Sunday, February 14, 2010

"Madah Siswa"

Assalammualaikum Warahmatullah...
Dengan nama ALLAH, Tuhan yang Maha Esa


Alhamdulillah, pada 10.2.2010 iaitu Rabu yang lepas, kelas saya telah membentangkan tajuk yang telah dipertanggungjawabkan kepada kelas kami iaitu, ‘Haruan Makan Anak’ ...


Hal ini kerana banyak perkara yg dialami oleh kami dalam menyempurnakan tugas tersebut..Pada mulanya, kami duduk berbincang bersama-sama dan tidak lama selepas itu, kami sepakat untuk melakonkan sketsa dan membuat rancangan radio bagi menggantikan forum. Kemudian separuh daripada kelas kami ditugaskan untuk melakonkan sketsa, tiga orang ditugaskan bagi menguruskan slideshow dan penerbitan manakala tiga orang lagi ditugaskan untuk bercakap di hadapan... Sepanjang pembikinan sketsa tersebut, kelas kami betul-betul ‘enjoy’ menyiapkannya...masing2 mengeluarkan idea2 yg bernas.


Walaubagaimanapun, apabila tiba waktunya kelas kami untuk membentangkan tajuk kami, bermacam halangan yg yang menimpa, terutamanya dari segi teknikal..Akhirnya kami membuat keputusan untuk memulakan dengan rancangan J4.FM secara langsung yg melingkungi diri saya, dan dua lagi sahabat sya. Gementar betul saya pd malam tersebut..( tergagap2 dan kelam kabut), tambahan lagi saya mmg xpandai ckap depan orang ramai...
























Namun begitu, Alhamdulillah, syukur pada Allah S.W.T kerana walaupun saya agak tergagap semasa bercakap di depan, saya tetap berjaya menyempurnakan tugasan tersebut...Begitu juga dengan kawan-kawan saya yang berada di hadapan , yang sentiasa ‘back up’ saya sewaktu saya blurr...

Bermacam perkara yang kelas kami lalui bagi menyiapkan tugasan tersebut, namun dengan limpah kurnia-NYA , kelas kami dapat juga menyempurnakan tugas tersebut walaupun banyak kesilapan teknikal yang berlaku. Namun , perkara yang saya sangat bersyukur ialah hubungan kelas kami menjadi lebih rapat daripada yg sebelum ni.. Ukhwah kami menjadi lebih kukuh..Syukur kepada Allah S.W.T. Berbanding dengan sem lepas, bermacam konflik yang dihadapi oleh kelas kami, tapi sem ini semuanya sudah berubah...Madah siswa itu telah banyak membantu merapatkan lagi hubungan kelas kami, selain daripada member banyak ilmu yang baru.

Jadi saya sangat bersyukur HELWI menganjurkan aktiviti madah siswa itu, Di samping memberi input pada para pelatih, aktiviti tersebut turut merapatkan ukhwah kelas juga..Saya harap kelas lain juga dapat manfaat yang sama seperti kelas kami...

P.S: Jikalau kelas saya dan saya ada membuat sebarang kesilapan samada sengaja @ tidak semasa madah siswa yang lepas, harap antum maafkan kami semua..Sesungguhnya kami hanya insan biasa yang sentiasa membuat kesilapan....

No comments: