Monday, February 15, 2010

.: Sahabat :.

Assalammualaikum Warahmatullah...
Dengan nama ALLAH, Tuhan yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana


Dalam minggu akhir sebelum cuti tahun baru cina bermula, bermacam perkara( dugaan ) yang dihadapi oleh saya.. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa banyak air mata saya menitis dalam minggu itu....


Pada Khamis yang lepas bersamaan 11.2.2010, kelas saya dan saya dikejutkan dengan berita bahawa salah seorng kawan yang saya rapat iaitu Along( gelaran yg diberi kepadanya ) akan ‘extend study’ akibat masalah kesihatan yang dihadapinya..(Sedih hati saya...)

Kemudian salah seornag daripada kawan sya mencadangkan agar kami membuat jamuan perpisahan untuk Along..Candangan tersebbut disokong 100% oleh kelas kami...


Jamuan tersebut kemudiannya dijalankan di Pizza Hut di Giant...Tidak dapat saya lupakan reaksi Along pada malam itu, Along xhenti-henti mengucapkan terima kasih dan wajahnya cukup membuat kami rasa sebak...Namun kami semua cuba menyembunyikannya dengan bergurau senda dan senyum kepada Along.Pada akhir sekali, kami menangkap gambar sekelas untuk kali terakhir bersama-sama dengan Along.. Terpancar di wajah masing-masing akan berat hatinya....namun ditabahkan juga hati kami...

























Wahai Along, sajak ini ku buat khas untukmu...

Along, disaat kau memperkenalkan diri,
Diriku sudah tertarik dengan kepetahanmu bercakap,
Malah diriku dikagumkan lagi dengan keberanianmu bersuara,
Melantik dirimu sebgai penolong ketua unit
disaat semua orang menyepi...
Walaupun ketegasanmu disalah anggap,dirimu tetap utuh,
menjalankan tugas dengan penuh ikhlas dan amanah..
Along, di saat diriku perlukan teman,
engkaulah diantara kawan yang akan menemaniku,
Pengorbanan dan kasih sayangmu tidak mungkin dapat ku balas,
Samada pada hari ini, esok mahupun di akhirat kelak..
Saat ini, Ku hanya dapat memanjatkan doa kepada ILAHI..
Agar umurmu dipanjangkan dan moga-moga dirmu Diberkati oleh-NYA


Manakala pada keesokan harinya iaitu 12.2.2010, hari yang sepatutnya menjadi hari yang gembira buatku menjadi hari yang paling sedih...


Hal ini kerana pada pagi Jumaat yang indah itu, Along telah datang bersama-sama dengan ibunya mengucapkan selamat tinggal kepada kami semua dengan rasminya..( Ya Allah, kuatkanlah hati hamba-MU ni...)


Kami semua menangis dan berpelukan dengan Along kerana terlampau sebak mengingatkan bahwa Along tidak lagi akan belajar bersama-sama dengan kami...Samalh seperti apa yang berlaku pada kelas kami sem yang lepas..rasa seperti sejarah berulang kembali.( Kawan kami yang telah kemalangan motorsikal, terpaksa extend juga kerana masalah kesihatan...)


Ya ALLAH, aku mohon ampun pada-MU Ya Allah.... Ampunilah dosa-dosaku...Terimalah ibadatku Ya AllaH, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani... dan terima kasih, Ya Allah kerna mengurniakan sahabat yang memahami diriku dan yang sentiasa mengingatkan ku pada-MU...

No comments: