Saturday, February 27, 2010

Usrahku...

Assalammualaikum Warahmatullah...

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Alhamdulillah pada 7.30 pagi tadi, Kak Nora telah membuat Usrah...(rindu btol dgn usrahku itu-adik-beradik usrah yang kusayangi). Walaupun dengan kekangan masa dan kesibukan assignment yg melanda, namun usrah tersebut dapat juga dijalankan.. Syukur pada Allah S.W.T..

Dalam usrah kali ni kak nora telah menyentuh mengenai akidah..Walaupun saya sudah didedahkan dengan tajuk ini beberapa kali, saya tidak pernah rasa bosan..Setiap kali, dirasakan seperti pengalaman yang baru..Banyak info dan input yang saya dapat.. Alhamdulillah kerana Allah S.W.T mengisi dada saya dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat pada waktu-waktu cuti seperti ini...

Sejurus selepas itu, kak nora dengan murah hatinya telah membelanja kami semua untuk bersarapan bersama-sama dengannya..(hehe...bak kata parhana(adik-beradik usrah saya) -"dapat kami makan free pagi ni..")Alhamdulillah, murah rezeki kak nora kerana sanggup membelanja adik-adik usrahnya(^_^)

Selepas habis menjamu selera, kami pun bergerak pulang ke maktab yang tercinta... Sepanjang perjalanan balik, kak nora mengisinya dengan berkongsi cerita dan pengalamannya...(dapat kami amik iktibar...)

Tepat pada pukul 10.30 pagi, kami pun bersurai, menuju ke bilik masing-masing... berbekalkan ilmu dan pengisian yang ada...Alhamdulillah...

No comments: