itu?” Umar berkata “Aku berhati-hati dan bersungguh-sungguh” Ubai pun berkata “ Itulah takwa”
Tambahan lagi, setelah saya mendengar dan memahami lirik lagu nasyid Raihan yang bertajuk ‘Iman Mutiara’, saya berasa sebak...
“Iman adalah mutiara
Di dalam hati manusia
Yang menyakini Allah
Maha Esa Maha Kuasa
Tanpamu iman bagaimanalah
Merasa diri hamba padaNya
Tanpamu iman bagimanalah
Menjadi hamba Allah yang bertaqwa
Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual beli
Ia tiada di tepian pantai
Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau merentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah”
Sesungguhnya konklusi yang dapat saya rumuskan daripada lagu nasyid tersebut dan dari keseluruhan esei saya ialah iman itu tidak akan datang kepada kita semua secara sendiri, iman itu tidak boleh diwarisi sewenang-wenangnya mahupun daripada ayah kita yang bertaqwa dan mahupun daripada proses jual beli, sebaliknya kita semua perlu berusaha untuk mendapatkannya. Jadi marilah kita bersama-sama berusaha mempertingkatkan dan memperbaharui iman kita dari hari ke hari kerana sesungguhnya iman itu umpama mutiara yang perlu digilap sentiasa.
“Barang siapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya dan takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya maka mereka adalah orang-orang yang mendapat kemenangan”
(Surah An-Nur:52)

Monday, February 15, 2010
.: Sahabat :.
Assalammualaikum Warahmatullah...
Dengan nama ALLAH, Tuhan yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana
Dalam minggu akhir sebelum cuti tahun baru cina bermula, bermacam perkara( dugaan ) yang dihadapi oleh saya.. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa banyak air mata saya menitis dalam minggu itu....
Pada Khamis yang lepas bersamaan 11.2.2010, kelas saya dan saya dikejutkan dengan berita bahawa salah seorng kawan yang saya rapat iaitu Along( gelaran yg diberi kepadanya ) akan ‘extend study’ akibat masalah kesihatan yang dihadapinya..(Sedih hati saya...)
Kemudian salah seornag daripada kawan sya mencadangkan agar kami membuat jamuan perpisahan untuk Along..Candangan tersebbut disokong 100% oleh kelas kami...
Jamuan tersebut kemudiannya dijalankan di Pizza Hut di Giant...Tidak dapat saya lupakan reaksi Along pada malam itu, Along xhenti-henti mengucapkan terima kasih dan wajahnya cukup membuat kami rasa sebak...Namun kami semua cuba menyembunyikannya dengan bergurau senda dan senyum kepada Along.Pada akhir sekali, kami menangkap gambar sekelas untuk kali terakhir bersama-sama dengan Along.. Terpancar di wajah masing-masing akan berat hatinya....namun ditabahkan juga hati kami...
Wahai Along, sajak ini ku buat khas untukmu...
Along, disaat kau memperkenalkan diri,
Diriku sudah tertarik dengan kepetahanmu bercakap,
Malah diriku dikagumkan lagi dengan keberanianmu bersuara,
Melantik dirimu sebgai penolong ketua unit
disaat semua orang menyepi...
Walaupun ketegasanmu disalah anggap,dirimu tetap utuh,
menjalankan tugas dengan penuh ikhlas dan amanah..
Along, di saat diriku perlukan teman,
engkaulah diantara kawan yang akan menemaniku,
Pengorbanan dan kasih sayangmu tidak mungkin dapat ku balas,
Samada pada hari ini, esok mahupun di akhirat kelak..
Saat ini, Ku hanya dapat memanjatkan doa kepada ILAHI..
Agar umurmu dipanjangkan dan moga-moga dirmu Diberkati oleh-NYA
Manakala pada keesokan harinya iaitu 12.2.2010, hari yang sepatutnya menjadi hari yang gembira buatku menjadi hari yang paling sedih...
Hal ini kerana pada pagi Jumaat yang indah itu, Along telah datang bersama-sama dengan ibunya mengucapkan selamat tinggal kepada kami semua dengan rasminya..( Ya Allah, kuatkanlah hati hamba-MU ni...)
Kami semua menangis dan berpelukan dengan Along kerana terlampau sebak mengingatkan bahwa Along tidak lagi akan belajar bersama-sama dengan kami...Samalh seperti apa yang berlaku pada kelas kami sem yang lepas..rasa seperti sejarah berulang kembali.( Kawan kami yang telah kemalangan motorsikal, terpaksa extend juga kerana masalah kesihatan...)
Ya ALLAH, aku mohon ampun pada-MU Ya Allah.... Ampunilah dosa-dosaku...Terimalah ibadatku Ya AllaH, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani... dan terima kasih, Ya Allah kerna mengurniakan sahabat yang memahami diriku dan yang sentiasa mengingatkan ku pada-MU...

Sunday, February 14, 2010
"Madah Siswa"
Assalammualaikum Warahmatullah...
Dengan nama ALLAH, Tuhan yang Maha Esa
Alhamdulillah, pada 10.2.2010 iaitu Rabu yang lepas, kelas saya telah membentangkan tajuk yang telah dipertanggungjawabkan kepada kelas kami iaitu, ‘Haruan Makan Anak’ ...
Hal ini kerana banyak perkara yg dialami oleh kami dalam menyempurnakan tugas tersebut..Pada mulanya, kami duduk berbincang bersama-sama dan tidak lama selepas itu, kami sepakat untuk melakonkan sketsa dan membuat rancangan radio bagi menggantikan forum. Kemudian separuh daripada kelas kami ditugaskan untuk melakonkan sketsa, tiga orang ditugaskan bagi menguruskan slideshow dan penerbitan manakala tiga orang lagi ditugaskan untuk bercakap di hadapan... Sepanjang pembikinan sketsa tersebut, kelas kami betul-betul ‘enjoy’ menyiapkannya...masing2 mengeluarkan idea2 yg bernas.
Walaubagaimanapun, apabila tiba waktunya kelas kami untuk membentangkan tajuk kami, bermacam halangan yg yang menimpa, terutamanya dari segi teknikal..Akhirnya kami membuat keputusan untuk memulakan dengan rancangan J4.FM secara langsung yg melingkungi diri saya, dan dua lagi sahabat sya. Gementar betul saya pd malam tersebut..( tergagap2 dan kelam kabut), tambahan lagi saya mmg xpandai ckap depan orang ramai...
Namun begitu, Alhamdulillah, syukur pada Allah S.W.T kerana walaupun saya agak tergagap semasa bercakap di depan, saya tetap berjaya menyempurnakan tugasan tersebut...Begitu juga dengan kawan-kawan saya yang berada di hadapan , yang sentiasa ‘back up’ saya sewaktu saya blurr...
Bermacam perkara yang kelas kami lalui bagi menyiapkan tugasan tersebut, namun dengan limpah kurnia-NYA , kelas kami dapat juga menyempurnakan tugas tersebut walaupun banyak kesilapan teknikal yang berlaku. Namun , perkara yang saya sangat bersyukur ialah hubungan kelas kami menjadi lebih rapat daripada yg sebelum ni.. Ukhwah kami menjadi lebih kukuh..Syukur kepada Allah S.W.T. Berbanding dengan sem lepas, bermacam konflik yang dihadapi oleh kelas kami, tapi sem ini semuanya sudah berubah...Madah siswa itu telah banyak membantu merapatkan lagi hubungan kelas kami, selain daripada member banyak ilmu yang baru.
Jadi saya sangat bersyukur HELWI menganjurkan aktiviti madah siswa itu, Di samping memberi input pada para pelatih, aktiviti tersebut turut merapatkan ukhwah kelas juga..Saya harap kelas lain juga dapat manfaat yang sama seperti kelas kami...
P.S: Jikalau kelas saya dan saya ada membuat sebarang kesilapan samada sengaja @ tidak semasa madah siswa yang lepas, harap antum maafkan kami semua..Sesungguhnya kami hanya insan biasa yang sentiasa membuat kesilapan....

Tuesday, February 9, 2010
'KARNIVAL PENGHAYATAN SOLAT'
Assalammualaikum Warahmatullah....
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah, selepas beberapa ketika saya menyepi, akhirnya berkesempatan juga untuk mencoret di dalam blog ini...
Pada jumaat yang lepas, 5 Februari 2010,lujnah tarbiah iaitu lujnah saya di bawah biro agama dan kerohanian JPP telah melancarkan perasmian program "Karnival Penghayatan Solat' yang akan dijalankan sepanjang bulan Februari 2010.
Alhamdulillah , syukur pada ALLAH S.W.T , dengan limpah kurnianya dapat juga lujnah saya melancarkan program tersebut dengan jayanya...
Walaupun pada paginya, saya agak kelam kabut kerana baru diberitahu bahawa saya perlu mengedarkan pamplet pada VVIP..(Terkejut dan gementar saya dibuatnya..)Namun begitu, dengan bantuan daripada Kak Fawwiza dan Kak Ima, perasaan sya kembali normal...
Alhamdulillah, Perasmian program tersebut berjalan dengan sangat lancar, malah gimmick yang disediakn juga sangat menarik...Alhamdulillah, syukur sangat pada ALLAH S.W.T kerana mempermudahkan urusan kami dalam menguruskan pelancaran tersebut.
Berbalik kepada program 'Karnival Penghayatan Solat' yang akan dijalankan sepanjang bulan Februari ini, actually objektif progam ini dibuat adalah :
- Memupuk semangat ukhuwah warga muslim institut melalui solat berjamaah.
- Menghayati falsafah ibadat solat agar benar-benar berkesan sebagai pencegah kemungkaran.
- Menambah bilangan jemaah solat fardu di Pusat Islam Al-Hidayah IPG Kampus Ipoh.
- Meningkatkan pengetahuan tentang kepentingan solat.
- Membentuk budaya cemerlang melalui ibadat solat.
Selain itu, berbagai aktiviti yg akan dibuat sepanjang bulan Februari bagi mencapai objektif tersebut.Di anataranya ialah...
KARNIVAL PENGHAYATAN SOLAT PERINGKAT IPG KAMPUS IPOH FEBRUARI 2010
A. AKTIVITI HARIAN( Pemantau Lujnah Tarbiah-Nizam & Atikah)
i. SOLAT ZOHOR BERJAMAAH & TAZKIRAH ZOHOR(Lujnah HES)
- Melibatkan semua warga IPG Kampus Ipoh (Pensyarah/ Staf sokongan/ Pelajar)
Matlamat: Membentuk Budaya Institut/ Mengukuhkan silaturrahim semua warga muslim IPG Kampus Ipoh)
- Aktiviti : Solat berjamaah 1.30 tgh & Tazkirah 10 minit
- Imam & Penyampai tazkirah : Pensyarah ikut Jabatan/ Unit
- Semua pelajar dikehendaki ke Pusat Islam
- Tiada kuliah dijalankan pada masa tersebut.
- Tajuk Tazkirah: seperti lampiran
ii. SOLAT MAGHRIB & ISYAK BERJAMAAH & BACAAN HADIS PILIHAN(Lujnah HES)
- Bacaan ayat suci al-Quran dikumandangkan pada jam 7.00 mlm.
- Semua warga IPG Kampus Ipoh dikehendaki tidak berada di padang permainan.
- Tugasan memasang rakaman bacaan al-Quran: Bilal bertugas
- Imam : Pelajar seperti jadual yang telah disusun oleh Lujnah Hal Ehwal Surau (HES)
- Hadis pilihan disediakan (kepentingan/ kelebihan/ solat nabi dan solat sahabat nabi dll)
iii. SOLAT SUBUH BERJAMAAH(Lujnah HES)

- Tadarus al-Quran (5-8 ayat serta terjemahan)
- Tadarus hendaklah selesai selewat-lewatnya jam 7.00 pg
- Imam mengetuai (khalifah) bacaan al-Quran
- Jemaah mengikut bacaan khalifah
- Bacaan ayat suci al-Quran dikumandangkan 30 minit sebelum masuk waktu.

B. SMART SOLAT (BETULKAH SOLATKU?)(Lujnah Tarbiah)
- Penceramah: Pensyarah JAPIM
- Masa: Setiap hari Isnin malam Selasa (Kuliah Pensyarah JAPIM) 3 X
- Selepas solat maghrib hingga solat Isyak
- Tajuk :
a. Rahsia/Falsafah Bersuci dan solat
b. Betulkah solatku dari sudut Rukun Qauli?
c. Betulkah solatku dari sudut Rukun Fili?
- Jadual seperti lampiran
- Pengagihan Tugas: 1. Persiapan Tempat- Rafizi, Atikah,Nizam
2. Disiplin – Husna Jamil, Husna Nordin, Hazri
3. Dokumantasi- Izzul, Kak Faiza, Kak Mizah , Kak Lela
C. PERTANDINGAN
1. Buku Skrap( Lujnah HELWI)
(*Pemantau Lujnah Tarbiah-Kak Mizah & Husna Nordin)
- Ikut unit secara kumpulan.
- Satu unit menghantar 5 orang wakil
- Sumber : Buku rujukan dan internet
- Tajuk Cadangan (Undian)
a. Rahsia Keutamaan solat subuh
b. Solat dhuha sebagai megnet rezeki
c. Ibadat malam (Qiamullail) dan kelebihannya
d. Solat ketika sakit
e. Solat dalam penerbangan
f. Solat Musafir (Qasar dan Jamak)
g. Solat Jenazah
h. Masbuk dan Muafiq
- Hakim : Pensyarah JAPIM (Hjh. Aishah Mad Daham, Hjh. Wan Maznah, Hjh. Salmah Abol, En. Shamsuddin(HEP)
- Bayaran- FREE
- * Incharge for Pameran Buku sekali
2. Gubahan klip video nasyid berkaitan solat(Lujnah Kesenian &Kebudayaan)
(*Pemantau Lujnah Tarbiah-Izzul &Husna Jamil)
- Pertandingan antara unit.(terbuka kpd semua)
- Setiap unit dikehendaki menghantar satu kumpulan yang terdiri daripada tidak lebih 6 orang.
- Peserta boleh memilih lagu-lagu yang sedia ada berkaitan dengan solat yang dinyanyikan oleh mana-mana kumpulan nasyid.
- Peserta dikehendaki menulis lirik dan memasukkan gambar dan video dalam klip video tersebut.
- Pemenang dipilih dari segi kreativiti mengubah klip video.
- Klip video tersebut adalah hasil gubahan asli kumpulan.
- Klip video terbaik akan ditayangkan ketika majlis penutup.
- Hakim dari Pensyarah Jabatan Teknologi Maklumat (Pn. Jamilah, En. Yahya, En. Razimi)
- Bayaran setiap peserta-RM2.00
3. Karaoke Solat(Lujnah Kesenian &Kebudayaan)

- Pertandingan antara unit.(terbuka kpd muslimin sahaja)
- Tarikh: 23/2/2010 (3.00 ptg)
- Jumlah peserta tidak lebih daripada 6 orang.
- Lagu minus one
- Hakim dari Pensyarah Jabatan Sains Sosial & JAPIM (En. Mior, En. Mubin, En. Yusri, Hjh. Juariah Tarmuji)
- Bayaran setiap peserta-RM2.00
*Sketsa ‘SEJADAH KIAN KUSAM’
D. KURSUS IMAM(Lujnah Riadah &Kesenian)
(*Pemantau Lujnah Tarbiah-Rafizi &Hazri)
- Tempat di Kompleks Sri Siantan(terbuka kpd muslimin shj)
- Peserta : 3 orang Wakil setiap unit G, H & J (anggaran peserta 40 orang)
- Masa : 8.30 – 10.30 mlm
- Setiap malam 2 slot iaitu pembentangan kertas kerja dan bengkel
- Jadual seperti lampiran
- Penceramah : Hj. Asad, Hj. Yusof
- Bengkel: En. Razimi, Hj. Zakaria, Hjh. Aishah Abol
- Bayaran setiap peserta-RM2.00
E. PENERBITAN(Lujnah 3P)
(*Pemantau Lujnah Tarbiah- Kak Lela & Kak Faiza)
- Pamplet (3x seminggu)
- Isi- berkaitan solat, hadis @ ayat pilihan, perkembangan aktiviti
- Diedarkn pd setiap unit
F. QIAMULAIL PERDANA(AMT)
-tayangan tentang Qiamulail (bermula seleps Isyak)
-muslimin di sri siantan
-muslimat di pusat islam
-subuh berjemaah
Alhamdulillah, sudah lebih seminnggu, program ini berjalan...Mudah-mudahan semua warga muslim di IPGM Kampus Ipoh akan mengambil iktibar daripada aktiviti yg dijalankan seterusnya memantapkan akidah diri dalam mengikuti program2 yg dirangka sepanjang bulan tersebut... Insya'ALLAH...

Subscribe to:
Posts (Atom)